Kisah ALONG

Haritu masa abang baru sampai kat Kuantan, ada abang ceritakan cerita yang sama pada kawan abang. “Aku pernah kerja kat cybercafe dulu”, abang mulakan perbualan abang dengan kawan abang tu. Dulu lepas abang habis belajar kat Politeknik Johor Bahru abang kerja kat satu cybercafe ni. Masa tu abang memang expert repair pc, punyalah power sampaikan ada pakcik ni cakap “Apa kata ko ajar aku repair pc, nanti aku ajar ko main golf”. Sebenarnya pakcik tu cuma sekelumit kejadian yang berlaku dalam diri abang sepanjang abang bekerja kat sana dulu. Kejadian yang takkan abang lupakan sebenarnya lebih perit.

Di suatu pagi cerah tanpa jerebu, abang dapat lihat burung merpati berterbangan riang bebas dan hinggap di atas bumbung depan cybercafe tempat abang bekerja. Haritu abang sendiri yang buka pintu sebab memang abang pekerja yang paling berdedikasi dan berjiwa besar. Bila abang masuk ke dalam, abang on semua pc, aircond dan abang ke depan untuk on pc utama kat depan pintu masuk cybercafe. ” Hurmm.. harini takde pc nak kene repair” bisik hati abang sambil abang perhatikan tempat repair pc. Abang terus login yahoo messenger dan tak buat apa2, abang bersandar sambil tengok kat luar, “dah panas kat luar tu, burung merpati tadi dah takde agaknya” bisik hati abang lagi. Tiba2 datang sepasang kekasih bermadu asmara masuk ke cybercafe dan abang tanya “Satu pc je?”, mereka cuma menganggukkan kepala sambil tersenyum. “pc nombor 3 yer” terus abang bagitau nombor pc yang abang dah unlock. Mereka pun masuk dan abang terus tengok list yahoo messenger abang dengan hati girang “Lalalalalala” mulut abang menyantuni bait2 seorang insan yang riang. Tiba2 abang dengan pintu cermin dibuka dan suara kasar datang dari arah sama “Weihh.. lu punya boss mana?”. Abang kaget “Haa.. boss tak datang lagi..” tu je jawapan abang untuk seorang lelaki berbangsa cina berbadan gempal dan dia masih memakai helmet. “Lu call lu punya boss, tanya dia harini kena bayar” abang dah agak dia ni datang memang nak kutip hutang, abang pun call boss abang, “Bang, ni ha orang datang ni nak duit”, boss abang jawab tenang “Zul, ko tengok dalam laci tu ada duit, ko bagi je semua”. Abang buka laci dan terkejut betul abang tengok duit2 dalam tu “Alamak bang.. ni ada RM15 je ni, tu pun duit seringgit2” abang bagitau boss abang lagi. “Takpe.. ko bagi je tu, cakap dengan dia nanti abang bagi lagi” terus boss abang letak telefon. Abang pun terus genggam duit2 tadi abang bagi dekat lelaki gemuk yang dekat depan pintu tadi. “Haihh.. RM15?” dia pandang abang dengan muka ketat. “Boss saya kata nanti dia contact u, nanti dia bagi lagi” abang balas balik. Lelaki tadi pun terus berpaling dengan muka menyampah, terus dia naik motor dan berambus dari situ, dari jauh abang tengok comel je dia naik motor.

*******

Jam kat cybercafe ni baru pukul 11 pagi, abang rasa lega bila Along tadi tu balik dengan motor dia. Memang kebiasaannya macam ni, Along tu mesti akan datang balik paling kurang seminggu sekali. Kadang2 lain2 orang yang datang, abang pun tak tau diorang ni satu geng atau bos abang ni yang pinjam dengan ramai Along. Mengantuk pulak mata abang tengok list Yahoo Messenger ni, tegur awek tapi tak berbalas, “Macamlah aku ada awek” bisik hati abang. Tiba2 ada kereta waja hitam berhenti depan pintu, 3 orang lelaki keluar dari kereta dan terus meluru masuk. “Siapa pulak ni?” abang tanya pada diri sendiri. “Kitorang datang mau angkat semua barang sebab lu punya bos takmau bayar wang” kata sorang lelaki pada abang lalu dia hulurkan sekeping kertas “You baca ni lepas tu you sign, ini nak bagitau u saksi kitorang yang angkat semua barang ni, kalau polis kacau nanti kitorang tunjuk ini surat”. Abang hanya mampu melihat semua barang2 diangkat keluar, abang terus ke belakang dan abang jumpa sepasang kekasih yang tengah guna pc tadi “Maaf yer, kitorang terpaksa tutup kedai harini, ada masalah sikit”. Makin lama abang tengok dalam kedai dah makin kosong, semua diangkat keluar dan disumbat masuk dalam kereta waja hitam tadi, sebuah lagi kereta waja sampai, disumbatnya lagi barang2 laij dalam kereta tu. Abang terpaksa beralih ke tempat baiki komputer, komputer customer pun diorang nak angkat tapi abang halang “Ini customer punya lah, u angkatlah semua, yang ni tak payah la”. Salah seorang lelaki tadi menjawab “Oh ok yang tu kami tak angkat, tapi ini boss u punya ka? ini elok lagi kan?” sambil diangkat barang tersebut dan ditunjukkan pada abang, abang menjawab “Telefon tu? Itu elok lagi, memang boss i punya”. Tak sangka pulak abang yang mereka ambil semua barang sampaikan telefon telekom biru yang dapat free tu pun dia ambik sekali. Situasi ni macam dalam cerita p.ramlee, cerita 3 abdul, mereka sapu habis. Lepas selesai, dua2 kereta waja yang penuh dengan barang tu pun meluncur laju, abang masih berdiri, kekal berdiri sambil abang tengok keadaan sekeliling. “Licin diorang sapu” bisik hati abang, dah takde apa kat sini, “Baik aku tutup kedai je” bisik hati abang lagi sambil abang tarik pintu besi kedai ni dalam keadaan sayu. Tiba2 muncul satu kepala mengintai dari luar. “Diorang dah berambus ke?” bisik lelaki tu dengan muka tersenyum. “Abang ada kat sana tadi, abang perhati je dari jauh” bisik lelaki tu lagi sambil kakinya melangkah masuk ke dalam kedai, “Takpe zul, tutup je kedai tapi ko jangan balik dulu, ko pegi repair semua pc customer tu, nanti abang jumpa boss along tu abang bincang dengan diorang”. Dalam hati abang ni rasa berkecamuk, rupa2nya bos abang ada dekat2 situ masa abang dalam situasi getir berdepan dengan along tadi.

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.