Jangan sakit hati..

Kebabooom.. damm.. dumm.. adus.. betul-betul punye bising la malam nih.. Nak aje aku balas dengan meriam buluh satu dass.. mesti terus senyap semua bunyi-bunyi mercun lain.. haha.. tapi apekan daya, aku pun tak reti camana nak buat meriam buluh.. takpe-takpe.. nanti aku beli bazooka sekali.. senang, bleh gune banyak kali, tiap-tiap tahun aku tembak satu dass.. jangan kata raya.. silap-silap orang kawin pun aku guna jugak… haha.. Korang perasan tak? penulisan aku kali nih jenis sangat tidak menggunakan nombor dua.. selalunye aku gunakan nombor tersebut untuk membuat penegasan bahawa perkataan sesuatu perkataan tu perlu disebut secara berulang sebanyak dua kali.. Pernah jugak sorang member aku gunakan nombor tiga sebagai pengganti kepada nombor dua tersebut.. jadinya kalau ‘bunyi-bunyi’ akan menjadi ‘bunyi-bunyi-bunyi’.. memang nampak seakan2 tamak.. tapi mampu beri impak yang sungguh bagus.. Aku tak sure la betul ke tak, korang try sendiri lah kalau nak tau impak die bagus ke tak..

Niat aku menulis entry kali ni bukan nak sakitkan hati sesiapa.. haha.. sangat skema tak ayat aku? haha.. blog zulhatfi tak suke sakitkan hati orang-lah.. ini betul punye statement lor.. Semalam aku chat dengan member aku pun aku cakap bende sama.. member aku macam redha je dengan ape yang aku bgtau.. maybe die dah pun terasa sakit hati time tuh.. Perkara sakit hati yang aku nak sampaikan bukannye panjang sangat pun.. pendek je.. dan aku pernah je tulis perkara seakan-akan sama untuk entry sebelum nih.. aha.. korang dah tau ape ek? bagus2.. haha.. ape?? pasal kambing dan unicorn?? oii.. bukan pasal tuh la.. kambing dan unicorn tuh memang tak menyakitkan hati manusia langsung.. lainlah kalau kau seekor unicorn berwarna hitam.. mesti dah sakit hati sangat2.. Aku nak bagitau… aku baru je lepas tengok match penting Liverpool nih.. dan secara YEZZZAA aku nak bagitau.. CHELSEA 0 – LIVERPOOL 1.. dan sekaligus menjahanamkan rekod chelsea yang tak pernah kalah sejak 86 perlawanan lepas kat tempat sendiri. Buat pengetahuan korang, kali terakhir chelsea kalah kat tempat sendiri ialah pada Februari 2004, masa lawan Arsenal. Sangat sakit hati tak?? kalau tak sakit hati maknanya korang bukan penyokong chelsea atau korang memang tak amik tau langsung pasal bola sepak (terima kasih feminin kerana tidak sakit hati kat aku).

Menonton bola sepak adalah sesuatu yang bagus.. ini disebabkan, jika anda menonton bola.. anda akan sentiasa memikirkan sesuatu. Ini hasil dari pemikiran secara berkumpulan aku,mak,abah dan adik-adik aku semasa menonton bola tadi. Sungguh baguskan bunyinya? Sungguh banyak sebenarnya yang kami memikirkan semasa menonton bola tapi tak sanggup aku nak listkan semuanya.. nih aku listkan tiga daripada perkara yang telah diperbincangkan tadi.

  1. Siapa paling penat di dalam padang semasa perlawanan?
    Hasil perbincangan: Bola paling penat sekali dalam padang, ini kerana bola sentiasa disepak terajang diatas padang oleh pemain-pemain dan berguling-guling di merata-rata, bola juga tidak diberikan air semasa rehat separuh masa pertama.
  2. Adakah sukan bola sepak sukan yang sangat adil?
    Hasil perbincangan: Tidak begitu adil, ini kerana.. bola tidak akan dikenakan kad walaupun begitu kasar hentakan yang dibuat. Sebagai contoh, seorang pemain membuat rembatan dan terkena pemain lawan lalu pemain lawan itu tumbang dan pening-pening lalat kerana terkena rembatan tersebut, siapa yang patut dipersalahkan? sudah tentulah bola tersebut..
  3. Apa akan terjadi kalau bola juga dikenakan hukuman semasa permainan?
    Hasil perbincangan: Akan jadi mogok secara berleluasa oleh pemain-pemain.. ini kerana jika bola tersebut dikenakan kad merah sudah tentulah semua pemain akan duduk-duduk ditengah padang kerana bola telah diarahkan keluar padang. Salah satu cara ialah menggantikan bola tersebut dengan bola lisut, bola bowling, bola golf atau bebola ikan.

18 Comments

  1. hahahak, bola pun boleh injured dowh..

    Reply

    Zul
    Reply:

    itu la pasal.. aku pun rasa sgt pelik dgn bola nih

    Reply


  2. bola itu bulat. sama macam bumi. cuma bola tidak berputar pada paksinya.

    informasi ni percuma. simpan dalam hati.

    Reply

    Zul
    Reply:

    ok, sy save dalam hati.. kalau bola empat segi mesti sudah berlobang2 kaki kerana empat segi itu ade empat bucu tajam..

    Reply


  3. pemain 22 org, kejar bola sebijik… kenapa tak beli je sorang satu… bukannya takde duit… dah tu, dah kejar-kejar bila nak dpt tendang pulak… pastu tendang lagi… bla-bla-bla…**menadape pulak aku dok ngomel ni***

    Reply

    Zul
    Reply:

    mmg betull.. kan bagus kalau sorang dapat satu bola.. takde la berebut2.. yg sakit goalkeeper la.. sekali kene rembat berpuluh2.. mau senak perut keeper.

    Reply


  4. liverpool…go go go alonso!!

    Reply

    Zul
    Reply:

    hehe.. alonso betul2 bg sengat aritu.. nasib baik tak score dua bijik..

    Reply


  5. laaa dak abg minat chelsea ke??? booooooooooooooooooooooo! 😛

    Reply

    Zul
    Reply:

    hellloooo.. sy minat liverpool ek.. boo kat chelseaa..

    Reply


  6. syaTheREDS says:

    Alonso is superb!!!

    Reply

    Zul
    Reply:

    yess.. sangat superbb

    Reply


  7. hahahaha..chelsea penah kalah ngan Arsenal? padan muka chelsea!! puas ati eden.. haha =D

    Reply

    Zul
    Reply:

    biarkan die.. die berlagak sangat season nih.. ingat duit bleh beli segalanya..

    Reply


  8. K.O.P…K.O.P

    Reply

    Zul
    Reply:

    haha.. you’ll never walk alone.

    Reply


  9. cian bolaa… heh..
    diperkotak katikkan oleh incik zul.. haha..

    Reply

    Zul
    Reply:

    hehe.. bola tak bersalah kan? ksian die.. zul dah insaf.. haha

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.