Percutian ke Banda Aceh – Part 1

Dari Pulau Sabang, hari keempat kami akan menuju ke Banda Aceh, kami minta bantuan Adi untuk hantar kami ke Jeti Balohan, kami bergerak ke Jeti Balohan seawal jam 7 pagi. Tambang dari Freddies ke Balohan adalah Rp100,000 (RM27). Harga tiket feri eksekutif ke Banda Aceh untuk kami berlima adalah Rp375,000 (RM101). Feri yang kami naiki akan bergerak jam 8 pagi.Tiket feri untuk ke Banda Aceh Adi dah tolong belikan masa hari pertama kami sampai di Pulau Sabang.Adi memang driver yang baik, dia layan je kerenah kami sepanjang bawa kami menaiki Kijang dia. Semasa nak ke feri, dia jugalah yang tolong angkatkan beg kami yang paling berat masuk ke dalam feri. Sebelum feri bergerak, Adi sempat bersalaman dengan kami semua. Terima Kasih Adi!!.

Feri yang kami naik sama macam yang sebelum ni, tingkap yang kabur dan tak nampak keadaan luar, ditambah pula dengan bau petrol buatkan wife aku mabuk, selepas lebih kurang satu jam kami berada dalam feri, kami sampai ke Jeti Ulee Lheue, Banda Aceh. Kami disambut oleh Fahmi, dari jauh aku dah boleh nampak fahmi pegang kertas bertulis ‘Zulhatfi Bin Abd Aziz, Hotel Rumoh PMI’ sambil tersenyum. Fahmi adalah pemandu untuk tempat penginapan kami di Banda Aceh iaitu Hotel Rumoh PMI. Kami akan menginap selama 3 hari 2 malam di Hotel Rumoh PMI.

suasana di bahagian executive, aircond.

suasana di bahagian executive, aircond.

Suasana dibahagian atas feri, sini lebih 'open air'.

Suasana dibahagian atas feri, sini lebih ‘open air’.

Bergambar setibanya di Ulee Lheue

Bergambar setibanya di Ulee Lheue

Fahmi bergaya memegang nama 'Zulhatfi Bin Abd Azis'

Fahmi bergaya memegang nama ‘Zulhatfi Bin Abd Azis’

Semasa dalam perjalanan kami ke hotel, aku cadangkan kalau kami berhenti minum pagi dulu, aku minta Fahmi bawa kami ke kedai makan untuk sarapan pagi. Menu yang disediakan di restoran ni memang mirip makanan di Malaysia. Rupa2nya tukang masak restoran ni pernah bekerja di Malaysia. Sempat kami berbual dengan tuan punya kedai yang memang berasal dari Aceh dan anaknya menyambung pengajian di Malaysia. Selesai makan pagi, kami berjalan ke kawasan bersebelahan dengan restoran tadi, terdapat satu rumah kesan peninggalan Tsunami, ianya dipanggil ‘Rumah Tsunami’. Semasa kejadian Tsunami, 8 orang dari rumah ini telah hilang dibawa ombak Tsunami.

Nama makanan kat restoran diambil dari nama makanan di Malaysia

Nama makanan kat restoran diambil dari nama makanan di Malaysia

8 ahli keluarga dari rumah ini hilang ketika Tsunami

8 ahli keluarga dari rumah ini hilang ketika Tsunami

Selepas itu kami terus dibawa ke hotel, sampai disana kami disambut oleh En.Safriyal, orang kuat di Hotel Rumoh PMI, En.Safriyal dan seluruh staff Hotel Rumoh PMI memang memberikan begitu banyak bantuan kepada aku dan keluarga. Setibanya kami di sana, bilik kami telah pun tersedia, aku sempat berbual dengan En.Safriyal dan berkata yang pihak mereka sudi menghantar aku dan abah ke Masjid sekitar Banda Aceh untuk solat Jumaat. Terus aku kata YA. Selepas berehat-rehat di bilik, aku dan abah bersiap-siap untuk ke Masjid Raya Baiturrahman,Banda Aceh, salah satu masjid bersejarah di sini. Memang rugi kalau tak singgah ke Masjid penuh bersejarah ni, lagi rugi kalau aku tak solat Jumaat bersama disini sedangkan ada peluang, boleh aku rasa suasana solat Jumaat di Masjid ni.

Fahmi bawa aku dan abah ke Masjid Raya Baiturrahman, suasananya seakan sama seperti di Malaysia, sekeliling masjid di sini terdapat parit dengan air bersih untuk mencuci kaki sebelum masuk ke Masjid, disebabkan cuaca pada hari tu agak panas dan aku terpaksa memijak lantai yang agak panas selepas selesai mengambil wudhu, maka air di parit ni memang melegakan, setiap orang yang ingin masuk ke masjid akan memasukkan kaki mereka sebelum masuk ke Masjid. Masjid Raya Baiturrahman ini adalah masjid yang tua dari sudut usianya tetapi masih utuh dari segi binaannya, suasana dalamnya juga sangat2 menenangkan. Pintu masuk automatik, masjid berhawa dingin dan keadaan dalamnya yang sangat selesa, bersyukur aku dapat bersama-sama untuk solat Jumaat di sini.

Masjid Raya Baiturrahman

Masjid Raya Baiturrahman

Cantik pintu masuk Masjid Baiturrahman

Cantik pintu masuk Masjid Baiturrahman

Jual songkok di luar masjid Baiturrahman

Jual songkok di luar masjid Baiturrahman

Suasana di dalam Masjid Baiturrahman.

Suasana di dalam Masjid Baiturrahman.

Orang ramai mula beredar lepas solat Jumaat

Orang ramai mula beredar lepas solat Jumaat

 

Selesai solat Jumaat di Masjid Raya, kami pulang semula ke hotel dan aku berbincang dengan pihak hotel untuk membawa kami pusing2 di sekitar Banda Aceh. Pemandu kami Fahmi membawa kami untuk makan tengahari dan seterusnya ke Rumoh Aceh kepunyaan Cut Nyak Dhien, kepada sesiapa yang tak kenal siapa Cut Nyak Dhien, beliau adalah seorang pahlawan wanita di bumi Aceh ketika mereka ditawan Belanda. Ketika kunjungan kami di Rumoh Aceh ni, ada seorang makcik yang menjaga rumah ni, makcik ni menjelaskan tentang sejarah Aceh. Sebelum kami keluar dari Rumoh Aceh ni, sempat kami bertanya jika makcik tu terlibat semasa kejadian Tsunami di Aceh. Barulah kami tau yang makcik ni turut terkena bencana tersebut, semasa Tsunami menghentam Aceh, beliau berada di Rumoh Aceh dan sempat berlari ke atas bukit di belakang Rumoh Aceh selepas melihat air naik ke daratan. Beliau terpaksa bermalam di atas bukit itu berhari-hari. Semasa hari kejadian, adik makcik ni tewas dibawa arus Tsunami semasa melahirkan anak dirumahnya, walaupun tangan adiknya sempat dipegang oleh suami namun arus deras telah mengorbankan adik makcik tadi tetapi suami adiknya terselamat. Mayat adik makcik tadi telah dijumpai orang kampung di kawasan sawah tak jauh dari rumahnya.

Rumoh Cut Nyak Dhien

Rumoh Cut Nyak Dhien

Ruang depan rumah Cut Nyak Dhien

Ruang depan rumah Cut Nyak Dhien

Galeri dalam rumah Cut Nyak Dhien

Galeri dalam rumah Cut Nyak Dhien

Ruang mesyuarat rumah Cut Nyak Dhien

Ruang mesyuarat rumah Cut Nyak Dhien

Bergambar di rumah Cut Nyak Dhien

Bergambar di rumah Cut Nyak Dhien

Kisah sedih makcik tadi cuma pembukaan untuk kita sama-sama menghayati kisah menyayat hati Tsunami di Banda Aceh ini, perjalanan kami diteruskan ke kawasan dimana satu kubah masjid yang teralih akibat Tsunami. Struktur masjid ini hancur, yang tinggal cuma kubahnya saja. Sempat aku shoot gambar di kawasan ni, kawasan sekitar kubah ini cuma kawasan kampung biasa dan kelihatan anak-anak muda melalui jalan kecil di sebelah kubah ini untuk keluar masuk ke jalan utama. Sebelum ke destinasi seterusnya kami singgah untuk makan Mee Aceh Leupung, Fahmi kata Mee Aceh kat sini adalah yang paling sedap di Aceh, walaupun perut tak berapa lapar tapi kami berhenti makan juga sebab nak rasa Mee Aceh kat sini.

Kubah masjid yang tertinggal akibat hentaman Tsunami

Kubah masjid yang tertinggal akibat hentaman Tsunami

Mee Aceh Leupung

Mee Aceh Leupung

Mee Aceh, sedappp

Mee Aceh, sedappp

Seterusnya perjalanan kami menuju ke Masjid Rahmatullah yang terletak di kawasan kampung Lampuuk, masjid ini antara masjid yang popular selepas berlakunya Tsunami, kebesaran Allah S.W.T menunjukkan kehebatan masjid ini bertahan dek hentakan Tsunami manakala kawasan sekelilingnya hancur dibawa arus kuat. Masjid ini terletak amat hampir dengan kawasan laut iaitu cuma 400m. Masjid Ramatullah telah dibina pada tahun 2001, semasa Tsunami melanda Aceh, masjid ini turut ditenggelami air sehingga ke bumbung masjid. Bila aku berdiri di dalam masjid ni, sungguh aku tak terfikirkan bagaimana mangsa-mangsa ini terpaksa bertahan dengan arus kuat dan air laut setinggi ini. Walaupun masjid ini masih kukuh namun masih terdapat kerosakan di sebahagian struktur masjid, di satu sudut masjid ini, kerosakan masjid sengaja dibiarkan untuk tatapan dan menginsafi kejadian Tsunami yang pernah melanda Kampung Lampuuk. Di dalam masjid ini juga di letak gambar-gambar Tsunami yang sangat menyayat hati, antara gambar yang paling terkesan bagi aku ialah gambar penduduk yang terselamat beberapa hari selepas kejadian Tsunami menunaikan solat berjemaah walaupun cuma tidak ramai. Begitu kuat ketaatan mereka pada Allah S.W.T walaupun diuji dengan kesedihan dan kepayahan.

Kuburan Masal di Kampung Lampuuk

Kuburan Masal di Kampung Lampuuk

Masjid Rahmatullah

Masjid Rahmatullah

Masjid Rahmatullah

Masjid Rahmatullah

Sedang aku, wife dan Nisa melihat gambar-gambar di dalam masjid ni, tiba-tiba datang seorang pakcik. “Assalamualaikum” pakcik tadi terus memberi salam, aku menoleh dan menjawab salam pakcik tadi, “Waalaikumussalam”. Pakcik tadi bertanya pada kami “Anak semua dari Malaysia?” sambil muka beliau tersenyum. “Iya, kami semua dari Malaysia” aku jawab kembali soalan pakcik tadi sambil berjalan menghulur tangan untuk bersalam. “Pakcik bilal di sini, siang tadi ada juga orang Malaysia datang, dari Johor, ramai orang Malaysia yang datang ke sini untuk lihat kesan Tsunami” kata pakcik tu pada kami. “Masa kejadian masjid ni habis ditenggelami air, sampai ke bumbung” cerita pakcik sambil menunjukkan kesan di atas permukaan siling masjid Rahmatullah ni. Sedang kami asyik mendengar penjelasan pakcik tadi tentang Tsunami, wife bertanya “Pakcik berada di mana semasa Tsunami? Keluarga pakcik semuanya selamat?”. Pakcik tadi cuma menjawab tenang “Isteri dan anak pakcik semuanya hilang, yang tinggal cuma pakcik dan seorang anak lelaki pakcik”. Kami terus terdiam, air mata kami mula mengalir, pakcik tadi menyambung ceritanya “Pagi tu pakcik sedang berehat-rehat di rumah selepas pulang dari kenduri di kampung, tiba-tiba pakcik dengar orang menjerit ‘Lari Lari Air naik!!, Air naik!!’, pakcik bingung terus pakcik sambung berehat kerana pening selepas gempa bumi beberapa minit sebelum tu.” Pakcik tadi menyambung lagi “Tak lama lepas tu bila pakcik toleh ke belakang, pakcik lihat air sudah naik tinggi dekat dengan pakcik, terus pakcik digulung air sampai ke bukit dihujung kampung, pakcik sempat naik ke bukit sebelum ombak kedua sampai, pakcik tak dapat berbuat apa-apa selain berdoa saja pada Allah S.W.T, semua orang takut mau turun dari bukit, semuanya bermalam saja di sana beberapa hari”.Kami bertanya “Keluarga pakcik?”. Pakcik tadi menjawab tenang “Isteri dan anak pakcik semuanya hilang tidak ketemu, anak pakcik yang paling kecil berumur 3 tahun, saudara-mara pakcik pun ramai yang terkorban”. Pakcik ni sangat tenang menceritakan kisah beliau pada kami walaupun beliau telah diduga dengan kehilangan keluarga, harta dan saudara-mara. Kami cuma mampu mengalirkan air mata mendengar cerita pakcik tadi. Lebih kurang 1000 orang di kampung Lampuuk ini terkorban akibat Tsunami.

Bergambar bersama pakcik bilal Masjid Rahmatullah

Bergambar bersama pakcik bilal Masjid Rahmatullah

Di satu sudut masjid Rahmatullah, sengaja dibiarkan kesan kerosakan Tsunami

Di satu sudut masjid Rahmatullah, sengaja dibiarkan kesan kerosakan Tsunami

Di satu sudut masjid Rahmatullah, sengaja dibiarkan kesan kerosakan Tsunami

Di satu sudut masjid Rahmatullah, sengaja dibiarkan kesan kerosakan Tsunami

Gambar ni diambil semasa solat maghrib pada April 2005, gambar ni memang menyayat hati.

Gambar ni diambil semasa solat maghrib pada April 2005, gambar ni memang menyayat hati. -Galeri Masjid Rahmatullah-

Gambar disekitar masjid Rahmatullah selepas kejadian Tsunami

Gambar disekitar masjid Rahmatullah selepas kejadian Tsunami -Galeri Masjid Rahmatullah-

Kain diikat dikawasan tuan empunya tanah bagi menandakan ada antara mereka yang masih hidup.

Kain diikat dikawasan tuan empunya tanah bagi menandakan ada antara mereka yang masih hidup. -Galeri Masjid Rahmatullah-

Azan maghrib mula kedengaran bergema dari dalam Masjid Rahmatullah, “Solat Maghrib di sini dulu?” jemput pakcik tadi, aku cuma menganggukkan kepala dan terus keluar mengambil wudhu. Selesai solat aku beralih ke saf belakang, pakcik tadi berjalan ke arah aku, “Jemput ke rumah pakcik?”. Aku pandang pakcik tadi dan menjawab “Maaf pakcik, saya datang dengan keluarga saya, mungkin tak sempat”. Pakcik tadi cuma tersenyum dan beredar menuju ke pintu masjid, hati aku rasa tak senang, kesian pakcik ni, mungkin dia sunyi lepas kehilangan keluarga. Aku bangun dan mengejar pakcik tadi, “Pakcik, sudah mau pulang?”. Pakcik tadi menoleh dan tersenyum “Iya, betul tak mau datang ke rumah pakcik?”. Susah aku nak jawab soalan pakcik ni “Saya datang dengan supir, lagipun dah lewat, mungkin tak sempat”, aku hulurkan sedikit wang ke tangan pakcik tadi. “Terima Kasih, nanti kalau datang lagi jemputlah ke rumah pakcik” pakcik tadi tertawa kecil dan terus duduk ditangga. Dia tarik tangan aku, diajaknya aku duduk disebelah,” Dulu di masjid ni jemaahnya ramai, lepas Tsunami, ramai yang terkorban, semua ahli masjid hilang, nanti kalau anak datang lagi, datang rumah pakcik ya”. Aku cuma mampu tersenyum dan menganggukkan kepala. Pakcik tadi terus bangun dan beredar dengan motosikalnya.

Sebenarnya majoriti jemaah masjid yang berada di masjid ni adalah mangsa-mangsa yang terselamat dari bencana Tsunami, sebelum kami beredar, mak, wife dan Nisa ada berbual dengan seorang makcik di pintu masjid. Makcik ni dan adiknya saja yang terselamat, semua ahli keluarga lain termasuk suami dan anak-anak hilang dibawa ombak. Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah di kedai menjual makanan tempatan. Di Aceh ni, antara yang harus dibeli adalah Kopi Ulee Kareng, aku sebagai penggemar kopi semestinya akan beli kopi unik ini ke Malaysia. Makanan lain yang menarik adalah kueh kacang. harus dicuba.Selepas tu kami ke Masjid Raya Baiturrahman, aku minta Fahmi singgah di perkarangan masjid sebab aku nak shoot gambar masjid. Walaupun aku dah ke sini semasa solat Jumaat tapi keadaaan diwaktu malam juga sangat meriah walaupun sudah pukul 10 malam. Ramai yang berehat-rehat di perkarangan masjid dan di dalam masjid masih ada yang solat, mengaji dan berzikir, indahnya Masjid Raya Baiturrahman. Sebelum ke hotel, Fahmi bawa kami minum kopi di ‘Rumoh Aceh Coffee’, bermacam-macam jenis air kopi disediakan disini, daripada Kopi Aceh sampailah ke Kopi Luwak, semuanya ada disini, rasanya pun boleh tahan, suasana disini juga santai dan sesuai untuk berehat-rehat sambil minum kopi.

Bergambar di depan Masjid Raya Baiturrahman

Bergambar di depan Masjid Raya Baiturrahman

Gambar Masjid Raya Baiturrahman waktu malam.

Gambar Masjid Raya Baiturrahman waktu malam.

Gambar Masjid Raya Baiturrahman waktu malam.

Gambar Masjid Raya Baiturrahman waktu malam.

Antara kopi keluaran 'Kopi Rumoh Aceh'

Antara kopi keluaran ‘Kopi Rumoh Aceh’

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 1

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 2

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 3

Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 1

Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 2

Zulhatfi

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.