Panduan membeli kamera. Adakah saya perlukan DSLR?

Kali ni abang nak share sesuatu yang mungkin tak begitu penting bagi sesetengah orang tapi perlu untuk diketahui terutama yang buntu memikirkan kamera apa yang mereka perlu beli. Pada masa sekarang, kamera boleh dianggap satu benda penting dalam kehidupan seharin bagi sesetengah orang, tanpa kamera hidup mereka jadi tak keruan.

Ada orang kata gambar yang cantik cuma terhasil dari kamera DSLR. Bagi abang, pendapat ni tidak tepat. Dengan pendapat sebegini seolah2 memaksa semua orang menggunakan DSLR dan seolah2 memaksa semua orang untuk guna kereta dan bukan kenderaan lain seperti motor dan lain2. Yang pasti ramai orang menghabiskan duit dengan membeli DSLR tetapi tidak menggunakan fungsi DSLR secara menyeluruh. Kalau ada antara korang yang terpaksa beli kamera disebabkan ada orang yang suruh korang beli cuba berfikir dan baca aapa yang abang nak ceritakan kat sini. Mungkin korang nak kamera DSLR sebab nampak cool tapi percayalah, mungkin lama2 korang akan bosan dan menyesal beli kamera DSLR yang mahal tapi tak pernah ada masa untuk belajar dan faham fungsi DSLR.canonKalau korang dah bersedia untuk membeli kamera, dengan wang yang cukup atau terlebih cukup, abang sarankan korang terus ke kedai kamera yang korang boleh pegang dan tanya pasal fungsi kamera tu. Ya memang susah nak memilih mana yang sesuai untuk kita, kalau duit dah ada memang kita akan terus beli kamera yang kena dengan duit yang kita ada. Abang akan tolong terangkan serba sedikit pasal kamera yang berada di pasaran sekarang ni.

Kamera Telefon

Dunia fotografi sekarang semakin mudah, ramai jurugambar yang muncul entah dari mana. Kalau dilihat di Instagram, ramai yang mampu hasilkan gambar dari kamera telefon masing2 tanpa perlu menggunakan kamera lain.pexels-photo-58625Kelebihan Kamera Telefon

Kamera telefon selalunya akan kita bawa sepanjang masa kerana telefon adalah seperti nyawa manusia pada masa kini. Apa guna DSLR kalau kita tak mampu bawa sepanjang masa. Kadang2 gambar yang kita nak boleh muncul bila2 masa, kamera telefon selalunya menjadi penyelamat.

Kamera telefon juga lebih mudah digunakan kerana kita sendiri pasti sudah tahu cara menggunakan telefon kita sendiri,  pastinya cara menggunakan kamera telefon yang ada dalam telefon sendiri akan jadi lebih mudah. Kualiti gambar yang dihasilkan dari kamera telefon juga mampu buat kita ternganga.

Kekurangan Kamera Telefon

Walaupun kamera telefon nampak lebih mudah dibawa dan mampu menghasilkan gambar yang mengancam, abang tak cakap yang kamera telefon adalah pengganti DSLR. Kekurangan dari segi lens adalah satu benda yang sangat besar, dengan lens yang pelbagai yang digunakan di DSLR, abang pasti belum ada lagi kamera telefon yang mampu bersaing dengan DSLR.

Kamera telefon tidak boleh dipasang dengan flash, dengan flash yang ada pada kamera telefon ianya belum mampu bersaing dengan flash pada DSLR. Ingat ya, cahaya adalah medium penting dalam dunia fotografi. Pada pendapat abang, untuk lebih serius bergambar, korang perlu juga serius mempunyai kamera sendiri dan tak berharap pada kamera telefon.

Kamera ‘Point & Shoot’

Kamera ‘Point & Shoot’ adalah kamera yang lebih sesuai dan mudah digunakan berbanding DSLR. Sebenarnya kamera ‘Point & Shoot’ ni digunakan oleh mereka yang tak faham atau malas nak belajar fungsi DSLR. Kamera ‘Point & Shoot’ ni lebih mudah, cuma tekan butan ‘ON’ dan ambil gambar.man-person-photographer-photographyKelebihan Kamera ‘Point & Shoot’

Saiz yang kecil menjadi pendorong ramai yang memilih kamera ‘Point & Shoot’ berbanding DSLR, harga pula berbeza, tengok pada fungsi yang ada pada kamera tersebut, dulu kamera ‘Point & Shoot’ ni lebih mudah dan fungsinya lebih terhad, kamera ‘Point & Shoot’ sekarang lebih banyak fungsi dan harga pun ada yang mahal, tambahan pula ianya mudah digunakan dan mudah dipelajari berbanding DSLR.

Kekurangan Kamera ‘Point & Shoot’

Disebabkan kamera jenis ni direka untuk mereka yang malas nak belajar tentang fotografi, ianya terbatas sampai disitu saja. Ok je kalau nak pakai kamera automatik  tapi bagi sesetengah orang, ruang dan fungsi agak terbatas melainkan kalau korang membeli kamera yang lebih banyak fungsinya.

Salah satu perkara yang membuatkan dunia fotografi ni menyeronokkan adalah kerana lens yang digunakan dan pelbagai. Kamera ‘Point & Shoot’ tidak menyediakan lens dan kalau ada pun, lens2 ini terbatas dari segi pengeluaran dan agak sukar untuk dijual dikemudian hari.

Kamera ‘Mirrorless’

Apa ni bang? kamera ada cermin pulak ke? Ramai yang tak tahu kewujudan kamera ‘Mirrorless’ ni, kamera ni agak hampir dengan DSLR cuma bezanya kamera jenis ni lebih ringan dan saiznya sedikit kecil berbanding DSLR. Tak perlulah abang explain panjang2 pasal cermin tu, yang pastinya kamera jenis ni lebih ringan dan kecil kerana kebanyakkan isinya terdiri daripada barangan elektronik.pexels-photo-90946Kelebihan Kamera ‘Mirrorless’

Kamera ‘Mirrorless’ adalah kamera yang sama dengan DSLR cuma dengan tiadanya cermin yang berfungsi untuk melihat terus dari viewfinder ke luar kamera maka Kamera ‘Mirrorless’ jadi lebih kecil dan ringan berbanding Kamera DSLR yang agak tembam dan sihat.

Sama seperti DSLR, Kamera ‘Mirrorless’ juga mempunyai pelbagai lens dan sampai ke hari ini Kamera ‘Mirrorless’ juga mampu bersaing dari segi lens dan lens yang terdapat di pasaran juga agak berkualiti dan hebat.

Kamera ‘Mirrorless’  ni lebih kurang macam kacukan DSLR dan kamera ‘Point & Shoot’, yang pastinya Kamera ‘Mirrorless’ ni adalah kamera bagi mereka yang lebih serius untuk bergiat dalam dunia fotografi dengan hasil gambar yang agak mengagumkan.

Kekurangan Kamera ‘Mirrorless’

Walaupun Kamera ‘Mirrorless’ ni dikatakan agak hampir dengan DSLR, ada beberapa perkara yang menjadikan kamera ini kurang diminati. Antaranya saiz sensor yang kecil dan kawalan ISO yang masih tidak sama dengan DSLR.

Harga Kamera ‘Mirrorless’ juga boleh tahan mahal, ada model yang harganya hampir dengan harga DSLR profesional. Kamera ‘Mirrorless’ banyak menggunakan fungsi elektronik, viewfinder juga dibina dengan menggunakan fungsi LCD maka penggunaan bateri agak kasar. Kebiasaannya mereka yang gunakan Kamera ‘Mirrorless’ ni perlu membawa bateri lebih takut2 bateri yang digunakan padam.

Kamera DSLR

Ramai yang nak beli DSLR sebab nak orang kata dia jurugambar profesional. Di Malaysia seakan trend siapa yang mempunyai DSLR maka orang semua akan ingat dialah jurugambar terbaik di dunia dan laut dalam.pexels-photoKebaikan DSLR

Dalam banyak2 kategori kamera, DSLR adalah antara yang terbaik dikalangan yang terbaik. Dengan kualiti gambar yang terbaik, ramai yang memilih untuk mempunyai DSLR berbanding kamera lain. Ada dua pilihan untuk DSLR, samada sensor ‘cropped frame’ atau ‘full frame’, kalau korang masih baru dalam dunia DSLR, kedua2nya masih akan menghasilkan gambar yang ‘sharp’ dan kualiti terbaik berbanding kamera lain.

Sama seperti kamera ‘Mirrorless’, DSLR mempunyai banyak pilihan lens, DSLR sebenarnya mempunyai lebih banyak pilihan lens berbanding kamera ‘Mirrorless’ disebabkan DSLR dan lama wujud berbanding kamera ‘Mirrorless’. Kalau korang nak tau apa beza lens2 ni, korang kena test sendiri kat kedai kamera. Terdapat banyak pilihan lens, antaranya ‘wide lens’, ‘zoom lens’, ‘prime lens’ dan lain2. Mungkin korang tak perlukan semua jenis lens ni, terpulang pada jenis gambar yang korang suka nak shoot.

Walaupun DSLR mempunyai banyak jenis dan harga yang berbeza2, semua DSLR boleh dikatakan akan menghasilkan gambar yang bagus. Tak pernah lagi abang jumpa DSLR yang hasilkan gambar hancur. DSLR juga sangat panas di pasaran, disebabkan panas, ramai yang mencari DSLR dan harga DSLR walaupun ‘second hand’ masih ok kalau2 korang nak jual. DSLR masa kini juga menyediakan rakaman video dengan kualiti yang sangat ok.

Kekurangan DSLR

Kekurangan paling terasa bagi mereka yang baru menggunakan DSLR adalah betapa kompleksnya untuk belajar menggunakan DSLR. Kalau dilihat pada butang2 yang ada pada DSLR pun mungkin ada yang tak tahu apa fungsi setiap butang tersebut. Ramai yang bosan disebabkan tak faham sepenuhnya cara menggunakan DSLR lantas menjual semula DSLR mereka. Ada juga yang tak faham tapi dijualnya DSLR mereka untuk upgrade DSLR yang lebih baru, itu lagi abang tak faham. hehe

Satu lagi perkara yang menyebabkan ramai yang kurang gemar dengan DSLR adalah kerana saiz dan berat DSLR tersebut, ini penting sebab ramai yang beli kamera untuk dibawa semasa bercuti, ada yang tak tahan membawa DSLR keluar seharian disebabkan beban kamera dan lens yang dibawa. Perlu diingatkan ada bermacam2 jenis lens untuk DSLR, ada yang kecil dan besar, kalau silap bawak maka satu hari tu terpaksa la tahan.

Biasanya siapa yang bawa DSLR keluar seharian mesti ada mata yang memerhati, perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling kalau bawak DSLR ke mana2. Kalau korang join apa2 forum photography pasti dah biasa dengar kamera DSLR kena curi, kadang2 yang mencuri ni dia pun tak tahu guna DSLR tapi dia tahu kamera DSLR ni harganya mahal dan panas di pasaran dunia.

Harga yang tinggi menjadi punca utama kenapa DSLR tidak menjadi pilihan pertama bagi sesiapa yang baru bercadang untuk membeli kamera. Bajet yang kecil memungkinkan mereka untuk memilih kamera lain selain DSLR. Bagi sesiapa yang memilih untuk memiliki DSLR, perlu ambil tahu tentang selenggara selepas memilikinya, untuk tahan lebih lama DSLR perlu diselenggara tak kira lens atau body DSLR tersebut. Harga untuk selenggara ni pun boleh tahan mahal juga.

Kamera mana yang terbaik untuk saya?

Abang dah cerita panjang lebar dan terangkan setiap jenis kamera, setiap kamera ada kelebihan dan kekurangan. Kalau korang jenis nak bergambar suka2 dan dimana2 tak kira masa maka abang rasa kamera telefon atau kamera ‘Point & Shoot’ lebih sesuai untuk korang. DSLR atau kamera lain mungkin akan buat korang bosan dan membebankan

Kalau ada yang terfikir nak cuba gunakan DSLR sebab minat mengambil gambar atau nak cuba fotografi sebagai kareer, mungkin DSLR boleh dijadikan pilihan. Abang pernah guna semua jenis kamera ni, pada pendapat abang jurugambar terbaik mampu menghasilkan gambar terbaik dari semua jenis kamera yang diberi.

 

 

Zulhatfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *