Perlu ke bawa tripod semasa bercuti ?

Kamera satu perkara pertama yang kita akan fikir setiap kali kita pergi bercuti. Ada yang memilih untuk menggunakan kamera telefon dan monopod untuk bergambar sepanjang percutian mereka. Ada juga yang memilih untuk membawa kamera DSLR atau apa2 kamera yang berasingan. Kebiasaannya bagi mereka yang membawa DSLR pasti akan ada soalan lain yang bermain di minda mereka, “Perlu ke aku bawak tripod?”, “Tripod tu dah la berat, nak bawak sekali ke?”, “Kalau bawak tripod nanti takut tak guna pulak, buat penat je”. Persoalan ni memang tak asing, abang sendiri pernah alami pengalaman macam ni. Perlu ke bawa tripod semasa bercuti?
Jom kita lihat kelebihan dan kekurangan jika kita membawa tripodpexels-photo

Kelebihan

  • Tripod akan membantu jika korang nak shoot dengan menggunakan  ‘long shutter’ atau semasa suasa gelap atau malam.
  • Berguna juga kalau korang nak ambil gambar yang lebih stabil tanpa gangguan kabur (blur), contohnya kalau korang tiba2 terjumpa pemandangan menakjubkan dan nak shoot landskap.
  • Kamera DSLR biasanya lebih berat, tripod boleh dijadikan tapak untuk korang letakkan kamera, tak perlu sangkut kat bahu sepanjang masa, terutamanya kalau korang tengah shoot dan tunggu subjek.

Kekurangan

  • Tripod akan beri beban pada beg korang, saiz dan beban ni akan susahkan korang kalau yang jenis banyak bawak barang lain dan tak suka beg besar dan berat.
  • Untuk set tripod, korang perlukan ruang dan masa, nak ambil tripod, nak bukak tripod, nak ikat kamera kat tripod.
  • Ada sesetengah tempat tak dibenarkan membawa tripod, buat penat je bawa tripod tapi tak boleh guna.

Maka sebelum korang nak pergi bercuti korang kena study dulu tempat yang korang nak pergi tu dan tanya diri sendiri.

Jenis gambar yang korang lebih minati.

Soalan ni takdelah penting sangat sebab kadang2 kita ambil gambar pun suka2 tapi kalau bagi sesetengah orang soalan ni mungkin boleh membantu. Ada yang suka ambil gambar orang, tripod mungkin tak begitu penting untuk dibawa bersama.Tapi kalau korang memang suka shoot pemandangan landskap, tripod memang patut dibawa bersama.

Cuaca ok ke?

Kalau cuaca tak begitu bagus untuk korang shoot landskap mungkin nanti tripod tak begitu digunakan. Tapi kalau tripod tu nak digunakan indoor atau kat tempat yang cuaca mungkin tak menggangu, tiada masalah.

Korang nak shoot waktu malam ke?

Cuba korang check balik kemana korang nak pergi semasa bercuti nanti, kalau ada tempat menarik yang korang akan pergi waktu malam dan tempat tu pulak memungkinkan korang untuk shoot gambar, tripod mungkin akan berguna. Kebiasaannya ‘long shutter’ mode diperlukan untuk shoot waktu malam dan masa ni tripod sangat diperlukan

Ada bawa barang berat lain yang lebih penting untuk bercuti?

Banyak lagi barang lain yang nak dibawa bersama? contohnya lens berat2, body DSLR yang lain, atau mungkin barang tu lebih penting dari tripod, kalau macam tu tinggalkan je tripod atau tumpang2 beg kawan lain (kalau bercuti lebih dari seorang).

Korang bercuti seorang atau berkumpulan

Kalau korang bercuti berkumpulan atau ikut pakej percutian, mungkin korang takde masa untuk set tripod korang nanti. Selalunya percutian macam ni masa di satu2 tempat tu sangat terhad. Cuba tanya tour guide anda.

Rujuk pada percutian sebelumnya

Tengok balik pada percutian sebelum ni, kerap ke korang guna tripod? Ada yang guna tripod untuk shoot gambar famili, jadi tripod sangat penting untuk percutian mereka. Kalau korang pun jenis macam ni, tak salah bawa sekali tripod tu.

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *