Pinjam sepuluh ringgit..

“Encikk Encikk” panggil seorang perempuan dari jauh dengan suaranya yang halus, seorang lagi anak kecil mungkin berusia setahun setengah memegang tangan perempuan tadi. Perempuan tadi melangkah menuju ke kereta abang. “Apa agaknya perempuan ni nak” bisik hati abang. Dihati ni tidaklah sampai berprasangka yang bukan2. “Encik.. Ada sepuluh ringgit?” tanya perempuan tadi pada abang.

Abang cuma senyum dan berkata “Maaf kak”, abang terus masuk ke kereta sambil perempuan tadi pergi dengan langkah longlai. Dari dalam kereta abang tengok perempuan tadi dari jauh, mukanya nampak penat walaupun anaknya masih mampu tersenyum. Dia memandang sekeliling kalau2 ada yang boleh disapa untuk diminta bantuan. Abang jadi tak keruan, abang hidupkan enjin kereta dan berundur untuk keluar dari tempat letak kereta. Tergerak hati abang untuk pergi ke perempuan tadi, abang berhenti betul2 depan perempuan tu. Tingkap kereta proton memang bermasalah, terpaksa abang buka pintu untuk bercakap dengan perempuan tadi, abang buka pintu kereta terus perempuan tadi berkata “Maaf encik, saya minta duit nak beli susu untuk anak saya ni, duit saya tak cukup encik”.

Hati abang ni sebenarnya lembut, mungkin ada yang jumpa abang kat ofis ke.. Kat sekolah ke.. Kat mana2 ke.. mereka ingat abang ni sombong tapi mereka tak tau abang ni dulu masa zaman sekolah menengah pernah tanam sayur kailan depan rumah, lepas tu ada ulat bulu makan sayur kailan yang abang tanam tu. Tau apa abang buat? Abang kutip ulat bulu tu seekor2 abang letak dia kat tepi lepas tu abang cakap dengan mereka “Janganlah makan sayur kailan abang ni, sayur ni bagilah abang yang makan, korang makanlah benda lain”. Ulat2 bulu tadi pun mengangguk, maka lepas tu tiada lagi ulat bulu datang makan sayur kailan abang tu.

Zulhatfi

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.