Selimut tetangga

Nampaknya abang kena beli satu meja untuk melukis lepas ni, aritu abang beli lampu meja, nampaklah sinar sikit bila sedang melukis tu. Ni semalam masa abang lukis gambar ni

, dalam kepala abang ni ade la terngiang2 satu lagu Indonesia. Abang nyanyi dalam hati.. Tangan abang tengah melukis ni, tapi dalam hati abang tengah mendendangkan lagu ni.. Tapi dalam masa sama abang terfikir lirik dia ni ape bende abang pun tak faham, dia sebut ‘selimut tetangga’, abang tak faham apa maksud dia tapi abang nyanyi jugak banyak kali, abang ulang2 part ‘selimut tetangga’ tu jugak sebab manalah abang hafal setiap rangkap.

Kalau ikut pemahaman bahasa melayu abang ni, abang rasa ‘selimut tetangga’ ni maksud dia kain selimut yang kita pakai masa tidur tu, yang kalau kita sejuk kita tarik dia tutup badan kita tu tapi kita pinjam jiran tetangga kita punya. “Assalamualaikum Kiah.. Ko lah jiran aku paling berguna kiah oii.. Aku sebenarnya nak pinjam selimut ko kiah.. Aku dah lama tak pakai selimut ko kiah.. Bagi la aku pinjam sehari dua kiah.. Aku janji by end of this week aku return back the selimut to you kiah”.. Lepas tu dah la dia pinjam selimut jiran tetangga dia, lepas tu dia buat lagu pulak..  Abang duk mikir lagi ni..

Akhir kalam dari abang, Sampai bila kita nak pinjam selimut tetangga kita dan adakah kita ambil berat tentang jiran2 kita?

image

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.