Sudah agak lama aku tidak update blog ini.. wah.. sibuk ke? oohh tidak.. aku tidaklah sebegitu sibuk seperti yg rakyat2 ramalkan.. cuma suka2 menyibuk dan sekaligus menyebabkan aku sibuk. Tidak menjadi kesalahan kan? Wah.. aku mendapat respons baik dari kawan2 yang ingin mendapat khidmat aku sebagai photographer bagi majlis diorg.. aku amat hargai semuanya.. tapi mampukah aku mencapai target aku untuk menjadi insan berguna sebelum akhir tahun nih.. maksud aku, mampukah aku mengumpul duit untuk membeli kelengkapan lain untuk jadi photographer kawin nanti??.. wah masih ade beberapa kerat barang yang aku perlukan untuk memulakan perniagaan berunsur service ini.. Walaupun sudah mempunyai camera idaman itu namun aku perlukan satu mende magic yang agak mahal juga harganya..itulah dia benda yang sungguh syahdu untuk disebut itu.. speedlite SB800 yang sungguh anggun jika ditunjangkan di atas camera Nikon D80 aku..
adus.. harganya tidaklah begitu anggun.. harga baru je dah RM1300.. inilah bende terpenting skali untuk aku memulakan sesi amik2 gambar pengantin.. dan ada dua lg atau mungkin ada 3 lagi barang yang aku perlukan..apa itu?? ya itulah dia lens Tamron 17-50mm f2.8 yang sungguh sharp tatkala aku try di kedai aku membeli camera dulu.. sungguh seronok jugaa jika aku mendapat satu lagi lens iaitu sigma 70mm f2.8 macro lens yang juga menjadi idaman untuk shoot bulu mata pengantin ke.. ohh tidak lupa juga beg untuk camera dan kelengkapan2 ini.. thats all la rasa aku.. buat pengetahuan korang.. skang nih aku simpan camera dalam beg laptop aku (sebenarnye aku takde laptop)..
Akhir kata..aku harap ade la rakyat2 yang akan menderma kat aku untuk beli barang2 ini.. best kan kalau kita mendapat barang percuma.. haha.. aku gurau je weih.. selamat beramal..