COVID-19 – Nasihat untuk orang ramai

Kebanyakan orang yang dijangkiti mungkin mengalami penyakit ringan dan kemudian pulih, tetapi ia boleh menjadi lebih teruk bagi orang lain. Jaga kesihatan anda dan lindungi orang lain dengan melakukan perkara-perkara berikut:

Langkah-langkah perlindungan asas terhadap coronavirus (Covid-19)

  1. Cuci tangan dengan kerap

Kerap bersihkan tangan dengan sapu tangan berasaskan alkohol atau basuh dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat. Mengapa? Mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan hand sanitizer berasaskan alkohol mampu membunuh virus yang mungkin berada di tangan anda.

Hand vector created by freepik – www.freepik.com
  1. Mengekalkan jarak sosial (Social Distancing)

Mengekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter (3 kaki) antara anda dan sesiapa saja di sekeliling anda terutama yang batuk atau bersin. Mengapa? Apabila seseorang batuk atau bersin, mereka menyembur titisan halus dari hidung atau mulutnya yang mungkin mengandungi virus. Jika anda terlalu dekat, anda akan bernafas dan menyedut titisan tersebut, begitu juga dengan virus COVID-19.

  1. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut

Mengapa? Tangan menyentuh banyak permukaan dan terdedah kepada virus. Setelah terkontaminasi, tangan akan memindahkan virus ke mata, hidung atau mulut anda apabila anda menyentuh tangan ke kawasan muka. Dari situ, virus boleh memasuki badan anda.

  1. Mengamalkan kebersihan pernafasan

Pastikan anda, dan orang-orang di sekeliling anda mengikuti kebersihan pernafasan yang baik. Maksudnya tutup mulut dan hidung anda dengan siku atau tisu dan tundukkan badan anda apabila anda batuk atau bersin. Kemudian buang tisu yang digunakan segera. Mengapa? Cecair yang ada pada tisu tadi mampu menyebarkan virus. Dengan mengikuti kebersihan pernafasan yang baik, anda dapat melindungi orang di sekeliling anda daripada virus seperti selesema dan COVID-19.

Woman photo created by freepik – www.freepik.com
  1. Sekiranya anda mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas, dapatkan bantuan perubatan awal

Tinggal di rumah jika anda berasa tidak sihat. Sekiranya anda mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas, dapatkan rawatan perubatan dan buatlah saringan COVID-19 di hospital berdekatan. Pastikan anda tidak keluar ke tempat awam. Mengapa? Ini untuk memastikan anda tidak menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

  1. Ikut arahan dan nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak Kerajaan.

Sentiasa ikuti perkembangan terkini mengenai COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Majlis Keselamatan Negara (MKN). Mengapa? Pihak berkuasa ini mempunyai maklumat terkini mengenai sama ada COVID-19 di kawasan anda. Pihak-pihak inilah yang layak memberi nasihat tentang apa yang anda perlu lakukan untuk melindungi diri anda dan orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.