Thanks Din Beramboi

Terkesan aku bila dapat tau Din Beramboi masuk ICU dan dalam keadaan kritikal. Bertambah kesannya harini bila dapat tau Din Beramboi meninggal dunia 12.30 tengah malam tadi. Pemergian Din Beramboi boleh dikatakan memberi aku impak agak kuat disebabkan aku follow lawak2 Abg Din start mase zaman sekolah dulu. Bukan satu yang biasa bila lawak Abg Din boleh diterima oleh kebanyakkan orang, aku sendiri hampir obses dengan lawak Abg Din, setiap hari aku bagi telinga aku jamah suara Din Beramboi dkat Era.fm. Aku bukanlah seorang yang setia mendengar radio, aku sendiri lebih senang dengar mp3 je bila dalam kereta. Tapi bila dapat tau Din Beramboi ade kat era.fm, tiap2 pagi aku dengar, tak kira la samada aku dalam kereta atau dalam bas, aku still follow sawancara & drama sebabak kat era.fm.

Sebak aku harini bila dapat tau Abg Din dah takde lagi, means dah takde lagi lawak2 untuk aku dengar tiap2 pagi. Takde lagi drama sebabak yang aku minat. Takde lagi umphh dkat rancangan Spontan. Dan secara tak langsung, takde lagi kekuatan pada channel Astro Warna. Siapa yang mampu ganti Abg Din? Memang la takde.. bagi aku takde sape bleh ganti Abg Din, yang mampu buat ramai orang gelak ketawa setiap hari. Antara dialog drama sebabak yang pernah aku dengar dkat era.fm yang still ade lekat2 dalam kepala aku ni. (dialog ni takla 100% same mcm yang sebenar)

Peah : Motor ko takde tali pinggang keledar, tu la aku cakap. Kereta aku best.

Din Beramboi : Haa.. tapi aku ade tali pinggang kat pinggang aku ni ha, ko mane ade tali pinggang kat pinggang, sebab ko takde pinggang.. motor aku lagi best.. haha

Peah : Ehh.. tapi keter aku ade air-bag, motor ko mane ade.. haaa

Din Beramboi : Eleh.. motor aku takyah air-bag, aku pakai plastik bag je.. nampak je muke ko, aku muntah dalam plastik bag tu.. haha

Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi), semoga amanlah kau di sana. Thanks Abg Din sbb menceriakan hari2 aku.

Zulhatfi

4 Comments

  1. pagi hari sy da x best macam dulu lagi..da xde gelak sorang2 mcm org giler dlm keter mase tgh redah jammed 🙁
    b4 nih, kalau sy gelak, sy pandang keter sebelah, nampak org dalam keter sebelah tgh gelak jgk.sekarang x lagi.. din beramboi mmg boleh buat pagi semua org ceria..

    Al-Fatihah~

    Reply

    Zulhatfi
    Reply:

    tuh la.. skarang ni pagi era dah tak best.. boring boring boring.. 🙁

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.