Redang yang indah. Part 2

Percutian menarik tak mungkin dihayati cuma sehari. Penat lelah bermain bola lobang dan bermain lampu dikala malam tak langsung menghalang diri untuk terus ke kantin keesokan harinya. Breakfast memang wajib. Aku tak tido lepas solat subuh, terus angkut camera keluar dari bilik.. cuba menghayati suasana pagi hening indah permai bunyik ombak pantai gedebush2 menghempas batu2 tepian pantai. Berat tripod di bahu bukan penghalang untuk aku angkut ke sana ke mari.  Pagi tu aku menapak ke jeti, ayah aku dah start memancing, abg mie pun join.. Air jernih sampai aku bleh nampak ikan todak dalam air, sangat jernih sampai aku bleh nampak anak ikan pari main2 atas pasir. Aku rase ikan dalam air tu pun bleh nampak kitorang atas jeti nih.Pemandangan matahari terbit taklah seperti yang diharapkan tapi tetap cun.. memang pagi tu sunyi sepi je.. memang tenang kepala otak aku nih..

Selesai waktu breakfast, kitorang terus terjun.. kalau dah sampai Redang ni, rasa macam nak berendam je. Pagi ni ade sesi kedua snorkling. Kitorg akan pegi marine park, angkatan kami ke sana kali ni penuh harapan. Setibanya kat marine park, fuhh.. ramai giler manusia.. dah macam pesta air..

Petangnye ade lagi satu trip utk snorkling tp aku tak pegi, aku nak kluar shoot..seronok aku dapat luangkan mase shoot sekitar kawasan chalet tu. Tenang je rasa bile dapat menghayati keindahan alam. Petangnya macam biasa, minum petang tapi aku tak join sebab sibuk sangat shoot. Bile aku pegi cafe tengok kuih semua dah abis, so minum air oren je la nampaknye..

Petang tu mak aku pun tak pegi snorkling, aku pegi shoot, mak aku lepak bawah pokok sambil baca buku. Mereka2 yg snorkling balik awal. Diorang ckp tempat snorkling yg last ni tak menarik.

Tiba waktu malam, diorg sediakan bbq utk sape2 yg balik esok. Malam terakhir tu mmg puas makan. Macam2 adaa… malam terakhir aku tido awal, sebab esoknya kitorang nak kluar dari redang, air pantai biru jernih macam kristal, pasir pantai memutih bersih ni semua aku tinggalkan sebagai kenangan menarik, aku suke kenangan menarik .. 🙂

Zulhatfi

2 Comments

  1. adusss… haru…

    blom sampai lg redang~

    Reply

    Zul
    Reply:

    Haha.. dekat je tu.. anytime bleh pegi kan?

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.