Malam tadi lepas balik kerja, aku dengan wife terus ke Putrajaya dengan hasrat hati nak ke Pasar Malam Putrajaya Presint 2, kami sampai Presint 2 lebih kurang pukul 7 petang, terus aku drive ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) atau orang biasa panggil ‘Masjid Besi’. Disebabkan puasa enam aku belum habis, kami tunggu azan maghrib untuk berbuka kat luar masjid. Lepas solat maghrib kami terus ke Pasar Malam Putrajaya Presint 2, lokasi pasar malam ni dialih ke belakang sikit (biasanya betul2 depan MOF) sebab ada construction kat kawasan biasa.
Pasar malam semua sama je, ayam goreng bob, apam balik, ayam percik, nasi lemak, semua tu confirm akan jumpa kat mana2 pasar malam cuma beza pasar malam presint 2 dengan pasar malam lain ialah pasar malam kat sini lebih luas, parking pun lebih banyak tapi kawasan parking agak gelap. Pasar malam kat Presint 2 ni ada setiap Selasa dengan Jumaat. Siapa yang nak beli sayur, ikan, ayam atau barang2 basah pun ada jual kat sini sebab bersekali dengan pasar tani.
Tiap2 kali aku datang pasar malam presint 2 ni makanan yang first aku dengan wife cari adalah Nasi Kerabu Wan Atiq, siapa yang baru first time datang sini, atau biasa datang tapi tak pernah cuba lagi Nasi Kerabu Wan Atiq, ni peluang untuk korang cuba. Daging dan ayam dia memang fuh.. terasa sampai ke dalam.. Kalau ada yang ternampak kedai pakcik jual roti bun dengan inti berbagai2 tu pun boleh try, pakcik tu claim dia buat sendiri roti tu, aku baru first time beli semalam, memang lembut.. pagi2 masa sahur makan roti tu cicah dengan Teh O, Fuhh.. nyaman..