Milo pasar malam

Abang pegi pasar malam harini dengan wife abang, sedang abang berjalan2 terkedek2 sekali abang terpandang pulak air milo, abang pun tak tau la tapi semenjak akhir2 ni abang suka sangat minum air milo.

Abang pun masa tu tengah haus sangat ni, tekak abang rasa kering sangat walaupun petang tadi hujan lebat. Abang pun buat muka seperti ahli sukan, “Dik, air milo satu”, budak tu pun bungkuskan abang air milo tadi. Sejurus lepas tu abang sambung bersiar2 di pasar malam dengan wife abang, sambil berjalan tu abang cucuk la straw kat cawan air milo tadi, lepas tu abang sedut la sikit, belum sampai tekak abang dah dapat rasa keenakan air milo sebenar, tapi abang kecewa betul bila air tadi sampai kat tekak abang, sikit pun abang tak rasa macam minum air milo, abang rasa macam minum sesuatu yang berbeza. “Ni bukan air milo, ni air coklat biasa ni”, air muka abang pun berubah. Sekian cerita abang untuk malam ni, abang nak pergi basuh baju kejap.

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.