Lukisan untuk Gaza

Ada satu cerita pasal memboikot ni, kita kadang-kadang dah salah faham pasal boikot, dah pening sangat mungkin sebab banyak sangat kerja kat ofis sampai kita tak tau nak bezakan antara boikot, rusuhan dan mogok. Ada yang sampai hilang punca , hilang akal pergi rosakkan harta orang lain demi menunjukkan yang dia sedang dalam proses memboikot so orang lain yang taknak ikut jejak memboikot harus diajar habis-habisan.

Di Malaysia mungkin kita diajar boikot itu maksudnya jangan makan McD, sekian. Orang yang makan McD memang kene sesah dengan batang steering lock kalau melakukan perkara2 yang bersangkutan dengan McD, tampal sticker McD kat cermin kereta salah satu punca orang histeria sampai sanggup pecahkan cermin orang lain. Aku belum pernah dengar lagi berita orang pakai jeans Levi’s bontot dia kene sesah dengan batang kayu, tak pernah dengar lagi ada orang muka dia kene conteng dengan arang batu sebab pakai Garnier. Diharap kita semua tergolong dalam golongan berakal dapat memikirkan beza boikot, merusuh, mogok dan begok.

Boikot hak individu, kita sepatutnya bukan pergi pukul orang, paksa orang berhenti kerja, rosakkan harta orang demi menunjukkan yang kita sedang memboikot. Didikan memboikot ni perlu hadir dari dalam diri, kalau orang tu tak memboikot padahal kita dah cerita panjang lebar sampai berguling-guling cerita pasal boikot tapi kat telinga dia, tu maksudnya dia mungkin mempunyai daya ingatan berstandard ikan emas.

Maka orang2 macam ni kita abaikan, tengok macam aku, aku zahirkan rasa tak puas hati dengan melukis.. melukis kesengsaraan mangsa di Gaza.. kesedihan.. keperitan.. semoga kita sama2 terkesan dengan keadaan disana.. InsyaAllah..

Ni keratan artikel yang aku terbaca dari mstar tadi, tentang pembantu juruterbang nahas MH17,  Ahmad Hakimi Hanapi. Kata2 beliau tentang lukisan tu tak merujuk pada lukisan aku..

Satu lagi isu yang amat diambil berat oleh Ahmad Hakimi adalah nasib penduduk di Gaza.

“Satu malam dia melihat lukisan yang menggambarkan anak-anak yatim di Gaza. Apabila dia menunjukkan gambar itu kepada saya, dia memeluk saya dan menangis. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.

“Dia berkata, ‘Muka macam Abderrahman’. Saya rasa dia takut, membayangkan apa yang akan berlaku jika Abderrahman membesar sebagai anak yatim,” kata Asmaa.

 

IMG_20140714_015459315

IMG_20140713_123940

IMG_20140713_123537

IMG_20140714_020028

IMG_20140719_120942

IMG_20140715_145600

wpid-img_20140805_230538.jpg

Zulhatfi

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.