Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 3

Selesai solat subuh kami terus bergerak, niat nak cari ‘flea market’ kat area Tokyo. Trip sebelum ni secara tak sengaja kami pergi ke ‘flea market’ kat Kyoto rasanya, abang dapat beli kamera nikon lama harga kurang dari RM50. Ingatkan kali ni nak cuba lagi cari ‘flea market’ yang lebih kurang sama dengan kawasan terbuka tapi tak jumpa. Memang abang dah cari info pasal ‘flea market’ ni beberapa bulan sebelum trip ke Jepun lagi tapi ‘flea market’ kat Jepun ni bukan tiap2 minggu ada. Kadang2 sebulan sekali je.

Oh.. orang Jepun naik bas

Disebabkan tak berjumpa dengan ‘flea market’ maka kami bertiga pun berjalan2 mencari minum pagi. Kami melangkah masuk ke Starbucks dan terima kasih kepada Ijurq, abang dapat minum kopi percuma disebabkan Ijurq bagi pinjam tumblr dan kupon percuma. Lepas berehat minum kopi dan sarapan pagi, kami bergerak ke Hard Rock Cafe macam biasa la kawan2 abang ni semua peminat Hard Rock Cafe, nak beli baju la, nak beli cawan la. Lepas shopping2 sikit, kami bergerak terus ke Tokyo Station, kami dah janji nak jumpa dengan Ijurq dan kawan Ijurq dari Holland, nama dia Antony.  Dari Tokyo Station, kami semua bergerak naik train ke ‘Comiket’, ‘Comiket’ ni adalah sebenarnya ‘ Comic Market’ yang diadakan dua kali setahun, bulan Ogos dan Disember kat ‘Tokyo Big Sight’. Memang ramai betul manusia datang sini, tapi lepas dah masuk dalam ni tanpa sebarang tujuan,  yang buatkan kitorang gembira cuma bila dapat tengok ‘cosplayer’ je, yang lain takde apa sangat sebab mengikut kata petugas kat situ yang ada cuma komik.. komik dan komik dalam bahasa Jepun.

Diluar ‘Tokyo Bigh Sight’
Orang Jepun turun eskelator

Lepas tu kami terus ke Odaiba untuk melihat sendiri Gundam gergasi betul2 di depan DiverCity Tokyo Plaza Mall, model ni berketinggian 59 kaki dan berskala 1:1, dibina pada tahun 2009, benda ni memang menjadi tarikan utama di Odaiba terutamanya yang minat dengan Gundam. (Berita terkini: Model gergasi ni akan ditutup kelak dan hari terakhir ianya akan berada di sini ialah pada 5 April 2017). Kepada yang merancang nak kesini sila semak betul2, kalau tak nanti kecewa pulak. Berhampiran dengan kawasan ni juga terdapat ‘Statue of Liberty’ bersaiz mini iaitu berketinggian lebih kurang 40 kaki. Setelah selesai jalan2 kami pun terus balik ke bilik sewa, bilik sewa kami di Tokyo ni terletak hampir betul dengan Tokyo Tower.  Pemandangan dari balkoni bilik ni memang tak mengecewakan tapi bilik ni tak macam rumah kami di Osaka sebelum ni, bilik kami masa tu memanglah terbaik tapi di Tokyo ni agak sempit, pengurusan kurang baik dan owner tak kunjung tiba. Yang lagi mengecewakan bila kami sampai malam tu, owner kata kunci dia dah letak kat satu tempat ni tapi takde pun, bila tanya dengan orang2 dalam tu, semua blur sebab diorang pun pelancong macam kami jugak. Bila dah dapat masuk bilik, kami simpan beg, rehat2 kejap lepas tu keluar balik. Malam tahun baru oii!!.. Kami berjalan ke Tokyo Tower, di Jepun ni ada satu lagi benda menarik bila masuk tahun baru, benda ni dipanggil ‘Fukubukuro’, semua kedai akan ada letak beg2 yang tak tau apa isi dalam dia, setiap beg ada harga dia. ada yang 5000 yen, 10,000 yen.. tapi kalau ikut pengalaman kami ni, memang berbaloi kalau beli sebab barang2 dalam beg tu harga dia lebih dari harga yang kita dah bayar . Masa kami berjalan malam tu nampak ramai dah duk beratur kat depan kedai sebab esoknya tu dah start ‘Fukubukuro’ ni. Waktu malam di sekitar Tokyo Tower memang tak menghampakan, dengan cuaca nyaman malam tu, abang rasa macam nak pergi lagi. Lepas penat berjalan sampai lewat malam, kami balik ke bilik. Ok, sekarang waktu untuk tido..

Pemandangan dari pintu keluar bilik kami di Tokyo
Entah apa benda budak dua orang ni buat agaknya

 

Bangun pagi di Jepun masa ni memang rasa nyaman sangat, cuaca sejuk, sunyi walaupun kat Tokyo. Bila bukak sliding door nak ke balkoni, fuhh.. sejuk giler luar ni. Selesai solat subuh kami keluar, plan harini nak ke Asakusa untuk tengok Sensoji Temple, tiap2 awal tahun Sensoji Temple ni penuh dengan manusia. Semua berebut masuk temple. Kami tak masuk pun sebab beratur punyalah panjang, maybe hari lain je datang sini. Dari Asakusa, kami pergi ke Shibuya pulak, dua tempat ni memang kena pergi kalau ke Jepun. Kat Shibuya ni yang popular mestilah Shibuya crossing, jalan ni kalau waktu peak orang yang melintas boleh cecah sampai seribu orang yo. Ramai tuu.. Kalau nak tau, ada satu spot baikk punya untuk view Shibuya crossing ni. Kat Starbucks, dalam bangunan Q-front. Starbucks ni kalau tak silap kat tingkat 2 dan view dia betul2 mengadap Shibuya crossing tapi ada masalah sikit sebab ramai orang berebut nak duduk kat meja2 tepi tingkap ni. Bagi pendapat abang la, kalau nak lagi best, korang kene datang sini waktu malam sebab lampu2 neon kat bangunan2 sekeliling shibuya crossing ni lagi asyikk bila tiba waktu malam. Bagi yang minat dengan muzik pulak boleh pergi ke Tower Records, ada kat kawasan Shibuya ni jugak.

Shibuya crossing, semua dah bersiap siaga nak lintas jalan.

Esoknya kami plan ke tempat yang gagal kami pergi sebelum ni; Sensoji Temple. Harini takdela ramai sangat orang macam semalam. Lepas kami dah beratur masuk, ambik gambar posing sana, posing sini. Bila dah keluar dari Sensoji Temple terus cari makanan, disebabkan ada sambutan tahun baru, kat luar temple ni ada jual macam2, ada jugak makanan yang boleh kita makan, kentang bakar ada, ikan bakar ada. Selesai berjalan kat Sensoji Temple kami semua ke Tokyo Camii atau lebih dikenali sebagai Tokyo Mosque. Masjid ni adalah masjid terbesar di Jepun dan terletak berhampiran dengan Shibuya. Kemasan di dalam masjid ni diimport dari Turki dan di dalam kawasan masjid ini juga terdapat pusat budaya Turki. Abang dan kawan2 sempat solat maghrib berjemaah di masjid ni. Malam tu kami singgah makan di Ueno, siapa yang tiba2 mengidam kebab macam kitorang bolehlah kesini, cari kedai nama dia ‘Jumbo Doner Kebab’, ada kat jalan Ameyoko (Ameyoko shopping street) kawasan Ueno.

Mereka tengah tak sabar2 nak masuk Sensoji Temple

Oh.. dan sekarang mereka lapar
Keunikan hiasan di dalam Tokyo Mosque
Pemandangan luar Masjid Tokyo

Hari terakhir di Tokyo kami berjalan sekitar Ueno untuk cari souvenir, lepas tu kami bergerak dari Ueno Station ke Tokyo Dome yang terletak di Bunkyo. Stadium ni adalah stadium baseball untuk pasukan Yomiuri Giants. Walaupun abang bukanlah peminat baseball tapi abang pernahlah jugak dengar pasal team ni, kira top jugaklah. Malam tu kami naik bas dan balik semula ke Osaka dari tapak parking Kajibashi dan bas bergerak jam 9.15 malam dan tiba di Stesen JR Takatsuki jam 6.25 pagi, kepada yang nak cuba naik bas dari Osaka ke Tokyo atau Tokyo ke Osaka, pastikan anda pilih bas yang selesa, perjalanan jauh dan ada bas yang takde ruang menyimpan beg di bahagian bawah bas maka beg2 semua kena bawak masuk dalam bas.  Ada bas yang ruang antara tempat duduk agak sempit, kalau salah pilih bas maka anda terpaksa la tido dalam bas dalam keadaan mengerekot.

Akak ni jual minyak wangi, dia kata abang tak perlukan minyak wangi sebab dah wangi sangat..

Pemandangan di Tokyo Dome
Ultraman bergambar bersama peminatnya

 

Setibanya kami di Osaka, kami terus hantar beg ke rumah kami di rumah sewa kami, lepas tu pergi berjumpa dengan kawan kami Kana, rumah kami kali ni terletak dibahagian lain di Osaka, tapi tuan punya rumah adalah tuan yang sama dengan rumah kami di Osaka sebelum ni. Rumah ni berhampiran dengan Stesen Juso. Abang memang betul2 puas hati dengan rumah2 kami di Osaka setakat ni. Selepas berjumpa dengan Kana, kami bergerak ke Nara Park di bandar Nara. Pada mulanya abang takdelah excited sangat bila Kana cakap nak bawak kami ke sini untuk tengok rusa sebab kat Malaysia pun ada jugak rusa, tapi tanggapan abang berubah bila dah sampai sini. Kawasan cantik, rusa dibiarkan bebas, rusa2 pulak jinak, semua duduk lepak atas rumput macam takde apa2 berlaku. Abang terus nganga bila sampai sini. Kat sekitar kawasan ni ada jual sejenis biskut untuk diberi kat rusa ni, korang belilah dan bagi rusa2 ni makan, tapi janganlah pulak korang makan biskut2 tu yer. Dah seronok main dengan rusa, Kana bawak kami jalan area Nara Park ni, entah mana kami pergi, jalan punyalah jauh, abang rasa rusa2 kawasan ni pun tak jalan jauh macam kami. Berdekatan dengan Nara Park ni ada satu menara pagoda, namanya Kofokuji Temple, berketinggian 50 meter, menara 5 tingkat ini dikatakan menara pagoda yang kedua tertinggi selepas menara pagoda di Toji Temple, Kyoto.

Kofokuji Temple, walaupun tua tapi masih kukuh

Selepas tu kami singgah di Kasuga Shrine, kalau dari Nara Park nak berjalan ke sini memang jauh tapi percayalah pemandangan dan pengalamannya memang best. Tapi setiap langkah yang kami ambil, pemandangannya memang menarik. Buat pengetahuan semua, keluasan tapak Nara Park ni saja adalah 1240 ekar tapi kalau dimasukkan sekali dengan kawasan sekitar termasuk Kasuga Shrine, keluasannya mencecah 1600 ekar. Patutlah sampai rasa nak mengensot. Selepas satu hari berjalan kat area Nara Park ni, kami pulang ke bilik. Walaupun badan terasa penat tapi bila melihat bilik kami yang bersih dan selesa ni, kami rasa macam malas nak mandi, macam nak terus naik katil, tido..

“eh, nama awak apa?” – rusa

Kawan abang tengah bagi rusa makan, rusa tu lapar nampaknya.

 

Bangun pagi harini, kami bergambar dulu lepas tu plan kami nak ke Hard Rock Cafe Osaka dulu, beli apa yang patut. Lepas tu kami singgah makan sushi kat tempat yang Kana bawak masa first day haritu. Lepas tu kami ke Osaka Station, pusing2 kat mall bawah tu untuk beli souvenir dan ke Yodobashi-Umeda yang terletak bersebelahan dengan Osaka Station untuk membeli souvenir jugak. Malam baru kami naik train ke Nishikinohana Station untuk bermalam di rumah kami yang terakhir sebelum kami pulang ke Malaysia esok. Rumah kami yang seterusnya ni bertemakan rumah tradisional Tatami Jepun, rumah ni berhampiran dengan Kansai Airport (cuma 5 stesen dan ambil masa 15 minit). Walaupun Stesen Nishikinohana ni berdekatan dengan Stesen Kansai, tapi jarak dari Stesen Nishikinohana nak ke rumah tu agak jauh, tambah2 kalau nak berjalan kaki nak ke rumah dengan beg berat macam ni. Kedudukan rumah ni pulak agak tersorok, so kalau sampai waktu malam memang kene study betul2 dulu. Keunikan rumah ni adalah ianya rumah tradisional Jepun, berdindingkan kayu, masa kami tido malam tu cuaca sejuk terpaksa kami on heater. Esoknya masa nak mandi paling seksa, tandas kat luar, tak jauh mana pun tapi disebabkan cuaca sejuk sangat, semua orang tak sanggup nak bukak pintu maka korang sendiri boleh tau apa yang terjadi. Selesai bersiap, kami terus berjalan kaki ke Nishikinohana Stesen dan terus ke Airport Kansai, flight kami untuk pulang ke Malaysia adalah pada jam 11 pagi.

Wuu.. lajunya trainn..

Pintu gerbang ke rumah tradisional Jepun
Buang tebiat



Pengalaman berada di Jepun memang luar biasa, dengan bandarnya yang bersih, sikap rakyatnya yang sungguh baik dan kelengkapan yang serba canggih abang rasa Jepun salah satu negara yang mesti dilawati oleh semua. Perbezaan bahasa bukanlah masalah besar bila berada di Jepun, tak perlu takut tersesat bila berada di Jepun, apps Google Maps memang membantu, dengan waktu perjalanan train dan kadar tambang yang tepat, abang perhatikan orang2 di Jepun sendiri pun guna Google Maps untuk kemana2. Selamat bercuti ke Jepun!!

Ikuti kisah Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 1

Ikuti kisah Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 2

Ikuti kisah Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 3

14 Comments

  1. Halimah Binti Omar says:

    Abg, berapa kos tambang bas dr osaka ke tokyo dan tokyo ke osaka? Ada ke tiket yg lebih murah dr 4,000 yen?

    Reply


    Reply:

    Mungkin ada tapi tambang murah takut tak selesa pulak.. cuba try check kat sini..

    https://willerexpress.com/en/

    Reply


  2. Dila says:

    Salam tuan boleh tau x, di mana rumah2 yg tuan tinggal di Osaka dan Tokyo. Tq

    Reply


    Reply:

    Wsalam, ok.. saya baru emailkan info tentang rumah tersebut.

    Reply


  3. znrhmhdtp says:

    Hi. Boleh saya dapatkan details mengenai perjalanan tuan ke Jepun?

    Reply


    Reply:

    Ok, saya dah emailkan info

    Reply


  4. Hazlina Mansor says:

    Assalamualaikum,
    Boleh saya tahu :
    1. Penginapan di Osaka dan Tokyo
    2. Harga tiket bas Osaka-Tokyo-Osaka

    Reply


    Reply:

    Ok, saya dah emailkan info

    Reply


  5. nadhirahmusa says:

    salam, boleh saya tahu mengenai tempat penginapan dan kos nya? Kalau tuan ada iti, boleh dikongsikan? terima kasih

    Reply


    Reply:

    Wsalam,

    saya dah emailkan info tersebut. Terima Kasih

    Reply


  6. Muhammad fadil sulaiman says:

    Assalamualaikum & selamat hari raya. Boleh tuan share kn detail trip jepun ni. Kos naik bas, tempat penginapan. Saya macam berminat nk try naik bas dari osaka ke tokyo ni.

    Reply


    Reply:

    Waalaikumussalam, selamat hari raya. Saya dah emailkan info berkaitan. Kos bas tu boleh lihat disini sebab kosnya berlainan ikut pada tempat dituju dan jenis bas yang dinaiki. http://willerexpress.com/en/

    Reply


  7. yina harabi says:

    Assalammualaikum, boleh share nama penginapan di osaka dan iteneri serta tempat mkn yg halal..terima kasih.

    Reply


    Reply:

    Waalaikumussalam,

    boleh, saya emailkan nanti.. untuk makanan halal boleh cuba halalnavi, senang.

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.