Hari mula berjogging

Mau dengar cerita tidak? hari ini aku ke jogging.. ya.. satu bentuk riadah yg menyihatkan itulah..wahh.. sudah agak lama jugak sebenarnye tidak berjogging.. apakah yang menyebabkan aku menjadualkan diri hari ini utk berjogging.. dan esok juga akan berjogging.. wah kenapakah aku berubah begitu drastik seolah2 ada pertandingan jogging sedunia di port dickson ini.. Sebenarnya terdapat beberapa skrip yang membuatkan aku mahu berjogging a.k.a mengeluarkan peluh kembali.. skripnya seperti dibawah ini..

Ujang: “Abg nampak berisi”
Mak: (Tersenyum..)
Ujang: “Hati senang kot”
Mak: “Yelah.. makan tanggung”
Ujang: “Kalau nak badan fit kene masuk commando”
Mak: (Hari nih mak aku suke tersenyum plak)
Abah: (Senyum dari awal skrip)

Apakah lah skrip diatas tuh.. sungguh malulah aku begini.. dituduh lelaki gemuk sedangkan dulu bukankah aku lelaki paling kacak. Yalah, mungkin tidak gemuk tetapi berisi itu juga dikategorikan sebagai gemuklah.. apakah abg ujang itu suruh aku masuk commando pula.. adakah patut aku ini jadi commando.. aduhai sungguh apa ntah hari ini.. lantas selepas itu aku pun menyalin baju dengan pakaian ala2 jogging..

Wah.. sekarang aku baru balik jogging.. seperti byk juga peluh yg keluar hari ini. aku sgt seronoklah jogging.. jika ramai awek yg jogging bukankah lebih baik.. maksud aku.. awek itu bolehlah turut sama menguruskan badan.. tidaklah nanti bf mereka larik.. haha.. esok aku akan jogging lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.