Rubik memilih kareer lain

Bukan selalu aku terase nak shoot ape2 objek dengan penuh minat. Kadang2 aku rase objek yang aku shoot tu tak menarik, tu yang buat aku tak berape minat nak shoot. Tapi baru2 ni ade sesuatu yang berlaku membuatkan aku macam berminat nak shoot, sesuatu yang memang agak pelik sebenarnye.. tapi kalau difikirkan dari sudut fizik taklah pelik sangat. Semuanya bermula lepas aku memiliki sebuah rubik, rubik yang agak ketat walaupun beli dengan harga yang agak mahal. Rubik tu aku bukak & aku letak minyak skit supaya die tak la seketat mane. Namun die ketat jugak..

“Ketat betul la rubik nih” bisik hati sambil tangan memulas penuh tenaga.

Rubik tu nampak macam tak berapa suka dengan aku, bukan setakat mengetatkan dirinya, malah dia sendiri jatuh gugur sendiri tanpa sebab. “Tapp”.. dengar macam ade sebutir benda gugur jatuh tapi tak pasti dari mana. Puas aku jengok luar kereta, ade ape2 yg gugur ke? Hurm.. Lepas beberapa saat, kedengaran pulak “Brppp.. kebabooomm”.. haha.. macam bunyik kentot gergasi plak gayanye.. sebenarnye bunyik runut kedua tu taklah semacam yang aku gambarkan tadi. Bunyiknye agak tenang walaupun sebenarnya mendukacitakan. Memang rubik tu tunjuk perasaan kat aku, die gugurkan dirinya sebutir-sebutir depan mata aku.. Mata aku tiba2 tertumpu tepat kat rubik yang hampir separa kiub2 kecilnya gugur. Di kala ni, aku melakukan dua tugas, memandang ke rubik sambil mata aku yang sebelah lagi memandang luar cermin disebabkan aku sedang memandu, juling mata aku kejap. Kedengaran lagi bunyi ketiga.. kali ni lebih pendek.. “tup” sambil sebutir lagi kiub kecil jatuh.. semua butir tu tak berganjak dari kedudukan jatuhannya tadi. Aku kutip dua butir kiub yang jatuh tadi. Aku jeling beberapa saat melihat jikalau aku dapat kesan penyebab dia gugur secara tiba2. Huh.. pecah rupenye.. disebabkan suhu panas dalam kereta kerana sebentar tadi aku park kereta tengah2 panas. Tu la.. sape suruh ko ketatkan diri ko, kan dah menjadi sempit bile panas.. sekarang dah pecah dah.. takpela, ko jadi model je la lepas ni.. maka-nya sekarang die menjadi model sementara aku. Model yang boleh dikatakan menarik walaupun sudah bersepah2 wajahnya.. mungkin ni kareer yang die inginkan sebenarnya.. bukan menjadi sebuah rubik.. mungkin lebih cenderung menjadi sebuah model photoshoot.

Sebenarnya posting ni bukan berkenaan ‘Rubik si model jalanan’ atau ‘Rubik berubah kareer’.. Ni adalah posting berkenaan photoshoot objek, maka-nya terdapat juga objek berbentuk botol perfume kepunyaanku. Botol perfume aku kali ni lebih menarik, dia berbaju dan aku suka baunya. Cik mimah juga suka baunya. Ramai orang suka baunya.. tapi aku sorang je suka pakaiannya maka aku jadikan juga dia model sementara aku. Tahniah kerana terpilih.

Zulhatfi

4 Comments

  1. wow!nice shot!
    really like it
    give u 5 stars for dat perfume n 11 stars for dat rubrik 😀

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    thanks.. wow.. 11 stars.. it sounds much.. haha :))

    Reply


  2. lawa bro, cubic tu camne setup die ek? xD

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    thanks bro.. gua setup dua speedlite, belah kiri ngan kanan.. kiri guna 1/4 power dgn softbox , kanan guna 1/8 power nude.

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.