Bercuti ke Kuala Terengganu – Part 1

percutian ke kuala terengganu

Kuala Terengganu adalah lokasi seterusnya untuk percutian abang dan keluarga. Disebabkan Kak Mim dah kerja kat Kuantan maka ada baiknya abang dan Kak Mim menggunakan kesempatan ni untuk ke Kuala Terengganu dan bawa Ziyad jalan2. Percutian kami kali ni bermula dari Kuantan, Pahang. Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu ambik masa lebih kurang 2 jam ke 3 jam Baca lagi

Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 3

Selesai solat subuh kami terus bergerak, niat nak cari ‘flea market’ kat area Tokyo. Trip sebelum ni secara tak sengaja kami pergi ke ‘flea market’ kat Kyoto rasanya, abang dapat beli kamera nikon lama harga kurang dari RM50. Ingatkan kali ni nak cuba lagi cari ‘flea market’ yang lebih kurang sama dengan kawasan terbuka tapi tak jumpa. Memang abang dah cari info pasal ‘flea market’ ni beberapa bulan sebelum trip ke Jepun lagi tapi ‘flea market’ kat Jepun ni bukan tiap2 minggu ada. Kadang2 sebulan sekali je. Baca lagi

Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 2

Lepas keluar dari rumah yang sangat hebat di Osaka tu, kami mulakan perjalanan kami dalam keadaan cuaca sejuk2 nyaman. Tak sabar nak keluar dari rumah dan tengok keadaan pagi di kejiranan Jepun. Masa kami keluar kedai banyak yang baru nak buka. Kami menuju ke Osaka Station dan perjalanan nak kesana takdela jauh sangat, berbekalkan kad pasmo yang kami beli sehari sebelum tu, perjalanan nampaknya jadi lebih Baca lagi

Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 1

Ni sebenarnya dah masuk kali kedua abang ke Jepun. Tahun 2013 masa abang ke Jepun abang lawat macam2 kawasan di Jepun. Abang pergi Tokyo, Osaka, Kyoto, Hiroshima, Nagoya, perjalanan sebelum ni jadualnya agak padat berbanding perjalanan kali ni. Kali ni abang cuma pergi ke Tokyo dan Osaka. Bagi yang bercadang nak ke Tokyo atau Osaka, abang akan kongsi jadual perjalanan abang kesana Baca lagi

Percutian ke Banda Aceh – Part 2

Bangun untuk hari kelima perjalanan kami di Pulau Sabang dan Banda Aceh, keluar saja kami dari bilik penginapan di Hotel Rumoh PMI dah tersedia di meja kafe sarapan pagi.  Selesai sarapan, Fahmi bawa kami ke Rumoh Aceh, ada yang mengatakan ini adalah Rumoh Aceh yang asli hasil peninggalan sejarah. Untuk masuk ke Rumoh Aceh seorang perlu bayar Rp750(20 sen), nak masuk rumah ni kena panjat beberapa anak tangga kayu sebelum boleh masuk ke dalamnya. Baca lagi

Percutian ke Banda Aceh – Part 1

Dari Pulau Sabang, hari keempat kami akan menuju ke Banda Aceh, kami minta bantuan Adi untuk hantar kami ke Jeti Balohan, kami bergerak ke Jeti Balohan seawal jam 7 pagi. Tambang dari Freddies ke Balohan adalah Rp100,000 (RM27). Harga tiket feri eksekutif ke Banda Aceh untuk kami berlima adalah Rp375,000 (RM101). Feri yang kami naiki akan bergerak jam 8 pagi. Baca lagi

Bercuti di Pulau Sabang – Part 2

Perjalanan diteruskan sampai ke lewat petang, mak teringin goreng pisang. Adi dengan gigihnya mencari gerai yang menjual kuih goreng. “Gorengan ada pak” kata Adi pada lelaki yang tengah menyapu kedai makan. “Tiada” jawab lelaki tadi pendek.Disebabkan susah sangat nak jumpa goreng pisang , terus kami ke pekan Pulau Sabang, disini keadaannya lebih sibuk berbanding kawasan yang kami lawati tadi. Baca lagi