Percubaan pertama Tamiya Mini

Semenjak bz dengan Tamiya ni, aku rasa ada baiknya aku kongsi apa yang aku buat semenjak kembali berjinak2 dalam dunia permotoran ni. Seorang pelumba berjaya pernah berkata, ‘Dalam perlumbaan ni, yang penting adalah kestabilan, bukan kelajuan

, kalau mahukan kelajuan kau akan kehilangan segala-galanya’. Ok, ayat ni aku buat sendiri.

So first car aku sekarang ni adalah Burning Sun, kereta hijau hensem ni aku pasang lengkap dengan semua barang2 standard dari kotak pada awalnya, sticker aku tak pasang sebab saja taknak pasang. Lepas tu aku pasang set ni;

  • Mini 4WD Basic Tune-Up Set #15435
  • Mach-Dash Motor PRO #15433
  • MS Chassis Super Speed Gear #15349
  • Big Diameter Narrow Light Weight Wheel #15368
  • Front Under Guard #15405

Nak dicantikkan lagi, aku guna skru panjang, spacer, hex nut dan bearing roller bersaiz 9mm.

IMG-20140920-WA0009

Setup kali pertama

Bahagian tengah chassis nampak tak cukup berat, biasanya untuk MS Chassis ramai yang guna ‘hanging damper’, tapi untuk kurangkan sikit kos, aku gunakan FRP Multi-Width Rear Stay #15430 dan aku tambah Mass Dumper Set (Heavy) #15401 .

IMG_20140926_090410281_HDR

Dengan harapan kereta ini tidak terkeluar track atau dipanggil ‘pisang’, aku test first car ni kat track Pro Tamiya Seremban 2.

Kereta tak keluar track tapi roller belakang asyik sangkut kat dinding track, so dengan nasihat dan kebijaksanaan sifu Farhan, aku tambah satu lagi FRP Multi-Width Rear Stay #15430 kat bahagian belakang bawah untuk pastikan tiada ruang untuk skru belakang tersangkut kat dinding track.

Percubaan kali kedua aku cuba kereta ni kat track South City Plaza, memang ada perbezaan.

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.