Butterscotch lemon tea

Tolong bagitau sy kenapa roti butterscotch sgt sedap dimakan begitu saja? Kenapa roti tersebut yang dibungkus rapi sering menjadi perhatian pembeli2 tegar roti dan sekaligus menyebabkan roti ni cepat habis? Kenapa harini aku rasa mcm nak demam dan mood separa baik still berminat untuk memiliki sebuku roti butterscotch ini?

Jawapannye ialah kerana.. aku memang rase nak demam tapi aku still berselera nak telan roti ni tanpa segan silu, sambil aku menaip posting kali ni, mata sempat menjeling plastik depan mata yang terisi dengan sebuku roti yang diagung2kan ni, tak lupa setin air ais lemon tea kesukaan semua. Mood aku terhadap roti ni memang meningkat naik semenjak kenal dengannya baru2 ni. Menarik kalau kunyah roti pejal ni sambil teguk air soya. Ko jangan tegok bijik soya, rasenye memang lain macam skit kalau yang ko tegok tu merupakan bijian soya. Yang feel kalau ko tegok dengan minuman soya. Tapi harini aku nak try tegok dengan air ais lemon tea. Dengar macam tak sepadan, tapi aku pedulik ape. Banyak je benda yang tak sepadan tapi last2 jadi sepadan. Contohnye; Kasut lame aku dulu macam tak sepadan je pakai dengan sluar slack tapi sekarang aku rasa mcm sepadan je. Pulau sipadan dulu orang kate name die mcm tak sepadan je tapi sekarang memang dah makin sepadan je. So aku tak pedulik kalau orang kata “Apa jadah ko makan roti butterscotch sambil tegok air ais lemon tea” ,”Wei.. mintak skit air ais lemon tea ko, panas la arini.. hurm.. roti buku ko tu nampak best jugak.. bak sebuku”.

Aku bukanla peminat tegar roti buku sebenarnya, tambah2 roti buku butterscotch.. tapi pengorbanan yang digapai akibat capaian sebuku roti yang duduknya di tingkat 3 almari carrefour tu membuatkan aku hargai rasa roti tersebut. Ko tak suka roti? Mari aku ajar skit tips yang mampu membuatkan ko sayang pada roti dalam masa yang singkat; Ambik satu kepingan roti, gulung dan kepal roti tersebut sampai padat, cicah roti tersebut dalam segelas air soya, pejamkan mata anda dan nganga mulut, gigit roti yang baru dicicah tadi dan kunyah dengan penuh rasa kasih sayang. Anda akan dapati roti adalah segala2nya bagi anda.

“Erk.. aku dah try cicah roti butterscotch kat air ais lemon tea.. rase pelik siot.. lain kali ko try cicah dengan air lain.. aku dengar kalu cicah dengan air asam jawa best.. ko try la pastu bg feedback kat aku..”

9 Comments

  1. mcm tak snonoh jer cicah air asam jawa~ haha

    Reply


    Reply:

    tak tau la senonoh ke tak… nad dah try?

    Reply


  2. yeay! bro dah aktif blogging :p hihi.. kenapa font kecik sgt T____________T terkebil-kebil mata baca haha. anyway, cun ah themes ni 🙂 buat sendiri kan?

    eh,yonna pun suka buat roti mcm tu. kepal2, cicah dalam milo panas. pergh! mmg nikmat dunia sungguh la haha. tp butterscotch x penah lg la kepal2 cmtu :p makan mcm tu je sedap kan? hihi yang ceklat punya pahit sikit 😀

    Reply


    Reply:

    hyee yonna.. aha.. theme ni buat sendiri.. alamak ade gang la cicah roti kepal.. erm bro dah besarkan skit font kalu still terkebil2 lg bgtau la yer.

    Reply


  3. me says:

    part yg paling sedap adelah kepingan yg plg ats dan bwh…tp mmg potong stim betul kalau ade org curik sebelum berjaya menikmati kelazatan part itu…hurm~

    Reply


    Reply:

    sape pulak yang curik?

    Reply

    me
    Reply:

    pencurik la yg curik. tak kan la penjaga pulak.

    Reply



  4. yeay..sungguh enak dimakan begitu saje…
    memang laris roti nie…klo g kt 7e…nasib badan laa klo ade lg.itu pun roti baru smp…

    Butterscotch memang sodap…dulu xsuke mkn roti begitu sahaja…sejak ku kenali dirimu Butterscotch..memang sedap dimakan begitu sahaja..hehehe…

    Reply


    Reply:

    yerke? tp bestnye sebab norway tak makan roti paling atas ngan bawah.. so lenkali kalu beli lg, simpankan roti atas ngan bawah tu utk zul k..

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.