Pelopor perniagaan berisiko tinggi.

Sungguh berisiko tinggi rupa2nya aku ini. HRC.. High Risk dan C itu grade nya.. biarkan aku belajar. Rupa2nya terlalu berisiko tinggi juga tidak bagus di dalam bisnes ini.. lihat saja apa yang berlaku. Disebabkan terlalu berisiko tinggi aku terpaksa repeat paper kesesuaian keusahawanan. Terlibat jua aku di dalam exam2 walaupun sudah tamat sesi pengajian di UTeM. Mood aku tidaklah begitu baik hari ini untuk mengarang blog, maksud aku blog yang isi kandungannya amat bagus. Ini bukanlah isi kandungan yang bagus.. yalah, untuk memberitahu rakyat jelata tentang kegagalan aku untuk mendapat A atau B dalam ujian tahap ketinggian risiko ini bukanlah sesuatu yang bagus. Rakyat jelata tentu akan tahu bahawasanya tuan empunya blog ini tidak sehebat yang didengarinya sebelum ini.. Haha.. Apalah aku ni, mengarang blog pun mau gelak sakan, lainlah jika aku sedang menonton three stooges atau si spongebob itu. Sebenarnya ujian kesesuaian keusahawanan itu baru langkah pertama untuk aku membina empayar perniagaan aku sendiri. Usah gusar, kegagalan itu tidaklah bermakna aku tidak mau repeat semula paper itu.. cuma aku kurang gemar bila mendapat soalan yang tak abis2 bertanya tentang diriku. Target mereka cuma mahu mengetahui tentang sifat perniagaan dalam diri ini.. haa.. sekarang baru mereka tahu yang seorang manusia ini rupa2nya adalah seorang pengamal perniagaan berisiko tinggi. Tapi sebenarnya aku masih tidak faham, macamana pulak aku boleh terjerumus ke grade C sedangkan aku rasa soalan itu sungguh mudah dan aku menjawab secara jujur saja. Ohh.. tidaklah, aku tidak over confident.. yalah.. jika soalannya sekadar bertanya “Adakah anda seorang yang suka mengambil risiko ??”, sudah tentulah aku jawab 5 iaitu “paling tepat”.. Memang over confidentlah kerana semasa di sekolah dulu cikgu ade menulis di papan hitam yg hijau itu bahwa seseorg usahawan itu harus berani mengambil risiko.. nah kau.. aku sgt over confident bukan? Ade tak lagu yang menggambarkan confident, kejap aku mau mencari.. ermm.. erm.. ya ya.. sudah jumpa.. Lagu ini kelihatannya sungguh confident dari segi susunatur liriknya. Aku agak terkesan dengan lagu ini.. wahh..

Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Chorus:
Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

Tajuk: Biarlah Bulan Bicara
Penyanyi :Broery Marantika

Sangat bagus kan lagu ini.. lihat saja bagaimana penyanyi begitu yakin bulan berbicara dan keyakinannya semakin menyerlah apabila dengan terang menyatakan keyakinannya yang air mata tulus itu jatuh betul2 di sudut bibir.. sangat confident.. aku sangat suka. Jadi. marilah kita berconfident beramai2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.