Selamat Hari Guru

Harini disebabkan hujung minggu dan ramai orang kata harini hari guru abang pun ingat nak ucap selamat hari guru kat isteri abang yang tercinta yang sekarang ni layaklah digelar guru. Guru kepada pelajar Polisas dan guru juga kepada anak kami yang baru dilahirkan beberapa minggu lepas. Selamat hari guru juga untuk semua kawan2 abang yang lain.

Dulu masa abang sekolah rendah dekat Port Dickson, ada seorang cikgu abang ni, dia mmg the best teacher la bagi abang. Nama cikgu abang ni Mrs.Chanda Patel, masa dulu abang saspek cikgu abang ni dia minat kat abang sebab abang ni dulu2 memang comel. Ada banyak kali jugak cikgu abang ni selamatkan abang dari bahaya, ada sekali tu cikgu abang ni dia pesan la kat ketua kelas, dia cakap ‘Rizal, awak jaga kelas kejap, saya nak keluar kejap, siapa bising awak tulis nama dia kat papan hitam’. Abang pun heran apsal papan hitam padahal papan tu warna hijau gelap. Disebabkan abang ni comel dan nakal sikit, ketua kelas abang tu pun tulis nama abang kat papan hijau gelap tu. Bila Mrs.Chanda Patel masuk je kelas, dia panggil la semua nama yang tertulis kat papan hijau gelap tu termasuk nama abang, ‘Zul… Eh.. Macamana nama Zul ni boleh ada kat sini? Saya tak percaya Zul ni buat bising dalam kelas, Zul awak duduk’. Abang masa tu macam rasa anak angkat Mrs.Chanda Patel pulak, ramai yang kata hidung abang dengan Mrs.Chanda Patel sama.

Oh sebenarnya ada info penting abang lupa nak bgtau dalam post abang sebelum ni. Kalau semua nak tau baby kami yang lahir haritu bertarikh lahir sama dengan tarikh lahir isteri abang iaitu 5 May. Isteri abang punyalah marah sbb abang tak sebut pun pasal birthday dia. Happy belated birthday untuk isteri dan anak abang.

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.