Cerita kedai Toto

Abang ada cerita pendek harini, cerita ni berlaku hari Ahad aritu.. Masa tu abang rasa rajin pulak nak pegi hantar toto, korang mesti tau toto tu ape.. Toto yang lapik tempat tido tu. Abang punyalah seronok nak hantar toto pergi dobi sampaikan abang masuk dobi tu pun muka penuh senyuman. “Assalamualaikum”.. Abang bagi salam sambil tersenyum bila masuk.. Tiba2 muncul seorang gadis bertudung muka ketat, dah la muka ketat, tak jawab salam abang pulak tu. Abang pun letak la sebungkus plastik yang berisi dua keping toto atas meja kaunter tu. Apa yang bakal ditanya pada abang lepas ni bakal mengejutkan kalian semua.

” Kotor ke?”.. Gadis tu tanya abang.. “Hurm.. Ahaaa.. Nak hantar cuci” masa tu abang tak tau nak jawab apa, kenapa dia tanya soalan macam tu kat abang?.. “Kotor ke?” Gadis tu tanya lagi.. Lidah abang kelu masa tu.. “Hurm.. Kotor??.. Ahaa.. Kotor… Kotor”. Dalam hati abang masa tu puas pikir abang ni salah masuk kedai ke? Adakah semua orang masuk kedai ni hantar toto2 yang bersih?. Sampai sekarang abang belum ambil lagi toto tu, abang risau nanti gadis tu suruh abang teka pulak toto tu kotor ke bersih..

Akhir kata dari abang, siapa nak beli kereta tamiya boleh contact abang, jangan risau takde downpayment, kereta pun abang selamba hantar guna poslaju..

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.