Pencil wrap

Harini abang nak kongsi pada kawan2 abang yang berminat nak beli pencil wrap untuk simpan pensel2 kesayangan anda dengan baik dan menyihatkan pensel anda.

Pencil wrap ni ada dijual kat Art Friend The Garden sebelah Mid Valley. Mari abang ceritakan kelebihan benda ni.

Bagi sesiapa yang ada banyak sangat pensel dan tak mampu nak beli bekas pensel berharga RM5, pensel wrap ni boleh menyelesaikan masalah anda,  anda simpan RM5 tu dalam tabung dan bila dah cukup RM45 bolehlah pergi membeli pencil wrap ni. Haritu ada kawan abang berkongsi masalah tak tau nak simpan pensel untuk menggelapkan titian mata dan kening dan bulu2 di muka, abang pun tak tau nama pensel tu apa tapi rasa abang orang panggil pensel tu eyeshadow, pencil wrap ni jugak boleh diguna untuk simpan eyeshadow kalau anda jenis banyak sangat eyeshadow takut2 nanti anak2 ambil bawak pegi tadika lepas tu anak2 tu pegi pulak melukis dengan rakan2 beliau, haaa.. Itu yang kita takutkan tu.. Satu ketika dulu abang pernah jugak terfikir apa guna pensel wrap ni kalau dah ada bekas pensel besi yang lebih utuh dan perkasa, dulu abang ingat lagi cikgu abang masa sekolah rendah, perut dia buncit, muka dia garang, rambut dia sikat tepi ada jambul pulak kat depan, dia keluarkan handkerchief dia dari poket, dia letak atas meja, handkerchief tu ada isi dalam dia, dia ikat handkerchief tu, bila cikgu abang buka ikatan tu abang rasa sebak bila tengok dalam handkerchief tu ada kapur papan hitam, kalau abang tau ada pencil wrap ni jual kat art friend dulu memang abang dah turun Kuala Lumpur belikan cikgu abang satu pencil wrap senang dia nak simpan kapur.

Jadi dapatlah kita buat kesimpulan di sini yang sekolah abang dulu ada jual mee goreng, kadang2 ada jugak cikgu abang belanja makan mee goreng, murah jugak mee goreng masa tu, 50sen dapat sepinggan, abang ingat kenyang sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

image

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.