Lompatan kijang pasum..

Memang dah lama aku tak menulis, bila aku start balik blog ni, aku tengok balik post2 lama dulu, berkata dalam hati “Aduh, ape bende la yang aku tulis ni”. Post yang aku rasa paling masuk akal mestilah post pasal kes salah faham aku dengan nyonya tauke kedai runcit depan rumah. Bukan semua nyonya yang aku jumpa akan buat perkara sama kat aku, bukan semuanya jenis orang yang lucu.

Biasanya perkara lucu ni jadi dengan tak terjangka, situasi terbaik bilamana aku dengan kawan2 pergi majlis kahwin kawan yang sorang lagi. Saat paling gembira bila semua tak sabar2 nak bergambar dengan pengantin, semua bangun dari tempat duduk, terus ke pasangan pengantin, susun kedudukan supaya nampak cantik dalam gambar .. tiba2 masa nak ambik gambar photographer tengok kitorang, termenung memikir macam ada yang tak kena..

“Hurm.. awak..” photographer tu tuding jari kat kawan aku si Pasum. “Yer awak..awak lompat” dia sambung lagi..

Pasum bingung  sambil pandang kawan2 lain, “Saya lompat??” ..

“Yer.. awak lompat” photographer tu mengarah lagi sambil tersenyum..

“Ok, saya lompat” pasum jawab gaya Amitabh Bachan.

“SATUU.. DUA.. TIGAA” photographer tu jerit sambil semua tersenyum dan pasum sorang je yang kena lompat.

Aku tak tau apa hasil gambar tu bila pasum sorang je yang dipaksa lompat. Tapi perkara ni aku anggap lucu sampaikan tiap2 kali aku teringat cerita ni mesti aku gelak sorang2..

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.