Entry hijau seakan Hulk

Entry hari ini bewarna hijaulahh..
Waa.. mood aku berwarna hijau la hari ini.. seakan2 sudah dikenakan sinaran gamma pulak nampaknye.. haha.. tempias Hulk kali nih sangat berbeza.. bukan kerana seluarnya yang hampir terlondeh itu.. tetapi kerana CGI yang jauh tersangat jauh bezanya dari Hulk yang comel dulu.. hahh? kamu tidak tahu hulk yang comel itu? ala.. yang version ang lee itulahh.. aduss.. bukan hulk cina la.. hulk itu masih asalnya dari US.. maksud aku.. ang lee itu cuma producer yang sebelum ini.. yala.. sungguh comel la hulk yang dulu.. dengan warna hijau seakan2 warna kuih yang ade taburan kelapa yang dimakan bersama gula melaka itulah.. aku sudah lupa nama kuih itu.. mungkin jika aku berubah menjadi hulk aku boleh mengingati nama kuih itu semula..

Ape nih.. itu bukan entry mengenai kuih muih ok.. ini entry mengenai abang hulk itu.. wahh.. sungguh terkesima aku dibuatnya.. otot2 berserta urat2 timbul.. waahh.. serius lahh.. CGInya sungguh baguss.. dan logiknya juga ada.. kerana bila si hulk itu menjadi manusia kembali.. seluarnya terkoyak2 dan sudah terlondeh2.. aduhai.. kesian sungguhlah hulk itu.. bukan kah bagus Levi’s menyediakan satu seluar bersaiz besar supaya hulk boleh memakainya.. yaa.. maksud aku seluar dalamnya juga.. atau boxernya kah.. apa2 la asalkan jangan biarkan hulk berjalan dengan seluar terlondeh2 begitu.. malulah aweknya nanti.. dan bapa mertuanya juga turut merasa malu..Yalah.. ending nya juga berbaur ironman pula.. mungkinkah muncul sebuah filem The Avengers.. wah.. sungguh best itu.. iron man dan hulk bergabung.. sungguh best.. mulai hari ini.. aku akan tambahkan kesukaan ku kepada warna hijau..erm..d an juga merah.. haha.. Sebenarnya aku sungguh teruja dengan filem hulk kali ini.. heronya juga ok.. kerana sebelum ini dia berlakon dalam filem the illusionist yang sangat best ituu.. waa.. kamu tidak tonton lagi?? kamu mesti tonton tuhh.. sangat best jalan ceritanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.