Podiee.. Podiee

Tahniah abang nak ucapkan buat pasukan Lions XII, bila abang tengok prestasi perlawanan sebelum2 ni abang dah dapat tau Lions XII ni pasukan yang bagus juga. Abang kalau main game FIFA 2015, abang set difficulty dia ke Amateur, guna pulak pasukan Negeri Sembilan, memang abang benam team Lions XII ni cukup2.

Bila abang tengok game bola Malaysia ni abang terkenang pulak masa zaman kegemilangan abang dulu, dulu abang main bola di posisi penjaga gol. Abang berpengalaman bermain bola di padang dan juga di pasir pantai. Tiap2 petang bila jam rumah abang tepat tunjuk pukul 5 petang memang abang dah intai2 dah tengok kalau ada kawan2 abang yang menuju ke padang. Selalunya kawan abang si Aan akan panggil abang dari luar, “Assalamualaikum Zulll”.. Masa tu abang ingat lagi abang pakai seluar track yang abang potong sekerat jadi seluar tiga suku.
Abang pun terus la keluar berjalan sama2 dengan Aan pergi pulak ke rumah Pojie. “Assalamualaikum Pojiee”.. kerap jugak arwah mak Pojie yang jenguk dari dalam rumah, ” Ha Zul.. Kejap yer, pojie tengah makan”. Kadang2 Pojie bukak pintu, “Korang pergi dulu, kejap lagi aku sampai”.

Pernah satu hari tu tengah kitorang syok main bola, abang ternampaklah sorang uncle ni, dia datang dengan anjing dia warna hitam comel je kaki pendek terkedek2 dia lari2 dengan uncle tu riang gembira. ” Podiee.. Podieee”.. Uncle tu lari2 sambil kejar anjing dia. “Podiee.. Podiee”.. uncle tu jerit2 lagi panggil anjing dia dengan perasaan gembira. Masa tu kawan abang si Pojie ni dia tengah gelecek bola, wah bukan main lagi Pojie masa tu dia gelecek bola. “Podiee.. Podie”.. suara uncle tu boleh abang dengar jelas. “Haa.. Kejapp.. Kejaapp” tiba2 Pojie menjawab, abang masa tu kaget terus. “Podiee.. Podiee”… uncle tu panggil lagi anjing dia. “Laa.. Kejap laa..” Pojie menjawab lagi.. Abang masa tu tergelak la takkan nak menangis sebak pulak kan.

Nasihat abang untuk semua ni abang nak tunjuk gambar abang masa kecik2 dulu, ramai tanya nak tengok gambar anak abang, ha rupa anak abang ni sama la macam ni.. Sebijik muka abang. Tengok tu senyuman abang manis kan? Hensem je abang ha terjulur je kaki duduk atas kerusi rotan, hidung terletakk je ha.

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.