‘Krim’ Kuantan by Kula Cakes agak berbeza

Ohh.. baru dua minggu lepas abang berkesempatan pergi mencuba aiskrim yang agak berbeza dari biasa. Pada mulanya Kak Mim yang cadangkan pada abang untuk cuba aiskrim di ‘Krim Kuantan’ ni tapi lidah abang masa tu tak terasa macam nak telan aiskrim. Tapi abang pun tak tau, hati ni rasa nak cuba jugak aiskrim di ‘Krim’ by Kula Cakes kuantan ni. Kedai aiskrim ni tidaklah besar mana tapi dekorasi kedainya agak menarik, abang suka brand ‘Krim’ digunakan pada cermin depan kedai dan bekas pokok kaktus yang diorang letak atas meja. Abang taknaklah cerita panjang2 pasal dekorasi kedai ‘Krim’ni sebab bagi abang semuanya nampak menarik. img_0296img_0332 img_0336

Aiskrim kat Malaysia ni sebenarnya tidak banyak beza dari segi rasa, perisa Vanila, coklat, jagung, durian.. semuanya dah pernah kita rasa, lagipun aiskrim2 dengan perisa macam ni sangat2 mudah kita jumpa kat Malaysia ni. Tapi pernah tak korang dengar aiskrim perisa ‘Kuih bakar’? Ni baru first time abang dengar aiskrim dengan perisa macam ni. Kuih bakar, mesti ramai yang tahu, kuih warna hijau yang ada bijan diatasnya. Tapi aiskrim perisa kuih bakar, sedap ke? Aha.. jawapannya.. nyum nyum.. kena cuba sendiri.. yang pastinya ianya sesuatu yang baru. img_0319

img_0313

Disamping aiskrim perisa kuih bakar, ‘Krim’ juga menyediakan beberapa aiskrim perisa lain yang memang hebat bunyinya, ‘Bandung Raspberry’, ‘Red Velvet’, ‘Mango cheesecake’, ‘Almond Latte’.. ni antara perisa aiskrim lain yang terdapat di ‘Krim’ Kuantan. Abang dah cuba aiskrim Kuih Bakar digandingkan dengan waffle cinnamon, rasa yang unik, korang kena cuba.
img_0276img_0291 img_0292

Pada sesiapa yang nak cuba pekena aiskrim kat ‘Krim’ Kuantan ni, kedai ni start buka jam 12 tengahari sampai 10 malam. Meh abang share map kalau2 korang nak ke sana.

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *