Kopi mamak Putrajaya Sentral

Pagi tadi sebelum abang naik bas nak ke Kuantan jumpa wife abang macam biasa la abang singgah restoran mamak dekat Putrajaya Sentral ni. Disebabkan perut abang pun macam memanggil2 mahukan roti telur

maka abang pun tengok la sekeliling mencari mamak yang free and available untuk order. Abang nampak ada sorang ni, dia tengah bergurau dengan rakan karib dia, “Yo!!..” Abang pun panggil mamak tu.. Dia nampak je muka abang cepat2 dia berhenti bergurau dengan rakan karib dia. Dia datang kat meja abang, “Ya bos..” berani dia sapa abang ni… “Hurm.. Kopi o kosong suam dengan roti telur takmau bawang”.. Dia menjawab nii.. ” Oo.. Roti telur saja?”.. Abang pun jawan la “Ya, roti telur saja takmau bawang”.. Dia pun terus pergi meninggalkan abang.

Ni bukan kali pertama abang minum pagi kat sini, hampir setiap kali kalau abang nak ke Kuantan memang abang akan breakfast kat sini dulu. Kopi kat sini memang hebatt.. Abang pun tak tau dia tertumpah kopi ke apa tapi kopi dia pekat, likat, pahit semua cukup. Tiap2 kali abang hirup kopi o dia, urat2 leher abang ni timbul semua.. Abang memang peminum kopi, jarang abang minum air kosong lepas minum kopi tapi kat sini lain sikit rutin dia, lepas abang minum kopi kat sini bukan setakat abang kena minum air kosong, abang siap kumur2 lagi. Abang doakan semoga kopi ni takkan lebih pekat dari ni atau abang takkan jejak kaki kat sini lagi.

Kesimpulan yang abang boleh buat harini adalah abang pun dah sampai Kuantan ni tadi lepas tu abang singgah makan nasi kukus, sedap jugak nasi kukus dia lepas tu abang pegi 7 eleven pulak kat kuantan ni, wife abang kata nachos naik harga, jahanam betul abang dahla suka nachos bbq.

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.