Train paling laju di dunia berada di Malaysia

Tahukah anda, train paling laju di dunia sebenarnya berada di Malaysia, ya bijak ktm komuter adalah train paling laju di dunia. Abang pun macam tak percaya. Train ni dijadualkan tiba 1.38pm, ada tulis kat lcd screen cantik kat stesen ni. Lepas tunggu punya tunggu punya tunggu jam pun menunjukkan pukul 1.38pm. Lepas tu abang tengok balik skrin lcd cantik dan canggih tadi. Train seterusnya, 1.58pm. Wow.. Abang kaku sekejap, dalam hati abang berkata “lajunya train ktm ni sampaikan abang tak nampak train yang pukul 1.38pm tu”. Terpaksalah abang tunggu train 1.58pm pulak, harap2 train ktm yang seterusnya ni tak selaju tadi.

Info terbaru : Bagus, ktm sebenarnya mendominasi train paling laju dan paling slow didunia, train yang pukul 1.58pm tu bergerak sangat slow sampaikan abang takut 1.38pm tu sempat patah balik dan langgar blakang train yang 1.58pm tu.

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.