Tips dan cara untuk memohon rumah pr1ma

Abang bercadang nak mohon rumah pr1ma haritu, lepas abang buat research abang baru tau ada tips untuk mohon rumah pr1ma. Ramai yang tak tau sebenarnya ada step untuk mohon rumah pr1ma. Abang harap boleh bantu korang semua.

Ok, pertama sekali syarat-syarat untuk mohon rumah pr1ma ni mesti ikut macam ni.

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami isteri) antara RM 2500 – RM 10,000
  • Tidak memiliki lebih dari 1 hartanah sama ada anda atau pasangan korang

Kalau ok dengan syarat-syarat kat atas ni, kita terus ke cara memohon pulak.

Pertama sekali, Pendaftaran.

  • Register melalui laman web www.pr1ma.my
  • Isi borang pendaftaran
  • Pilih 5 lokasi rumah pr1ma ikut suka korang la.
  • Upload dokumen2 berikut:
    • Bekerja
      Salinan Kad Pengenalan dan 1 bulan penyata gaji terkini
    • Bekerja sendiri/perniagaan sendiri
      Salinan Kad Pengenalan dan 1 bulan penyata bank terkini
  • Hantar borang pendaftaran yang dah dilengkapkan untuk dapatkan nombor rujukan PR1MA
  • Satu email pengesahan permohonan akan dihantar ke email korang.
  • PR1MA akan memaklumkan korang kalau2 terdapat projek PR1MA yang dibuka untuk permohonan di lokasi pilihan korang tadi.

Ok, ramai yang ingat lepas buat pendaftaran tu semua dah settle, boleh dapat rumah terus. Sebenarnya ada satu lagi step yang korang kena buat lepas mendaftar.

Next step, Permohonan.

  • PR1MA akan memaklumkan kepada korang melalui email dan SMS kalau terdapat projek yang dibuka untuk permohonan di kawasan yang korang pilih tadi.
  • Pergi ke website PR1MA dan login gunakan akaun yang anda buat sebelum ni.
  • Klik “Permohonan” untuk dapatkan maklumat lanjut projek yang dibuka untuk permohonan
  • Upload dokumen-dokumen sokongan berikut:
    • Bekerja
      1. 3 bulan penyata bulan terkini
      2. Surat pengesahan majikan
      3. Penyata KWSP
    • Bekerja/perniagaan sendiri
      1. 3 bulan penyata bank bulan terkini
      2. Penyata LHDN terkini
  • Hantar sebelum tarikh tutup permohonan
  • Korang akan menerima email pengesahan permohonan

Ok, so lepas tu proses Undian pun akan berlangsung.

  • Keputusan cabutan undi akan diberitahu di www.pr1ma.my.
  • Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui email.
  • Lepas selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan email untuk pemilihan unit kediaman.

Mudah kan, abang dah apply PR1MA ni, tapi nama tak naik lagi. InsyaAllah.. kalau ada rezeki dapatlah tu.

 

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *