Servis kereta – part 1

Abang ni tadi pergilah hantar servis kereta nak tukar absorber depan sebab langgar jalan tak rata je dah macam naik kuda. Bunyi keduk keduk

abang pun rimas la jadi tadi abang pun ambik keputusan untuk hantar la kereta abang yang kacak yang nama dia bluey tu pergi bengkel.

Lepas tu tauke bengkel tu kata nanti dia order barang,  dah sampai dia pasang terus, tauke bengkel ni bagi la abang pinjam honda civic dia bawak balik opis abang, belum sempat sampai opis abang singgah dulu makan tengahari, perut abang pun gembira jadi abang pun cari la restoran yang banyak lauk dia, abang ambik nasi berlaukkan kentang sambal, daging salai masak lemak dengan paru sambal. Sedap bukan main sampai menari2 lidah abang ni sebab kepedasan, nasib baik abang ada order air suam, makin ligat lidah abang menjerit ‘ Aduhh pedasnya abangg..’ Lepas dah habis makan semua macam biasa la kita kena lah bayar,  abang pun ambik la kertas yang budak cashier tu letak bawah pinggan abang tadi, abang terkejutnyaaa.. ‘Ya Allah mahalnyaa makan tengahari sekarang.. RM8.20’. Baru beberapa hari abang tak makan tengahari harga melonjak sampai macam ni, abang ingat kalau abang tak makan tengahari seminggu makin naik harga makan tengahari macam ni.

Lepas dah bayar abang pun balik la ke opis, abang sambung buat kerja abang macam biasa. Sebenarnya cerita abang ni panjang lagi tapi abang rasa tak perlulah abang habiskan cerita abang harini, esok abang sambung lagi.

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.