Kad derma sekolah

“Assalamualaikum” terdengar suara seorang anak kecil dari depan rumah. “Assalamualaikumm” dipekikkan lagi suaranya dengan harapan ada orang didalam rumah yang akan menyahut. Tiba2 lampu didepan rumah menyala, pintu kayu dibuka dan anak tadi pun terus bertanya “Boleh saya minta derma?”. Jam sudah pukul 9.30 malam, “Derma apa pulak malam2 macam ni?” kata hati kecil abang ni. Pagar dibuka, anak tadi menghulurkan kad pada abah, “Eh, kenapa datang malam2 macam ni? Dari mana ni?” Abah terus bertanya pada anak tadi. “Dari Taman Selasih cik” dia menjawab. “Jalan kaki?” abah tanya lagi, anak tadi cuma mengangguk. Jauh jugak taman selasih nak kerumah mak ayah abang ni. Abah masuk kedalam, abah bagi kad tadi pada abang. Abang tengok2 kad tu “Kad derma untuk sekolah, dulu aku pun pernah mintak derma macam ni, rupa kad pun lebih kurang sama” bisik hati abang.

Abang pernah buat kerja yang sama masa zaman sekolah dulu, memang malu sebenarnya nak bagi salam kat rumah orang sebab nak mintak duit. Abang sendiri tak faham kenapa abang pulak yang kena mintak duit derma untuk sekolah. Masa zaman abang dulu, cikgu bagi limit, sorang murid kena dapatkan lebih kurang 10 nama orang yang bagi derma. Ada pakcik ni dia bagi derma, jumlah nya besar jugak tapi pakcik tu abang pun tak tau dia lupa nama dia ke atau dia saja2 nak belanja abang ke, tapi yang penting pakcik tu taknak tulis nama dia, dia cakap “Kau tulis je lah nama sapa2” so abang pun tulis lah nama entah sapa2, abang letak 10 nama terus tapi sebenarnya yang derma sorang. Susah sebenarnya nak berfikir bila keadaan mendesak, abang tak dapat fikir nak letak nama siapa maka abang pun letaklah nama2 kawan2 abang dan abang combine dengan nama makcik dan pakcik abang.

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.