Trip makan2 ke Kuala Lumpur

Alkisahnye aku ke KL semalam , bukan semata2 untuk makan roti canai tapi sebenarnye ade chinese guy nih nak cari freelance designer dan nak bincang something dengan aku.. itulah sebab utama kenapa aku ke KL di hari2 orang sedang sibuk bekerja di pejabat. Setibanya aku ke KL Sentral.. aku menunggu saudara ku yang seorang ini, ternampak pulak satu restoran ala2 kopitiam, terasa lapar pulak kerana aku masih belum sarapan masa tu. Dengan kudrat yang ade aku mundar mandir di hadapan kopitiam tersebut sambil2 mengintai harga makanan di situ..boleh tahan gak la harganya.So aku ambil keputusan untuk sarapan pagi di kopitiam tersebut yang bernama WARONG KITA.Sungguh enak kuah dhal disitu tetapi air teh ‘c’ kampungnya agak tawar, mungkin kerana ingin mengamalkan kurangkan gula dalam minuman yang boleh membawa kepada penyakit kronik. Gambarajah di atas menunjukkan roti canai berserta kuah dhal yang aku katakan enak tu disamping air teh yang agak tawar itu. Saudara yang seorang ini telah mengirim sms kat aku dengan ayat2 manis hanya kerana untuk memujuk aku ke Mid Valley.. ek elee.. selang satu stesen je.. lari2 anak pun confirm boleh sampai.. Di dalam sms nya turut diselitkan sebab musabab kenapa beliau ingin ke Mid Valley seolah2 ingin menguatkan lagi kandungan isi2 penting di dalam sms beliau. Sebab yang cukup kukuh bagi aku, erm.. untuk beli costume ala2 comic untuk dinner kalau tak silap aku.. disamping tuh beliau juga bgtau aku yang beliau cuba untuk mencari kasut2 untuk jogging (larik2 dgn tujuan untuk bersenam) yang anggaran harganya tidak melebihi RM50.. woo.. mungkin beliau lupa yang pasar malam tidak dilangsungkan di dalam Mid Valley tapi aku buat tak tau je la..Perjalanan tidaklah begitu memenatkan tapi apakan daya.. perut mula memberi isyarat kepada otak bahawa beliau sangat perlukan makanan. Setelah berputar2 di dalam Mid Valley tuh, nampaknya sekarang aku yang lebih2 nak singgah kedai itu dan ini.. nak survey beg camera la.. nak survey cleaning kit untuk lens la.. huh.. tiba2 aku terpikir tentang Carls Jr (restoran burger) yang gagal aku temui ketika bersama sahabatku bernama Seth tempoh hari. Aku pasti, beliau akan melelehkan air liur keenakan kerana akhirnya aku telah berjaya menemui restoran Carls Jr dihadapan pintu masuk panggung wayang..

Tidak ku sangka, trip aku ke Kuala Lumpur kali ini rupa2nya telah berubah menjadi trip untuk mentedarahh..Carls Jr nye burger bukan murahh rupenye.. aku sorang saje sudah mencecah harga RM22++ kalau tidak silap.. tapi alangkah sedapnye kentang goreng dan burger yang sgt besar itu..disamping air minuman yang boleh ditopup2 sesuka hati.Walaupun restoran ini tidak sebesar mana namun aku dan saudara ku yang seorang ini amat tidak sedarkan diri ketika makan burger2 yang telah dibeli.. saudaraku yang seorang ini telah membeli burger yang lebih besar dari aku dan mengakibatkan beliau kenyang.. itulah akibatnya jika kemaruk sangat nak makan burger.. kami berdua makan tanpa menghiraukan orang sekeliling.. lihat sajalah gambajah di atas dimana orang2 sekeliling kami juga amat malu untuk memandang perbuatan kami ini.. maafkan kami Carls Jr. Setelah kekenyangan, aku perlu mencari toilet.. itulah saat yang rasanya paling merugikan selepas makan makanan mahal.. bukan ke lebih bagus jika aku boleh mendapatkan semula RM22++ tersebut daripada cashier tandas..

Waktu malam menjelma sudah di kawasan gombak, setelah membuat diskusi bersama chinese guy di salah satu kopitiam di area gombak, perbincangan dilakukan sekali lagi tetapi kali ini bersama saudaraku yang seorang ini.. perbincangan yang amat membuntukan itu akhirnya mendapat kata sepakat.. NASI AYAM MANCONGKAM.. yeahh, memang best.. kami amat lapar.. memang sah trip kali ini lebih kepada jalan2 cari makan..saudaraku yang seorang ini, jika kau membaca blog aku nih, tolong lah ubah matlamat trip aku lain kali kepada jalan2 cari awek pulak.. mak aku dah bising tuh sebab aku takde awek lagi.. alahai anak omakk..

Zulhatfi

2 Comments

  1. waahh sedapnye makan trip…nak mancongkam gakkk!!!

    where r u at kalo not in KL? mesti food at ur place lagi sdap??

    Reply

    Zul
    Reply:

    haha.. mancongkam jugak.. i kat port dickson sbenarnye.. nape? nak datang pd?

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.