Bercuti di Pulau Sabang – Part 1

Perjalanan ke Banda Aceh baru-baru ni membuka mata aku sekeluarga tentang Bandar Islam yang dihentam Tsunami pada tahun 2004 . Pembangunan di Aceh nampak begitu pesat sampaikan buat aku tak sangka kawasan ni pernah diuji dengan bencana kuat. Perjalanan kami ke Aceh bermula dari Terminal baru KLIA2, dari sini kami menaiki kapal terbang terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Aceh.

Sebelum kami berlepas sempat sarapan pagi di KLIA2, disebabkan malas nak berjalan jauh kami ingat nak alas perut je pagi tu. Terus kami tuju ke bakery ‘The Loaf’, aku pernah beli roti The Loaf ni kat tempat lain tapi yang dekat KLIA2 ni harga mahal sangat tapi makan jugaklah sebab dah lapar.

Disebabkan KLIA2 ni agak besar boleh tahan, kami terpaksa berjalan agak jauh nak ke gate berlepas, dalam perjalanan nak ke gate tu sempat menyinggah pegi toilet, posing2 tepi cermin dengan kapal terbang.. sampai kat gate terus tersadai kat kerusi sebab penat berjalan.

Penumpang2 yang nak ke Banda Aceh, tengok akak tu kelaparan sampai pekena bihun sebelum berlepas.

Penumpang2 yang nak ke Banda Aceh, tengok akak tu kelaparan sampai pekena bihun sebelum berlepas.

Perjalanan nak ke Aceh tak lama mana, dalam 30 ke 45 minit je. Kami berlepas dari KLIA2 jam 12 tengahari, sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda sekitar jam 12.40 tengahari. Lapangan terbang kat sini taklah sebesar KLIA. Setibanya ke sini dah nampak ramai orang tunggu kat luar untuk jadi driver atau dengan nama lebih cantik ‘tour guide’. Tapi kena hati2 sikit bab nak memilih driver kat sini jangan sampai tertipu, ada driver yang letak harga mahal mentang2 tengok orang baru turun dari kapal terbang dia ingat semua jenis kaya mcm tony stark agaknya.

Wife aku posing mendagu

Wife aku posing mendagu

Ok, sambung cerita.. keluar je dari pintu airport tadi maka ramailah yang berkerumun dan merelakan diri mereka untuk menjadi tour guide kami sekeluarga. Aku ada tips sendiri, pilih orang yang nampak kurang agresif, muka baik dan yg paling penting tak hensem sangat. Maka bertemulah aku dengan seorang jejaka taklah sehensem mana, aku pun terus setuju untuk pilih dia jadi pemandu untuk bawa kami terus ke pelabuhan Ulee Lheue.

Hari pertama aku dan keluarga akan terus ke Pulau Weh atau juga dikenali sebagai Pulau Sabang. Driver kami yang separa kacak terus offer untuk angkat beg untuk disimpan dalam kereta. Aku hulurkan beg paling berat lalu dia pikul macam abang hulk terus menuju ke kereta. Masa dalam perjalanan nak ke pelabuhan, driver tadi sempat ceritakan sedikit pasal Aceh dan tragedi yang menimpa Aceh pada tahun 2004.

“Mau makan tengahari dulu? feri ke balohan pun lewat, jam 2 baru ada” kata driver tadi. Kami pun setuju sebab perut pun lapar, nak jugak merasa makanan tradisi Aceh. Driver ni pun bawa kami ke satu restoran ni. Gaya restoran kat Aceh ni majoritinya seakan2 nasi padang, semua lauk dihidang depan mata, kalau taknak makan lauk tu jangan diusik, kalau usik memang terus masuk bil. Makan kat sini memang mahal, kecewa jugak tapi takpe asalkan perut kenyang. Kami teruskan perjalanan ke pelabuhan Ulee Lheue, sampai kami di sana aku pun terus beli tiket feri ke Balohan, ada dua jenis feri nak ke balohan, ada yang cepat, ada yang lambat, aku pilih yang cepat / executive, harga tiket rp75,000 (RM25) untuk seorang. Lepas beli tiket aku pergi balik ke kereta untuk ambil beg dan bayar tambang kereta.

makanan pertama kitorang di Banda Aceh, tapi harga fuh boleh tahan mahal..

makanan pertama kitorang di Banda Aceh, tapi harga fuh boleh tahan mahal..

“Berapa tambang tadi?” aku tanya kat driver tadi..
“Dua ratus ribu saja” dia jawab tenang..
“Tadi bukan ke seratus lima puluh ribu?”
“Kita singgah makan tadi” dia punya jawapan..menyirap aku..
Malas nak berbalah, aku hulur rp200,000 (RM54), dalam hati ni tadi ingat nak suruh dia jadi tour guide bila kami balik ke Banda Aceh nanti tapi disebabkan dia dah buat macam ni terus aku batalkan niat..
“Nanti kalau mau pusing2 Banda Aceh boleh nelfon saya” dia hulurkan bisnes kad kat aku dengan muka tak bersalah..

Feri yang kami naik untuk ke Pulau Sabang seakan-akan feri nak ke Pulan Langkawi, tapi feri kat sini semua tingkapnya tak nampak luar, seat executive pulak jenis aircond, bau petrol semerbak satu feri, maka peninglah mak dan wife aku sepanjang perjalan dalam feri tu. Perjalanan ambil masa dalam satu jam nak ke Balohan. Kami akan bermalam di Pulau Sabang selam 4 hari 3 malam.

Sampai di Balohan terus kami diserbu lagi dengan lelaki2 yang offer untuk bawa kemana saja yang kami mahu. Aku rasa macam raja pulak bila orang keliling macam ni, nak je aku lambai tangan ala2 Queen Elizabeth kat diorang. Disebabkan ada ramai yang kerumun dan aku pun malas nak ikut tips cara memilih ‘Tour Guide’ sebab first driver aku tadi aku ikut tips yang sama tapi tak menjadi, maka aku pun memilih driver bertuah ni secara rambang, harga tambang murah pun jadi ukuran dalam membuat pilihan. Kami dah buat pilihan, driver kami yang kedua adalah Adi, berkenderaan pacuan empat roda model Kijang, dengan tambang rp100,000 (RM27) kami yakin Adi mampu bawa kami ke tempat penginapan kami di Freddies Santai Sumurtiga. Freddies Santai Sumurtiga ni kalau dilihat dari luar memang tak sangka tempat ni salah satu tempat penginapan di Pulau Sabang, nak ke chalet ni kena berjalan kat satu lorong kecil dicelah2 rumah orang kampung kat sini. Dah lepas dari lorong ni baru terkejut tengok betapa indahnya pantai dan pemandangan kawasan ni.

Pemandangan dari dalam kereta Kijang si Adi, gebam gebom bunyi speaker pasang lagu Indon.

Pemandangan dari dalam kereta Kijang si Adi, gebam gebom bunyi speaker pasang lagu Indon.

“Esok mau pusing2 Pulau Sabang?” kata Adi sebelum beredar.

“Berapa tambangnya” aku tanya Adi, kali ni aku nak pastikan taknak kena tipu lagi.

“Murah saja, Rp 500000(RM 141), saya bawa pusing2 Pulau Sabang” sambung Adi sambil tersenyum. “Esok pagi kita keluar, saya bawa sarapan pagi sekali” kata Adi lagi.

Aku befikir sekejap.. “Takpalah, macam ni, bagi no telefon Adi dulu, saya telefon nanti”

Adi pun hulurkan no telefon yang dia tulis atas kertas kecil.. aku selitkan celah dompet..

Hari pertama di Pulau Sabang, kami cuma berehat selepas mengharungi perjalan hampir satu hari. Malam tu lepas berbincang dengan wife dan mak ayah aku maka kami pun setuju untuk keluar pusing2 Pulau Sabang bersama Adi. Puaslah aku cuba nak telefon Adi dengan telefon aku yang takde line sejak jejak kami kat Banda Aceh tadi. Jahanam betul aku tak tau pulak kalau nak auto-roaming kene register, dulu masa aku guna Celcom takde masalah pulak. Disebabkan telefon pun tak boleh guna, aku pun terus ke kafe Freddies mencari staff2 yang ada malam tu untuk pinjam telefon. Nasib aku baik ade seorang staff yang baik hati bagi guna telefon dia, dapatlah aku bagitau Adi untuk bawa kami pusing2 Pulau Sabang esoknya, Adi pun tak menolak.

Esoknya, abah panggil dari chalet sebelah “Zul, matahari cantik ni”. Aku terus terjaga ambil kamera dengan tripod ke balkoni chalet kami yang memang aku mintda dari Freddie untuk dapatkan view yang menghadap pantai. Pemandangan pagi tu memang menakjubkan, dengan suasana tenang, pemandangan cantik, ini memang permulaan percutian yang menarik.

Pemandangan menarik dari balkon chalet kami.

Pemandangan menarik dari balkon chalet kami.

Freddie Sumur Tiga di waktu pagi..

Freddie Sumur Tiga di waktu pagi..

Adi bawa kami keluar pusing2 Pulau Sabang dari jam 8.30 pagi sampai jam 9 malam dengan harga tambang dan upah sebanyak Rp500,000 (RM141). Satu hari Adi bawa kami berjalan sekeliling Pulau Sabang, bermula dengan sarapan pagi di pekan Pulau Sabang. Satu pengalaman bagus untuk aku dan keluarga dapat bersarapan dengan orang2 local, Adi bawa ke kedai makan yang sediakan nasi gurih, nasi gurih ni seakan-akan nasi lemak. Pagi tu dapat kami lihat orang2 kerajaan singgah bersarapan sebelum ke tempat kerja.

Suasana pekan Pulau Sabang

Suasana pekan Pulau Sabang

Sunyi lagi pekan ni waktu pagi, kedai pun baru buka

Sunyi lagi pekan ni waktu pagi, kedai pun baru buka

Inilah dia kedai makan untuk sarapan pagi kami.

Inilah dia kedai makan untuk sarapan pagi kami.

Inilah dia Nasi Gurih dan lontong dan kopi.

Inilah dia Nasi Gurih dan lontong dan kopi.

Selepas sarapan pagi kami terus dibawa ke beberapa tempat menarik di Pulau Sabang, antaranya Kilometer 0 atau Kilometer Nol iaitu tempat paling barat di Indonesia. Dalam perjalanan kitorang singgah pekena ‘Rujak Aceh’ sambil minum air teh botol berbagai perisa.

Air teh botol antara yang mesti dicuba bila ke Indonesia

Air teh botol antara yang mesti dicuba bila ke Indonesia

Rujak Aceh

Rujak Aceh

Mak dan wife bergambar bersama Kijang gebom2 kesayangan Adi

Mak dan wife bergambar bersama Kijang gebom2 kesayangan Adi

Tugu di Kilometer 0

Tugu di Kilometer 0

Pokok2 tua di Kilometer 0

Pokok2 tua di Kilometer 0

Aku dan wife di Kilometer 0

Aku dan wife di Kilometer 0

Kotak es kayu di Kilometer 0

Kotak es kayu di Kilometer 0

Kedai jual air di Kilometer 0

Kedai jual air di Kilometer 0

Menuju Kilometer 0

Menuju Kilometer 0

Tanpa peta ni, kami mungkin sesat.

Tanpa peta ni, kami mungkin sesat.

Pantai Iboih juga adalah antara tempat yang kami lawati, kecantikan pantai di sini memang cantik, lebih cantik dari Pantai Sumur Tiga di chalet kami, hajat hati memang kami nak snorkeling tapi sayangya di kawasan ini tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti laut kerana disini diadakan upacara Kenduri Laut, sebarang aktiviti berkaitan laut tidak dibenarkan sama sekali. Pantang ini dilakukan selama 3 hari dan dilakukan sekali setiap tahun maka aku dan keluarga pun terpaksa lupakan hajat nak bersnorkeling. Semua mat saleh pun sewa motor dan keluar meronda ke tempat lain disebabkan pantai tak boleh mandi. Disebabkan frust tak dapat snorkeling di Pantai Iboih kitorang ambil keputusan untuk berhenti makan tengahari di Pantai Gapang. Lapar sangat sampai kitorang order nasi goreng udang, nasi goreng seafood sambil minum air fanta, memang mewah betul makan tengahari orang yang tak dapat snorkeling ni.

Di tepian Pantai Gapang sambil kelaparan

Di tepian Pantai Gapang sambil kelaparan

Ikan2 gembira di Pantai Iboih

Ikan2 gembira di Pantai Iboih

Pemandangan menarik di Pantai Iboih

Pemandangan menarik di Pantai Iboih

Rasa macam nak snorkeling kat sini.. cantik

Rasa macam nak snorkeling kat sini.. cantik

Bot2 pun bercuti sempena pantang laut.

Bot2 pun bercuti sempena pantang laut.

Hari Pantang Melaut..

Hari Pantang Melaut..

Selepas tu kami ke Benteng Jepun, disini masih terdapat kubu dan meriam Jepun yang masih tertinggal. Pemandangan dari kawasan Benteng Jepun ni memang luar biasa cantik, kawasan tebing curam ini begitu menarik dilihat dari atas, air laut dibawahnya kelihatan biru dan cantik. Kawasan kubu hasil peninggalan askar Jepun ini menunjukkan betapa zalimnya askar Jepun mengerah rakyat untuk membina benteng2 ini yang nampak masih kukuh sampai sekarang. Akar2 pokok menjalar diatas batuan benteng ini. Part 2 perjalanan kami ke Pulau Sabang boleh dibaca disini..

Kubu dan meriam yang tertinggal

Kubu dan meriam yang tertinggal

Akar pokok yang menjalar di atas batuan tembok

Akar pokok yang menjalar di atas batuan tembok

Gambar family la.. apa lagi

Gambar family la.. apa lagi

Abah pun menyiasat apa yang patut.

Abah pun menyiasat apa yang patut.

Tenang kawasan ni..

Tenang kawasan ni..

Aku tak tau nak letak caption apa kat sini.

Aku tak tau nak letak caption apa kat sini.

Wife aku tengah mengembara bersendirian

Wife aku tengah mengembara bersendirian

Amboi wife aku berjalan macam datin2..

Amboi wife aku berjalan macam datin2..

wife aku dan pokok.

wife aku dan pokok.

pokok kelapa yang meninggi..

pokok kelapa yang meninggi..

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 1

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 2

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 3

Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 1

Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 2

Zulhatfi

68 Comments

  1. Assalamualikum saudara. Boleh saya minta id Facebook utk contact direct dengan saudara ? Terima kasih ^^

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    Facebook saya Zulhatfi Aziz 🙂

    Reply


  2. Assalamualaikum. Seronok dapat baca kisah percutian Encik. Banyak info yang sangat membantu. Boleh saya dapatkan maklumat En Adi. Saya dan kawan kawan akan ke sana pada bulan September nanti (:

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    Waalaikumussalam Aida,

    terima kasih, saya dah send info ke email Aida yer.

    🙂

    Reply


  3. Assalammualaikum.. banyak info sy dapat dr blog encik.. boleh sy dapatkan no tel encik adi.. terima kasih..

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    Terima kasih.. nanti saya email ya!

    Reply


  4. assalamualaikum…terima kasih berkongsi pengalaman yg menarik semasa encik zul bercuti di aceh.banyak info yg dpt dikongsikan bersama.sy dan family akan ke sana januari 2017.boleh sy dptkan no. tel en.adi…terima kasih

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    Waalaikumussalam, boleh tiada masalah, nanti saya emailkan, selamat berjalan2 ke Aceh, saya doakan selamat pergi dan pulang..

    Reply


  5. Assalamualaikum Encik
    Boleh share details supir di Aceh dan Pulau Sabang di email saya?
    Terima kasih

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    Waalaikumussalam,

    boleh takde masalah, nanti saya emailkan.

    Terima Kasih

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *