Percutian ke Pulau Bali Indonesia

Pulau Bali adalah antara tempat percutian yang selalu disebut-sebut oleh setiap orang. Banyak tempat-tempat menarik yang tersedia di Pulau Bali. Bagi pelancong muslim, kena hati-hati bila nak makan. Di Pulau Bali ni kebanyakkan makanan yang dijual tak halal.

Baru-baru ni syarikat tempat abang bekerja bawa kami bercuti ke Pulau Bali. Ni kali pertama abang ke Pulau Bali dan percutian kali ni agak singkat dan aktiviti jalan-jalan takdelah padat sangat.

Perjalanan dari KLIA2 ke Pulau Bali mengambil masa lebih kurang 3 jam dan setibanya di Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali suasana agak sesak. Pulau Bali ni antara kawasan pelancongan popular di Indonesia, masa abang sampai di airport Ngurah Rai ada ramai pelancong dari luar negara yang datang ke sini. Lapangan Terbang Ngurah Rai ni terletak lebih kurang 13km dari Denpasar. Denpasar ni kiranya mcm ibu negeri untuk Pulau Bali. Kami sampai di airport masa tu dah malam, so dari airport kami dibawa terus ke hotel dengan menaiki bas, sepanjang berada di Bali, abang menginap di hotel Courtyard By Marriott. Persekitaran hotel ni memang terbaik, kolam renang pun nampak mewah dan santai. Kedudukan kolam renang betul2 bersebelahan dengan kafe so bolehlah tengok anak mandi kolam sambil minum kopi kat kafe.

Di persekitaran kawasan hotel

Sampainya abang di hotel malam tu abang nampak ada satu kelainan sikit kat hotel ni, buat pertama kalinya ada security check di depan pintu masuk hotel. Setiap kali nak masuk ke hotel, setiap kali tu lah security akan check sebab Bali ni pernah berlaku beberapa kejadian letupan so diorang buat tu semua sebagai salah satu langkah berjaga-jaga.

Lokasi Hotel Courtyard By Marriott ni pada pendapat abang sedikit jauh dari kawasan tarikan pelancong tapi terdapat kedai-kedai dan bar di sekitar kawasan hotel. Pihak hotel juga ada sediakan shuttle percuma dari hotel ke private beach dan ke Bali Collection. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kena naik shuttle untuk ke private beach? Ok, kalau nak tau Courtyard By Marriott ni kedudukannya bukan dekat tepi pantai tapi mereka ada pantai yang lokasinya tak jauh dari kawasan hotel, so untuk ke sana mereka sediakan shuttle percuma. Abang tak pasti samada pantai tu boleh mandi ke tak tapi yang abang tau pantai tu boleh digunakan untuk buat event, nak kawin ke, bersunat ke suka hati koranglah. Bali Collection pula adalah satu tempat untuk korang yang tercari2 barang2 cenderahati untuk dibawa pulang, di Bali Collection ni juga ada banyak kafe dan restoran.

Aktiviti hari kedua abang di Bali tidaklah sepadat mana, waktu siang abang cuma join aktiviti team building di salah satu dewan hotel, lepas tamat team building, abang cuma ada masa lebih kurang 2 jam untuk rehat2kan kaki sebelum ke majlis makan malam pula. Majlis makan malam ni diadakan di kawasan private beach yang abang sebut sebelum ni, so nak kesana memang kena naik shuttle yang dah disediakan hotel. Dinner by the beach ni berakhir malam maka lepas berakhir dinner malam tu abang terus balik ke hotel dan berehat sebab esok pagi abang dan kawan2 akan pusing2 Bali.

Shuttle bawa kami untuk majlis makan malam


**********

Hari ketiga abang bangun awal untuk sarapan pagi yang memang dah disediakan pihak hotel. Lepas selesai sarapan, abang dan kawan2 terus bergerak keluar dari kawasan hotel, kami sewa sebuah van dan pemandu untuk bawa kami pusing2 Bali.

Tempat pertama yang kami pergi adalah di Kuil Geger (Pura Geger Dalem Pemutih) di Nusa Dua, kuil2 di Bali ni kebanyakkan terletak ditebing2 bukit di pinggir pantai. Kalau korang sampai kesini, adalah dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sopan untuk menghormati kawasan yang mereka anggap suci ni. Penduduk tempatan mungkin akan menegur pelawat yang masuk ke kawasan kuil ni sambil berpakaian menjolok mata. Kawasan kuil ni agak terpencil dan sunyi, kalau korang masuk ke kawasan kuil ni dan menuju ke hujung tembok, korang akan dapat lihat kawasan pantai dari situ.

Destinasi seterusnya, abang dibawa terus ke Kuil Uluwatu (Pura Luhur Uluwatu) yang terletak di Kampung Pecatu, Kuta. Kuil Uluwatu ni kawasannya luas, berbeza dengan Kuil Geger sebelum ni yang tak ramai orang dan saiznya kecil. Pemandangan dari Kuil Uluwatu ni juga memang cantik, dari atas bukit disini korang akan nampak pantai dibahagian bawah tebing yang tinggi dan boleh dengar bunyi ombak yang menghempas ke batu, memang cantik dan tenang bila tengok pemandangan dari atas ni. Kuil Uluwatu ni memang menjadi daya tarikan utama pelancong maka ramai orang di kawasan ni dan kalau ada apa2 keraian di kuil masa korang datang maka makin ramailah manusia berkumpul kat sini. Kalau ditanya antara Kuil Geger dan Kuil Uluwatu yang mana satu paling worth it untuk pergi, abang akan jawab Kuil Uluwatu.

Dari Kuil Uluwatu, kami bergerak terus mencari makan tengahari di sekitar kawasan Raya Canggu. Agak mudah untuk abang dapatkan makanan muslim di sini sebab pemandu seorang muslim dari Padang Indonesia, walaubagaimanapun abang masih berharap korang tengok2 sikit sebelum makan dan minum. Pastikan kebersihan dan abang recommend minuman kotak atau botol.

Selesai makan tengahari kami terus menuju ke destinasi seterusnya, Tanah Lot (Pura Tanah Lot). Tanah Lot ni terletak di kawasan Tabanan dan kuilnya agak unik sebab terletak diatas bukit berbatu yang terbentuk dari pergerakan ombak di sekelilingnya. Mengikut sejarah, Kuil Tanah Lot ni dibina sejak kurun ke 16 dan dikatakan juga kononnya kuil ini dijaga oleh ular laut daripada roh2 atau semangat jahat. Korang tak boleh naik ke atas kawasan bukit ya, cuma boleh berjalan2 di sekitar kawasan bawah, kalau masa tu air surut ok lagi la.. kalau air pasang, tengok dari jauh je la. Pemandangan disekitar kawasan ni juga menarik dan sebelum sampai ke kawasan Kuil Tanah Lot ni, korang akan lalui kawasan kedai2 yang menjual bermacam2 barang cenderahati dan minuman.

Seharian berjalan, malamnya pula kami mencari tempat untuk makan malam, kawan abang recommend untuk ke Jimbaran, makan tepi pantai, tapi makan kat tempat attraction ni kena beringat sikit la, harga dia kasar sikit. Selesai makan kami terus balik ke hotel dan berkemas2 sebelum pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.