Melangkah ke dunia Tamiya Mini 4wd

Akhir-akhir ni aku bergiat balik dalam dunia Tamiya. Kalau dulu masa zaman sekolah pernah ada musim kitorang layan main kereta mini Tamiya kat longkang tepi padang, masa tu brand Tamiya ni kiranya macam brand paling tinggi dalam dunia kereta lumba mini 4wd. Dulu aku guna kereta brand Auldey je, harga dalam RM15. Satu lagi brand murah kalau dah tak mampu sangat nak beli Auldey adalah brand Diamond, kalau tak silap aku harga bawah RM10. Masa zaman sekolah dulu, aku ada sebijik je kereta brand Tamiya, aku pun dah lupa kereta jenis apa tapi tak pernah aku join apa2 pertandingan selama aku bergiat dengan dunia ni, cukuplah sekadar main kat longkang takpun pergi kedai uncle kat depan taman, kadang2 uncle ni ada pasang track tapi track yang aiap bergelung ni buatkan kereta aku yang sangat power satu ketika dahulu terus tercampak ke longkang hitam depan kedai uncle tu. Lepas kejadian tu aku sarankan pada sang kereta, cukuplah engkau berkorban bermandi air longkang hitam molos, lepas ni kau jangan coba masuk track lagi, aku make up kau untuk perhiasan je.

Tahun lepas masa aku pergi bercuti ke Jepun dengan kawan2, sempat kitorang singgah di Akihabara, memang aku ada plan nak beli sikit kereta Tamiya untuk simpanan. Masa pilih2 kereta tu, aku grab 3 bijik. Harga kereta & parts Tamiya kat sana memang jauh beza dengan yang dijual kat Malaysia tapi masa aku beli tu aku langsung tak ambik tau pasal harga pasaran kat Malaysia, aku ingat mainan ni dah ketinggalan zaman. Di Jepun Tamiya mini 4wd ni bukanlah untuk budak, masa aku singgah ke Tamiya Plamodel Factory kat Shimbashi, jejaka2 yang datang membeli semua orang dewasa, masuk kedai, ambik bakul kecik then pilih parts yang dah tersusun bergantungan kat dinding kedai.

Lepas aku balik ke Malaysia, kotak Tamiya yang aku beli dulu aku susun kat celah almari buku, tak usik langsung. Kadang2 ternampak kat Facebook feed, ada orang jual Tamiya kat Malaysia, boleh tahan mahal. Dalam hati “Nasib baik aku ada beli kat Jepun haritu”. Aku ingat diorang yang jual ni cuma jual2 biasa, maybe yang beli pun untuk collection je. Aku pun tak sangka Tamiya Mini 4wd ni akan jadi viral balik. Kawan2 lama aku semua start main balik. Aku start lambat sikit sebab aku ingat benda ni cuma sekejap, tapi makin lama aku tengok makin ramai yang main. Pintu hati ni terbuka untuk main balik bila dengan tak sengajanya aku singgah Bangi Gateway baru2 ni untuk beli barang, masa aku pergi tu ada competition Tamiya Mini 4wd. Punyalah seronok aku tengok ramai golongan sebaya aku tengah tune kereta masing2 sebelum masuk track. “Tak boleh jadi ni, memang kene start main balik kalau macamni” aku mula melangkah balik ke alam Tamiya Mini 4wd.

IMG-20140910-WA0012

IMG-20140911-WA0011_1[1]

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.