Cendol Chatime

Aritu abang ada beli satu air cendol ni katanya idea dari negara Taiwan, abang pun bukan pernah rasa air cendol Taiwan, abang pun beli la satu, rasa dia sedap jugak, ada rasa ubi manis. Abang pun gulp gulp la laju2.. Semalam abang try pulak cendol negara Indonesia, rasa dia takdela hebat mana sebab dia cuma campur sirap rose je, kalau dia campur kelopak bunga rose abang rasa mesti hebat.

Tapi sebenarnya abang bukan nak cerita pasal air cendol chatime ni, abang nak cerita pasal ni abang nampak ade budak sekolah depan abang, dia beli chatime jugak, abang rasa sekolah dia ade buat reunion kat Alamanda. Abang pun tak sure aphal sekolah rendah dah ade reunion ni. Tapi masa dia bertiga tengah tunggu air chatime dia siap, dia ternampak la cikgu dia tengah merayap kat Alamanda, dia pun panggil.. ” Cikgu.. Cikguu”. Abang tengok la cikgu dia tu tapi cikgu dia takde respons pun, cikgu tu tengok lepas tu dia buat macam tak kenal pulak. Dulu cikgu abang takde pulak perangai macam tu, cikgu abang dulu kalau abang panggil “Cikguu.. Cikguu”, dia terus berlari kat abang peluk cium abang siap belanja abang chatime lagi.

 

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.