Tupai tukang masak

Dulu mase kecik2, kalau arwah atok ajak pegi rumah kampung mesti ade terselit cerita pasal tupai. Tupai tebok duriann.. tupai makan rambutan.. Tupai memang dikategorikan sebagai haiwan perosak tanaman tapi tupai comel weih..Lagipun tupai pandai masak.. pandai buat steamboat.. macam2 die pandai.. Tapi aku sebenarnya tak pasti, betul ke tupai pandai masak? Ke… tupai tu dijadikan masakan?? Lauk tupai masak lemak.. tupai goreng tepung.. erm.. tomyam tupai.. Tupai masak tiga rasa.. tupai masak durian tebok.. Gulp.. macam2 lak ai lauk bleh dibuat dengan tupai nih..

Ni first time aku masuk restoran Tupai-tupai bangi.. Cik M yang promote, aku rase die ade share kat situ..  Cik M ajak makan steamboat.. Memasak dengan Cik M memang best.. abis kembang2 bebola2 semue..  Aku ingat nak buat group kat facebook “Kami gemar makan bebola2 steamboat yang kembang” .. Alkisahnya, sesampai je kat restoran tupai2 bangi tu, kitorang disambut oleh pekerja yang bagus.. die tanye “Abg nak makan steamboat atau A la-Carte??”.. Kitorg sepakat mengatakan yang kitorang nak makan steamboat.

Duduklah aku dekat meja empat segi yang mempunyai 3 kerusi, kat bawah meja tu ade satu tong gas saiz kecik. Beberapa saat lepas tu seorang pekerja bawak dapur kecik dan dipasangkan terus kat tong gas kecik bawah meja tu. Seorang pekerja lagi datang dengan bawak periuk berisi separa sup dan tomyam. Cik M naik ke surau. Sementara menunggu Cik M settle, aku duduk termenung tengok api bawah periuk panas tu. Kejap2 aku toleh tengok keliling. Sekeliling restoran ni memang bersih. Bersih sangat2. Dalam sibuk toleh menoleh sorang2, tak perasan sup ngan tomyam depan aku nih dah menggelegak.. pehh.. giler dah macam nak buat rendang la pulak. Aku pun kecikkan sikit kuantiti pengeluaran gas. Lepas tu Cik M turun, sekarang giliran aku naik ke surau. Aku bgtau Cik M, ambik la dulu makanan.

**********

Selesai solat, aku menghala ke meja, Cik M dah panaskan bebola2, sayur2 bagai… Aku amik peluang amik gambar sebab mase tu orang tak ramai lagi.. tapi sebenarnye aku memang lapar time tu, lagipun bola2 tu mmg favourite aku. Walaupun dalam kepala asik fikir nak amik gambar je, tapi dalam perut asik terasa nak menjamah je.. Disebabkan aku tak tau pasal sos2 yang tersedia kat meja buffet tu, aku amik semua sos. Aku rasa semua sos, ade satu tu best.. masam2 skit.. tapi best la.. Part yang paling best bile dapat makan dengan penuh tenang tanpa perlu terkejar2. Settle 3 round makan steamboat, aku terasa macam nak makan aiskrim plak.. aku mintak Cik M amikkan,  aiskrim pelangi plak tu.. haha.. dah lame tak makan aiskrim pelangi.. Memang enjoy dapat makan steamboat style buffet ni.. Insyallah lain kali aku nak bawah family aku plak makan kat Restoran Tupai2 ni. Bestt.. Disebabkan aku bukan jenis orang yang memilih pasal rasa2 makanan ni. Aku tak dapat nak rate berapa bintang restoran ni bleh dapat. Tapi yang penting, aku puas hati.

Pagi tadi aku dengar era.fm, dengar drama sebabak & sawancara din beramboi dulu2. Lawak.. terbaik..

Zulhatfi

18 Comments

  1. aku tukang masak. aku jugak tukang pegang flash. sape kate wanita x serba boleh?

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    anda memang serba boleh.. yeayy!! 🙂

    Reply


  2. cambest je. apsal pegi bangi tak sound kami.
    anyway nice pic. bila aku bley dptkan speedlite ni?? XD

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    ang nak pi ke? jom2.. kite pi ramai2.. ang nasik arab pun taknak.. 🙁

    Reply

    asanring
    Reply:

    bila aku xmo? aku bila2 ja on. habaq ja. jom2.

    Reply

    Zul
    Reply:

    ok.. menarik.. nanti kite pi..




  3. macam best tengok gambar…teringin nak testing…
    boleh tolong bagitau alamat kedai ni?

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    haa.. test la nanti.. kedai ni dekat2 ngan stesen komuter ukm..

    Reply


  4. Dlm byk2 food kat ats.. Sy plg suke aisshhkrimm! Nmpk cam sdp jew ;D

    Reply

    Zul
    Reply:

    huih.. aiskrim mmg layan.. bestt.. blanje sy plzz..

    Reply


  5. salam, nk tau alamt pnuh restran tupai2 bangi tu..area mner..ader tak no tel restrn tu..TQ

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    salam.. sy takde alamat restoran tu tapi die dekat dengan stesen komuter ukm. 🙂

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.