Seronoknyee bercuti

Yeyy.. aku baru balik dari langkawi… alhamdulillah.. selamat pergi dan balik.. memang best.. dapat jalan2.. dapat shoot gambar.. dapat shopping2.. dapat beli baju.. dapat tengok pemandangan.. dapat tengok omputih seksi.. opsss.. sorry.. terlepas.. haha.. tapi kan.. aku tak tengok sangat pun omputih2 seksi tuh.. omputih2 seksi tuh yg asik tengok aku.. aishh.. segan la aku kalu citer lebih2.. diorang kata aku seksi la pulak.. adus.. cam tak percaya kan? omputih seksi cakap aku seksi.. huhh.. seksa nak terima.. tapi apakan daya, tuhla hakikatnya.. Aku yang hensem, kacak, bergaya, hitam, pendek, gemuk.. tuh sumer aku la.. aku versatile.. ok tak gitu?

Baca lagi

LOS DAN FAUN BESSTTT!!!

Penat aku belum hilang, baru lepas balik dari KL.. tapi penat yang betul2 buat aku rasa puas hati..Puas hati sebab ape?.. Adoyyyaii.. buat pengetahuan korang, aku baru balik dari KL.. tengok wayang.. hahaha.. tengok wayang sampai ke KL.. zulhatfi bukan ke orang PD..PD memang takde wayang, abis2 pun aku bleh tengok kat Seremban, kenapa nak pegi sampai KL semata2 nak tengok wayang.. hahaha.. Sape gelakkan aku die kalah.. kalah ape? ahaa.. kalah la.. aku baru nak bagi patung mak ultraman..tapi sebab ko gelak aku tak dapat la nak bagi.. len kali jangan gelakkan aku sesuka hati..Kalu aku suruh gelak baru korang gelak.. Kalu aku suruh guling baru korang guling..

Baca lagi

Musim open house sudah bermula..!!

Melihat kepada perkembangan semasa blog aku nih, didapati ramai yang tak suke sangat tentang sukan.. so entry tentang sukan pastinya akan dipendekkan untuk memberi ruang kepada entry2 berunsur perkauman umum. Bercakap tentang umum, aku teringat pulak, dulu sebelum tengok ape2 cerita kat tv mesti ade terkeluar huruf U dalam segitiga pastu ade tulis something yang agak kecil dibawahnye.. erm.. sekarang sudah takde pulak aku tengok.. abis kuat pun huruf U dalam segitiga tuh diletak secara mengecil di sudut tv.. Kenapa perlu aku bercerita tentang huruf U di dalam segitiga pulak sekarang nih? Aku sendiri pun tak tau la.. mari kite berganjak ke belakang kembali.. bercerita tentang entry sukan yang aku akan pendekkan.. haha.. korang bosan kan dengan sukan? korang tak pernah bersukan? patutlahh.. haha.. ok ok.. cerita tentang sukan hari nih memang sangat pendek.. aku janji.. ok ok.. entry tentang sukan hari ini ialah.. Liverpool menang 3-2 mase lawan wigan semalam dan aku still merasa lega sebab liverpool still follow chelsea.. Ok.. tuh aje.. aku tak mungkir janji kan? haha.. jom bercerita pasal open house pulak.

Baca lagi

Selamat hari lahir

Pembeli rumah teraniaya bila dapat tau diorg beli rumah tak dapat dapur dan tak dapat hadiah rumah mini..walaupun teraniaya namun diorg tetap berebut2 bile mau ambil gambar. Nih gambar family dan sedara2 aku secara berkumpulan

Kisah makcik sanggul indon semalam bersambung hari ni, aku terlupe menyebut tentang break secara total.. haha.. itu yang makcik tuh sebut bile die mengatakan yang pemandu bas tuh break secara total.. haha.. aku sudah gelak secara ‘haha’ sebanyak dua kali.. itu bermaksud.. aku sangat suka ayat yang makcik tuh guna.. aku suka perkataan ‘total’ yang digunakan.. aku suka semua ayat yang menggunakan perkataan ‘total’ secara automatik.. termasuk juga FAB Total… erm, ok.. sekian saja cerita tentang makcik total tuh.. nanti kalau entry nih dibaca pulak oleh makcik total tuh.. sudah lah die akan menjadi berlagak pulak dengan perkataan total tuh.. sudah2..

Baca lagi

Hari Raya dan bergambar sambil beraya..

Aku kembali selepas raya dengan gambar2 yg aku shoot.. byk gambar2 candid je.. berbekalkan lens baru.. haha.. byk lg gambar2 raya aku kat flickr ngan fotopages yang korang bleh tengok2 & singgah2.. haha.. sekarang masih musim raya.. so bgla aku time beraya dulu.. pastu baru aku update blog dengan cerita2 mengarut.. ok? haha.. selamat ari raya tau.. berhati2.. ade open house jgn lupe jemput aku..

Trip makan2 ke Kuala Lumpur

Alkisahnye aku ke KL semalam , bukan semata2 untuk makan roti canai tapi sebenarnye ade chinese guy nih nak cari freelance designer dan nak bincang something dengan aku.. itulah sebab utama kenapa aku ke KL di hari2 orang sedang sibuk bekerja di pejabat. Setibanya aku ke KL Sentral.. aku menunggu saudara ku yang seorang ini, ternampak pulak satu restoran ala2 kopitiam, terasa lapar pulak kerana aku masih belum sarapan masa tu. Dengan kudrat yang ade aku mundar mandir di hadapan kopitiam tersebut sambil2 mengintai harga makanan di situ..boleh tahan gak la harganya.So aku ambil keputusan untuk sarapan pagi di kopitiam tersebut yang bernama WARONG KITA.Sungguh enak kuah dhal disitu tetapi air teh ‘c’ kampungnya agak tawar, mungkin kerana ingin mengamalkan kurangkan gula dalam minuman yang boleh membawa kepada penyakit kronik. Gambarajah di atas menunjukkan roti canai berserta kuah dhal yang aku katakan enak tu disamping air teh yang agak tawar itu. Saudara yang seorang ini telah mengirim sms kat aku dengan ayat2 manis hanya kerana untuk memujuk aku ke Mid Valley.. ek elee.. selang satu stesen je.. lari2 anak pun confirm boleh sampai.. Di dalam sms nya turut diselitkan sebab musabab kenapa beliau ingin ke Mid Valley seolah2 ingin menguatkan lagi kandungan isi2 penting di dalam sms beliau. Sebab yang cukup kukuh bagi aku, erm.. untuk beli costume ala2 comic untuk dinner kalau tak silap aku.. disamping tuh beliau juga bgtau aku yang beliau cuba untuk mencari kasut2 untuk jogging (larik2 dgn tujuan untuk bersenam) yang anggaran harganya tidak melebihi RM50.. woo.. mungkin beliau lupa yang pasar malam tidak dilangsungkan di dalam Mid Valley tapi aku buat tak tau je la..Perjalanan tidaklah begitu memenatkan tapi apakan daya.. perut mula memberi isyarat kepada otak bahawa beliau sangat perlukan makanan. Setelah berputar2 di dalam Mid Valley tuh, nampaknya sekarang aku yang lebih2 nak singgah kedai itu dan ini.. nak survey beg camera la.. nak survey cleaning kit untuk lens la.. huh.. tiba2 aku terpikir tentang Carls Jr (restoran burger) yang gagal aku temui ketika bersama sahabatku bernama Seth tempoh hari. Aku pasti, beliau akan melelehkan air liur keenakan kerana akhirnya aku telah berjaya menemui restoran Carls Jr dihadapan pintu masuk panggung wayang..

Baca lagi