Aku menang LOS DAN FAUN..

Berpandukan kepada pasukan pandu puteri sekali lagi.. dengan ini saya umumkan pasukan pandu puteri telah memenangi permainan angkat berat untuk kali ini.. hahaha.. yup, yg tuh memang statement merapu.. Statement tuh membayangkan bahawa aku seorang yang happyy untuk hari ni.. happy ialahh yahooooo..  yahoo tuh pulak merujuk pada ‘yahooo aku menang motoo tiket gala premier untuk citer LOS DAN FAUN’.. sebenarnye berita gembira nih aku dapat tau lebih kurang 2-3 hari lepas, email misteri dari seorang wanita yang bernama christina telah menghantar email dan bagitau aku telah menang tiket gala premier untuk citer LOS DAN FAUN. Aku sendiri tak sure christina yang antar email kat aku nih christina maria orow (penerbit eksekutif LOS DAN FAUN) atau ade christina lain.. Secara jujurnya aku nak ucapkan terima kasih kepada list2 nama di bawah.

  • Munirah
  • Ikma
  • Rusdi
  • Yonna
  • Maha
  • Kamal
  • Shuhaney
  • My mom
  • Kamil a.k.a Asan
  • Chika
  • Muszasha
  • Keluarga Zain

Terima Kasih kat korang sebab vote aku.. haha.. tanpa vote dari korang aku takkan dapat tiket tuh.. Ok, penceritaan perjalanan pertandingan aritu bermula seperti dibawah.

  1. Ade satu contest kat blog losdanfaun, senang je.. diorang akan letak gambar dari scene LOS DAN FAUN pastu just hantar dialog untuk gambar tuh.
  2. Aku hantar 5 dialog berbeza untuk satu gambar, gambar tuh je yang sempat aku join.. gambar2 lain aku mmg takde antar dialog pun. Nih la gambar bertuah aku tuh.
  3. Dialog yang aku letak untuk gambar nih ialah
    “FAUN : Laju skit dick.. makcik sanggul tadi kejar kite naik basikal..
    DICK :  Ok2.. ko peluk aku kuat2 sebab td aku nampak sign “bonggol di hadapan””
  4. Lepas tuh aku tengok dialog aku terpilih, ape lagi.. aku pukul tabuhh la.. suh member2 aku vote, selang beberapa ari pas tuh aku diumumkan pemenang sebab dapat vote palin tinggi untuk gambar nih.
  5. Semuanya ade 5 pusingan (5 gambar), setiap pemenang dari setiap gambar akan masuk final judging yang diadili oleh panel dari vision works.
  6. Tetibe satu ari aku dapat email kata aku dapat tiket percuma untuk gala nite.. aku pun ingat2 lupe sbb aku ingatkan semua pemenang untuk tiap2 round akan dapat tiket percuma.. rupe2nye bile aku check kat blog losdanfaun, aku tengok memang aku pemenang utama.. yeyeee.. dapat tengok wayang percumaa..

Yup.. seperti yang telah dilihat pada gambar diatas sekali.. aku bukan aje menang tshirt+topi+poster LOS DAN FAUN, tapi aku gak dapat tiket gala premier untuk citer nih kat Cathay Cineleisure The Curve.. Erm, aku memang peminat Afdlin Shauki,memang sebelum nih aku ade peluang nak jumpe afdlin depan2 tapi masa tuh aku kat UK plak.. alhamdulillah dapat peluang kedua, dapat amik gambar afdlin dengan tangan aku sendiri pun dah cukup baik.. kalau dapat bergambar dengan afdlin lagi ok.. hahaha

Sikit sinopsis LOS DAN FAUN

Filem ini mengisahkan mengenai dua orang budak kampung seorang budak melayu dan seorang budak serani berketurunan Portugis, dari dua keluarga miskin di Melaka iaitu Carlos Rodrigo dan Ahmad Faun Bin Sulaiman. Mereka telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari tempat mereka di dunia ini. Berbagai kerja mereka cuba lakukan tapi kejujuran Faun selalunya membuatkan mereka dipecat. Tetapi semuanya berubah apabila Faun pada suatu hari telah membantu tuan empunya kedai yang baru saja memecat mereka, kehilangan dompet beliau lalu dibantu oleh Faun yang tahu dimana kedudukan sebenar dompet tersebut. Kemahiran Faun didalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan ‘power of deduction’ telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran ini. Perniagaan mereka makin maju hari demi hari, duit mencurah curah tiada henti mencari bantuan mereka. Pengiklanan servis mereka yang pada mulanya hanya sekadar iklan kecil dalam surat khabar sehingga ke iklan di tv dan radio. Pada suatu hari ada seorang Datin yang menonton iklan mereka memerlukan pertolongan Los dan Faun dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang bernilai RM40 juta peninggalan suami beliau yang telah meninggal dunia. Tapi dengan tiba-tiba kehebatan Faun dalam mencari klu-klu untuk menjejaki jam tersebut seolah tidak berjaya. Berjayakah Los dan Faun menjumpai jam tersebut dan menjadi jutawan seperti yang mereka impikan? jom same2 kite serbu panggung..

Sekarang aku happy seperti awan putih berkepul-kepul di langit nan biru (merujuk kepada gambar diatas)..  korang happy tak??

Zulhatfi

36 Comments

  1. nad vote gak.. haha.. ye ke?

    besnye mng…

    Reply

    Zul
    Reply:

    haha.. nad ade vote ke?

    yup.. best sbb dapat tgk gala premiere..

    Reply


  2. antara semua, suka tengok gambar awan biru tu. lapang rasa hati.. 😉

    Reply

    Zul
    Reply:

    tuh la.. mmg tenang.. mcm magik plak bile tengok awan biru tuh

    Reply


  3. hoooray menang!!!
    tak sia-sia chika men-voting.
    hahahahaha.
    saya tumpang seronok.
    tahniah sebab menang

    Reply

    Zul
    Reply:

    yess… tq kat chika sebab mem-voting..

    Reply


  4. weh comel ar t shirt 2..
    bg aku je la..

    Reply

    Zul
    Reply:

    comel ko kate.. chiitt.. sesuai la dgn aku yg comel nih.. kan kan kan

    Reply

    callister
    Reply:

    ceh..sb ko xcomel la kena pakai baju comel..
    kalo ko comel mcm aku,pakai baju xcomel pun dah tentu comel..

    Reply

    Zul
    Reply:

    waaa.. sampai atiiii




  5. the truth is….
    aku kna paksa zul utk vote ni….
    sob..sob…nway tahniah.

    Reply

    Zul
    Reply:

    haha.. sume pun kene paksa..

    Reply

    asan.t
    Reply:

    amek gamba ngan artis nnt zul!!!

    Reply

    Zul
    Reply:

    hahaha.. ok.. mestii




  6. Waaa..xsgka lak ko mng..aku baru terbaca..huhu.anyway tahniah..dialog tu mmg besh

    Reply

    Zul
    Reply:

    tq.. aku pun tak sangke bleh menang.. hehe

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.