Kapal Api Blue Mountain

Abang ada benda nak share dengan kawan2 abang semua. Abang ni memang cukup gemar minum kopi, masa abang ke Acheh pun abang pekena kopi Acheh cukup2. Ni abang nak share sikit pasal satu kopi Kapal Api Blue Mountain. Abang dah lama cari kopi ni sebab abang tengok kat iklan tv rumah abang banyak kali dia tunjuk. Tiap kali keluar je iklan ni wife abang mesti jerit.. “Haa sayang iklan kapal api”. Bila abang nampak pulak iklan dia keluar abang pulak jerit kat wife abang, ” Sayang, ni iklan kapal api”. Abang suka aroma kopi Jamaican Blu Mountain ni sebab dia ada aroma wangi dan rasa dia tak terlalu pahit dan tak terlalu masam. Siapa yang gemar kopi tu boleh la cuba.

Bila cerita pasal kopi ni abang ade kenangan masa zaman sekolah dulu, petang2 kadang2 abang lepak warung mamak minum air sambil makan roti canai. Ada satu hari tu abang pun angkuh panggil mamak tu “Ane.. Kopi o satu, roti kosong satu”. Lepas tu abang pun tunggu la sampai kopi dgn roti tadi sampai. Baru abang nak hirup kopi tu tadi abang tengok kat atas air tu terapung je lapisan minyak, abang ingat ada kapal tertumpah minyak ke. Abang panggil mamak tu, ” Fhhhh..” abang ingat nak buat wisel tapi tak jadi. “Fhhhhhhsshh… Ane, ni kopi ada minyak la.. Buat lain la”. Dia pun amik gelas abang dia campak air tu jauh2, dia buat baru. Sampai je kat abang, abang tengok ada lagi minyak, abang panggil lagi.. ” Fhhhh.. Ane.. Ada lagi la minyak”. Kali ni ane tu datang dia angkat gelas abang, dia lontar air tu jauh2 sambil cakap, ” Dey.. Ini bukan minyak daa.. Ini memang ada nampak serupa minyak juga”. Abang masa tu budak2 lagi, abang pun angguk la . Mamak tu buat air lain, kali ni abang intai gelas abang tu abang tengok ada lagi lapisan minyak abang takut nak panggil mamak tu, abang telan je la. Masa tu abang naif, kesian kat abang.

Pengajaran yang kita dapat dari cerita ni adalah abang sebenarnya dah confuse dulu tu abang order kopi ke air coke ke. Abang rasa macam abang order air coke kat mamak tu tapi takpela, benda pun dah lepas.

10409236_10153910949733242_5629379558266292644_n

Kopi campuran Kapal Api dan Jamaica Blue Mountain

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.