percutian ke kuala terengganu

Bercuti ke Kuala Terengganu – Part 1

Kuala Terengganu adalah lokasi seterusnya untuk percutian abang dan keluarga. Disebabkan Kak Mim dah kerja kat Kuantan maka ada baiknya abang dan Kak Mim menggunakan kesempatan ni untuk ke Kuala Terengganu dan bawa Ziyad jalan2. Percutian kami kali ni bermula dari Kuantan, Pahang. Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu ambik masa lebih kurang 2 jam ke 3 jam, tengok jugaklah kelajuan pemandu tu sendiri, kalau macam abang, abang drive slow and steady je, maka jangan kan kata 2-3 jam… 4 jam pun belum tentu sampai lagi. Kami sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 4 petang. Sepanjang percutian kali ni kami bermalam di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Apa yang abang boleh katakan tentang hotel ni adalah, breakfast sedap dan bilik selesa cuma swimming pool kat tingkat 3 tu agak kecik.

Sampai je di hotel kami berehat di bilik, pada sesiapa yang baru pertama kali nak bermalam di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu, pastikan beg2 anda diturunkan terlebih dahulu di pintu lobby. Kalau terus ke parking dan nak bawak naik beg2 tu ke atas maka anda akan rasa sedikit menyesal sebab dari parking tingkat bawah tu nak ke lobby takde lif yer. Nasib baik abang perkasa, abang selamba angkut semua beg beroda saiz sepemeluk balak tu naik ikut tangga tapi kene kepit2 sikit la.

Lepas maghrib kami keluar, perkara pertama yang kami cari adalah tempat makan. Kak Mim kepingin masakan tradisional Terengganu, abang pun keluarkan telefon, abang google seperti seorang professional. Abang jumpa satu restoran ni, nama dia Zie’s Corner, terus kami ke sana. Zie’s corner ni terletak di Waterfront, Pulau Kambing. Bila sampai sini terus abang mintak menu dan alangkah terkejutnya abang sebab takde makanan tradisional pun kat sini, yang ada cuma western. Disebabkan masing2 dah lapar dan perut dah mula bergurindam maka kami pun terus decide untuk makan malam kat situ. Abang order Lamb Chop dan minum jus apple, kak mim pulak order spaghetti dan minum air teh limau panas. Apa yang abang boleh katakan tentang Zie’s corner ni adalah, makanan western dia best, patutlah ramai yang recommend.

Spaghetti Zie’s Corner
Lamb Chop Zie’s Corner

Lepas habis makan kami ke Masjid Kristal yang terletak bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Kak Mim bagitau abang yang dia ada baca satu artikel ni, bila malam Masjid Kristal ni nampak cantik sebab ada cahaya lampu, disebabkan takde apa2 nak dibuat lepas makan maka abang rasa takde salahnya kalau nak berjalan ke sana. Pemandangan Masjid Kristal ni bila waktu malam memang menarik, entah berapa banyak gambar abang ambik malam tu, rasanya berjuta jugak. Masjid Kristal yang dibuka pada Februari 2008 ini boleh dilawati tanpa sebarang bayaran.



Hari kedua di Kuala Terengganu, kami bangun awal harini sebab nak turun breakfast yang disediakan oleh Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Makanan untuk sarapan pagi yang dah disediakan memang best dan ada macam2 pilihan.

Lepas sarapan kami ke Muzium Negeri Terengganu. Muzium ni terletak tak jauh dari kedudukan Taman Tamadun Islam dan bagi abang Muzium ni mempunyai senibina menarik dan banyak informasi boleh didapati di muzium ni. Tak rugi untuk bawa keluarga ke sini. Bagi sesiapa yang nak kesini, abang sediakan kat sini sedikit info tentang Muzium Negeri Terengganu.

Warganegara Malaysia

Dewasa RM 5.00
Kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun RM 2.00
Kanak-kanak sekolah berpakaian seragam RM 1.00
Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun PERCUMA


Bukan warganegara

Dewasa RM 15.00
Kanak – kanak RM 10.00

 

Hari Sabtu hingga Khamis

– dibuka dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang

Hari Jumaat

– dibuka dari jam 9.00 pagi – 12.00 tengahari

– dibuka semula pada jam 3.00 petang – 5.00 petang

Hari Kelepasan Am

– dibuka dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

– tutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja


Lepas berpusing2 dalam Muzium Negeri Terengganu, Ziyad pun dah start mengantuk, abang dan Kak Mim pun dah lapar, maka aktiviti seterusnya adalah, mencari makanan. Kami plan nak ke Warung Pok Nong yang terletak di Kampung Kolam Mengabang Telipot. Abang suka nama tempat ‘Mengabang Telipot’ ni, tak tau la kenapa tapi abang dengan Kak Mim tak berhenti sebut nama ni sepanjang kami kat Kuala Terengganu. Perjalanan dari Muzium Kuala Terengganu nak ke Warung Pok Nong ni ambil masa lebih kurang setengah jam. Masa dalam perjalanan nak ke sana tiba2 abang ternampak pulak satu kedai jual Roti Paung, nama kedai ni ‘Roti Paung Che’ Wan’. Abang rasa Roti Paung Che’ Wan ni agak popular jugak kat Kuala Terengganu ni, disebabkan dah lalu sini maka kami pun singgah beli Roti Paun sikit dan seperti kebiasaannya, roti paung adalah roti paling lembut di dunia dan bila roti ni masuk ke mulut abang terus hati abang pun jadi lembut. Haha.

Bila sampai di Mengabang Telipot, mulanya abang sendiri pun memang tak tau lokasi Warung Pok Nong ni, jalan nak ke sana pun tak sesak sangat sebab kawasan kampung, tapi bila dah sampai kat Warung Pok Nong ni tiba2 jalan jadi sesak sebab ramai orang. Dari dalam kereta dah boleh nampak orang beratur kat Warung Pok Nong ni sebab warung ni dekat sebelah jalan je. Abang terus cari parking dan turun untuk beli makanan kat sini. Warung Pok Nong ni betul2 tepi jalan dan tepi pantai, memang nyaman betul udara kat sini. Abang terus menuju ke Warung Pok Nong, bila sampai kat situ abang tengok orang dah mula beratur panjang. Warung Pok Nong ni mula dibuka jam 3.30 petang, abang sampai situ jam 3.45 petang tapi orang punyalah ramai dan orang dah beratur punyalah panjang, abang tak tau la diorang ni dah start beratur dari pukul berapa. Kat Warung Pok Nong ni menu utama dia adalah sotong, udang dan ikan goreng tepung. Semua orang beratur kat sini semata2 nak beli tiga makanan ni dan abang pun turut sama beratur hampir dua jam dan tadaaaa.. inilah hasilnya.

Sotong goreng tepung Pok Nong
Beratur kat Warung Pok Nong
Budak-budak jangan risau, mainan pun ada jual kat sini

Ikuti kisah Bercuti ke Kuala Terengganu – Part 1

Ikuti kisah Bercuti ke Kuala Terengganu – Part 2

1 Comment

  1. […] Ikuti kisah Bercuti ke Kuala Terengganu – Part 1 […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.