Hari Wednesday-lah

Wednesday la today.. kalau kat sekolah dulu kalu tak silap aku hari berbahasa inggeris.. haha.. bleh plak aku teringat zaman sekolah dulu padahal tiap2 ari rabu mase kat skolah dulu tak penah pun nak speaking english.. memanjang berbahasa jawa je.. oi.. aku tak tau bahasa jawa la.. dulu masa kat skolah aku berbahasa melayu, kadang2 je berbahasa inggeris.. haha.. seronoklah dulu.. Baik aku lupekan je zaman dulu2, kalu tak entry aku kali nih pasti lebih menjurus kepada penulisan tentang zaman dulu2.

Siang tadi aku ke pasar tani, kelewatan tiba di sana menyebabkan pokok yang ingin dibeli sudah abis dijual.. tapi takpe.. lain kali bleh datang dan beli lagi.. tiap2 hari rabu pagi pun memang akan ade pasar tani di port dickson tuh. Sejurus kemudian terus ke kawasan tanah ayah aku yang masih sedang diusahakan. Meluangkan sedikit masa membersihkan kawasan tanah yang penuh dengan akar2 kayu yang perlu dibakar. Tanah agak tidak keras dan menyebabkan tapak sandal aku yang macho tuh penuh lumpur.. berat je rasa bile mau melangkah. Peratus kemachoan ku jatuh 5%, mungkin kalau aku menggunakan boot yang proper mampu menaikkan semula peratus kemachoan aku tuh. Suasana yang terang pada mulanya berubah menjadi agak gelap dan angin agak kuat la.. sedap sungguh.. sejukkkk je.. Buat pengetahuan, aku telah membawa camera kesayangan ke kawasan tanah tersebut.. haha.. jadinya aku dapat shoot gambar kawasan tanah tersebut.. dan juge gambar2 lain yang boleh dilihat kat fotopages kesayangan ku itu.. haha.

Ohh.. sepatutnye aku update blog nih lebih awal tetapi apa mampu aku buat bile streamyx menjadi slow dan tiba2 elektrik pulak takde.. bergelap seketika tadi.. lepas mendapat semula kuasa elektrik barulah aku pun menjadi sangat teruja untuk update blog. Esok atau lusa atau minggu depan aku mau kemas bilik ini, kerana akan jadi office aku sementara waktu. Yalah, kan sudah diberitahu, jumaat nih aku akan daftar nama syarikat. Jadi aku perlu serius lah.. kerana modal tidak mencukupi jadinya bilik ini akan jadi office sementara lah..

**Sedikit komen lah tentang shabery itu.. tadi aku tertengok berita kat TV3.. wartawan bertanya tentang debat beliau yang lebih kepada serangan peribadi. Cube ko teka ape yang die jawab? Ahaks.. “Itu bukan serangan peribadi, serangan peribadi nih macam sentuh cara die berpakaian, benda kesukaan die.. bla bla bla..”. Haha.. aku tidak fahamlah dengan cara die nih.. Mungkin terlalu lurus bendul agaknye.. semalam yang ko citer pasal anwar buat demonstrasi kat univeristi tuh dah tergolong serangan peribadi la dooll.. Aku rasa ko takkan nak serang die dengan bercakap cam nih “Saudara Anwar sendiri berpakaian ala2 retro semasa buat demonstrasi di universiti dulu “. Takkanla bile ko cakap camnih baru digelar serangan peribadi mamat oii.Ape2 pun aku tak suke la percakapan berbaur buih2an. Haha. Ape la Malaysia ade Menteri Penerangan yang tidak terang pemahaman dan percakapannye.. Sudahlah.. aku mau tido, aku tidak mengata orang ok..haha**

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.