Bercuti di Pulau Sabang – Part 3

Hari ketiga di Pulau Sabang bermula dengan abah ke jeti di hujung Pantai Sumur Tiga untuk memancing ikan, aku keluar ke kawasan pantai untuk ambil gambar sunrise, wife menemani, Nisa lewat bangun dan mak di balkoni bilik berehat sambil membaca buku. Matahari mula muncul, makin lama makin tinggi, Nisa datang menemani wife yang duduk di tepi pantai dari tadi menemani aku. Matahari pagi makin tinggi, aku, wife dan Nisa berjalan kaki menyusuri pantai Sumur Tiga terus ke jeti untuk lihat abah. Kelihatan orang kampung baru pulang dengan hasil laut, ramai yang dah menunggu di darat untuk membeli hasil tangkapan. Kami yang menemani abah di tepian jeti tiada hasil sampai ke sudah. Terus kami pulang ke Freddie. Air pantai mula naik, kami redah juga tepian pantai sampai ke Freddie walaupun sebenarnya tak semudah yang disangka, terpaksa berdepan ombak di tepi pantai tempat kami berjalan.

Sunset di Sumur Tiga

Sunrise di Sumur Tiga

Satu lagi sunset di Sumur Tiga

Satu lagi sunrise di Sumur Tiga

Aku mengejar sunrise - Thanks wife untuk gambar hebat ni

Aku mengejar sunrise – Thanks wife untuk gambar hebat ni

Abah tengah ikat umpan .

Abah tengah ikat umpan .

Tottenham Hotspurs pun siap taja salah satu bot

Tottenham Hotspurs pun siap taja salah satu bot

Bot dan laut biru, aku pun tak tau nak letak caption apa.

Bot dan laut biru, aku pun tak tau nak letak caption apa.

Abang ni tabah mengail di tepian.

Abang ni tabah mengail di tepian.

Orang ramai bid harga ikan.

Orang ramai bid harga ikan.

Pepohon di pantai

Pepohon di pantai

Chalet tempat kami menginap, pandangan dari kawasan pantai.

Chalet tempat kami menginap, pandangan dari kawasan pantai.

Selepas itu, pencarian sarapan pagi di sekitar kawasan Sumur Tiga bermula, disekitar kawasan Freddie ni terdapat rumah2 orang kampung, berjalan keluar sikit menyusur jalan di perkampungan ini pasti akan berjumpa dengan kedai runcit, bengkel motor dan gerai makan. Aku, wife dan abah bertemu dengan satu gerai di kecil, kelihatan beberapa orang minum disitu. Terus kami ke gerai tu dan aku nampak abang tuan kedai tengah menarik kopi sambil menjengket kaki. Di gerai ni juga ada jual aiskrim batang atau kita kenali sebagai aiskrim Malaysia, dah lama aku tak jumpa aiskrim macam ni kat Malaysia sendiri. Lepas puas minum pagi dan berbual2 dengan pakcik yang memang tinggal di kawasan Sumur Tiga, kami balik ke bilik dan tapau sedikit makanan untuk mak dan adik aku Nisa. Makan disini murah, banyak juga makanan yang kami beli disini dan harganya cuma Rp60,000 (RM16).

Pemandangan dari atas, cantik kan?

Pemandangan dari atas, cantik kan?

kat kawasan ni pun ada kubu kesan peninggalan Jepun

kat kawasan ni pun ada kubu kesan peninggalan Jepun

Abang ni pun sampai mendepa tangan nak buat kopi.

Abang ni pun sampai mendepa tangan nak buat kopi.

Ini hasil dia, secawan kopi.

Ini hasil dia, secawan kopi.

Aiskrim legend

Aiskrim legend

Pakcik ni memang orang Pulau Sabang, rilek pagi2 keluar pekena kopi secawan.

Pakcik ni memang orang Pulau Sabang, rilek pagi2 keluar pekena kopi secawan.

Hari ni aku, Nisa dan wife berhajat nak bersnorkeling di Pantai Sumur Tiga, keghairahan nak bersnorkeling ni bermula sejak hari pertama sampai kesini. Kelengkapan untuk snorkeling kat sini boleh disewa terus di Freddie atau boleh menyewa dari tempat lain disekitar Pantai Sumur Tiga. Disebabkan ramai orang dah mula masuk menginap disini maka kelengkapan snorkeling di Freddie orang lain dah sewa dulu, aku terpaksa berjalan dengan wife dan adik aku nisa ke satu lagi tempat menyewa lain.

Sesi snorkeling pun bermula dengan jayanya, walaupun ombak kuat pagi tu, kami berjaya snorkeling sampai ke petang. Disebabkan terlalu penat snorkeling, kami terus pergi ke kafe Freddie, makanan kat sini memang sedap, kami order ala carte je, nasi goreng ayam, nasi goreng seafood semuanya sedap, kami siap bungkuskan satu nasi goreng untuk mak yang rehat dalam bilik.Belanja makan tengahari kami jumlahnya Rp195,000 (RM52) . Lepas balik ke bilik, semua tido sampai ke petang, aku dengan abah yang rajin pergi pulangkan kelengkapan snorkeling yang kami sewa pagi tadi, harga untuk semua barang yang kami sewa agak murah juga, cuma Rp120,000 (RM 32).

Pemandangan dari kafe Freddie.

Pemandangan dari kafe Freddie.

Ni dia makanan tengahari kami dengan harga Rp 195,000 (RM 52)

Ni dia makanan tengahari kami dengan harga Rp 195,000 (RM 52)

Malamnya kami makan pizza di cafe Freddie lagi, ramai yang memuji pizza di sini, kami tak ketinggalan nak rasa pizza disini. Memang sedap!.. Siapa yang menginap disini memang kena cuba. Harga pun ok la, kami order 2 keping pizza, harganya Rp158,o00 (RM42). Sebelum kami balik berehat di bilik, ada sorang brother ni datang ke meja makan kami, dia keluarkan lukisan corak yang berbeza2 dan bermacam2 saiz, menarik dan penuh teliti kerja tangan ni. Brother ni kata abang dia yang buat semuanya, dia cuma tolong abang dia jualkan. Dia gelarkan seni ni sebagai “Batik Sabang”, aku beli satu sebagai tanda sokongan, dengan harga Rp50,000 (RM 13) aku harap dapat membantu penggiat seni ini.

Pizza Freddie dan Batik Sabang

Pizza Freddie dan Batik Sabang

Kami balik ke bilik, malam ni adalah malam terakhir kami di Pulau Sabang, 4 hari 3 malam disini mungkin terlalu lama bagi sesetengah orang, tapi bagi kami sepanjang kami berada di Pulau Sabang, semuanya indah2 belaka. perjalanan seterusnya, kami akan balik ke Banda Aceh untuk melihat bandar yang teruk dihentam Tsunami ini.

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 1

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 2

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 3

Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 1

Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 2

Zulhatfi

12 Comments

  1. assalam…blh xsye nk tw hrge tmpt pnginapan shry brpe?? dan ade xno adi??

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    Terima kasih… nanti saya emailkan info ya..

    Reply

    elly
    Reply:

    check in dn check out chalet jm brpe ye??

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    lebih kurang macam di Malaysia juga 🙂




  2. Boleh email kt saya jgk psl hotel.. qasehyana@gmail.com hotel dia ok x? Selesa?

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    Boleh, saya dah emailkan contact hotel di sana, Alhamdulillah sepanjang saya di sana, hotel2 ni selesa dan servisnya bagus.

    Reply


  3. Hai, Sy Pun Berminat Untuk Dapatkan No Tel Adi
    Dan Contact Ke Freddie Chalet

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    Hai, ok.. nanti saya email ya!

    Terima Kasih

    Reply


  4. As salam en zulhatfi
    Boleh sya dptkan nama hotel yg en menginap di pulau sabang dn contact no adi x?

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    W’salam, ok nanti saya hantar ya..

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *