Kelahiran

Alhamdulillah, pada 5 Mei 2015 lepas isteri abang telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.05kg yang comel semacam abang jugak. Anugerah dan amanah dari Allah S.W.T ini akan kami jaga sebaiknya, InsyaAllah.

Buat pengetahuan semua abang telah berjaya berada di dalam Labour Room dan berada di sisi isteri abang sepanjang masa dengan jayanya. Jangan tak percaya sepanjang abang dalam Labour Room tempoh hari mereka semua iaini doktor dan nurse hampir terconfuse mereka ingat abang ni doktor jugak. Mana taknya, abang tengok segala yang berlaku dalam tu sampailah baby keluar. Abang rasa lepas ni abang boleh apply jadi bidan.

Kalau korang nak tau, lepas je abang keluar dari Labour Room, abang terus pergi ke kedai serbanika untuk makan roti sebab abang rasa nak pengsan. Tahniah pada roti tersebut sebab telah beri tenaga pada abang kembali. Abang harap yang lain jangan cuba tiru aksi abang ni.

Sekali lagi abang nak ucapkan terima kasih buat semua kawan2 dan keluarga abang yang mendoakan kami sekeluarga.
Syukur Ya Allah, Syukur Alhamdulillah.

tengok ni anak abang genggam jari abang

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.