Bercuti di Pulau Sabang – Part 2

Perjalanan diteruskan sampai ke lewat petang, mak teringin goreng pisang. Adi dengan gigihnya mencari gerai yang menjual kuih goreng. “Gorengan ada pak” kata Adi pada lelaki yang tengah menyapu kedai makan. “Tiada” jawab lelaki tadi pendek.Disebabkan susah sangat nak jumpa goreng pisang , terus kami ke pekan Pulau Sabang, disini keadaannya lebih sibuk berbanding kawasan yang kami lawati tadi. Sebelum kami teruskan pencarian goreng pisang panas Pulau Sabang, kami singgah untuk solat di Masjid Babussalam. Kelihatan anak2 pulau ini bermain di luar masjid ini sebelum masuk ke kelas yang juga terletak di dalam kawasan masjid tersebut.

Anak2 ni serbu abang ni kat luar masjid.
Anak2 ni serbu abang ni kat luar masjid.
Pintu masuk ke perkarangan Masjid Babussalam Kota Sabang
Pintu masuk ke perkarangan Masjid Babussalam Kota Sabang
Pandangan dari luar Masjid Babussalam Sabang
Pandangan dari luar Masjid Babussalam Sabang
Pintu masuk ke Masjid Babussalam Pulau Sabang.
Pintu masuk ke Masjid Babussalam Pulau Sabang.
Anak2 bermain futbol
Anak2 bermain futbol
anak2 Sabang bermain di perkarangan masjid
anak2 Sabang bermain di perkarangan masjid

Adi bawa kami ke satu kawasan, disitu aku nampak satu kedai makan, ramai juga orang minum petang kat situ. Tengah aku nak melintas ke kedai tadi, ternampak satu gerai kecil, nampak macam goreng pisang. Aku pergi dengan abah ke gerai tu, sah.. memang goreng pisang. Terus aku beli dan bawa ke kedai makan yang betul2 dekat dengan gerai tadi. Dapatlah kami berehat kat sini sambil pekena Kopi Aceh. Aku perasan hampir setiap kedai mesti akan ada sediakan Kopi Aceh atau lebih dikenali dengan nama Kopi Ulee Kareng, yang uniknya, setiap kedai ni sediakan kopi ni dengan cara yang sama. Kopi ditarik tinggi sampai menjengket kaki, kopi yang ditapis atau orang aceh panggil “kopi yang disaring” ni berwarna gelap dan pekat, disediakan dalam gelas yang bentuknya sama di setiap kedai. Kopi Aceh ni rasanya tak terlalu pahit dan tak terlalu masam, sedap2 tekak je. Untuk minum petang tu kami belanja sebanyak Rp 43000 (RM12).

Tengok abang ni buat kopi sampai menjengket
Tengok abang ni buat kopi sampai menjengket

“Mau lihat sunset?” tanya Adi, dalam kepala aku terus terfikir bestnya kalau dapat shoot gambar sunset. “Boleh ambil gambar, lepas tu kita boleh makan malam” sambung Adi lagi. Aku jadi tak keruan. Lepas minum kami singgah di pekan Sabang untuk membeli kuih kacang yang popular dikalangan pelancong yang datang ke sini. Terdapat berbagai2 perisa kuih kacang yang dijual disini termasuk perisa durian, pandan, dan lain2. Harga sekotak kuih kacang ni Rp 15000 (RM4). Selepas itu kami terus menuju ke Pantai Kasih, ramai orang duduk berehat kat kawasan ni. Gerai kecik2 pun banyak. Angin petang tu kuat, aku berjalan melihat keindahan kawasan ni. Pantainya berbatu tapi menarik perhatian aku. Terus aku turun ke kawasan sisir pantai dengan tripod, kamera dan filter. Seronok aku dapat luangkan sikit masa untuk ambil gambar seascape petang tu. Terima kasih untuk isteri tersayang kerana menemani.

Sunset Pantai Kasih
Sunset Pantai Kasih

Matahari makin terbenam, kami beredar dari kawasan tu dan bercadang mencari restoran untuk makan malam. Terus kami ke Wisata Kuliner yang terletak tak jauh dari Pantai Kasih tadi. Kat sini makanan yang mesti dicuba ialah Sate Gurita dan Mee Aceh. Kitorang cuma minum2 kat situ tapi makanan kami tapau bawa balik ke chalet sebab perut masih kenyang. Jumlah perbelanjaan kami untuk makan malam tu Rp 130000 (RM35).

Taman Wisata Kuliner dikala senja.
Taman Wisata Kuliner dikala senja.
Kat sinilah terjual sate gurita dan Mee Aceh
Kat sinilah terjual sate gurita dan Mee Aceh

Sebelum pulang ke chalet Adi bawa kami ke kedai cenderamata Piyoh, di sini cenderamata yang dijual memang bermutu dan kualitinya dari setiap segi sangat bagus. Kedai ni terletak di Piyoh Design, di Jalan Cut Mutia No.11, Kota Atas. Bermacam2 jenis barangan cenderahati dijual disini, keychain, tshirt, fridge magnet, pin dan macam2 lagi barang boleh dibeli disini. Tshirt dan keychain adalah barang cenderahati yang aku rasakan mesti dibeli disini, kualiti kain dan cetakan pada tshirt memang memuaskan. Mungkin ada yang tak tahu yang kedai ini diusahakan oleh anak muda kelahiran Pulau Sabang. Terima Kasih buat Adi yang memang baik terhadap kami, memang berbaloi perjalanan kami bersama Adi.

Tagline terpopular Piyoh
Tagline terpopular Piyoh
Memborong barang cenderahati Sabang.
Memborong barang cenderahati Sabang.
Ni dia owner Piyoh
Ni dia owner Piyoh

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 1

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 2

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 3

Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 1

Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 2

10 Comments

  1. […] Selepas tu kami ke Benteng Jepun, disini masih terdapat kubu dan meriam Jepun yang masih tertinggal. Pemandangan dari kawasan Benteng Jepun ni memang luar biasa cantik, kawasan tebing curam ini begitu menarik dilihat dari atas, air laut dibawahnya kelihatan biru dan cantik. Kawasan kubu hasil peninggalan askar Jepun ini menunjukkan betapa zalimnya askar Jepun mengerah rakyat untuk membina benteng2 ini yang nampak masih kukuh sampai sekarang. Akar2 pokok menjalar diatas batuan benteng ini. Part 2 perjalanan kami ke Pulau Sabang boleh dibaca disini.. […]

  2. wahhhh buat kopi mcm buat teh tarik gituuu

    Reply


    Reply:

    kan..tarik kopi penuh perasaan ..

    Reply


  3. […] kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 2 nuffnang_bid = "4bbf1113b4f4d68baeaef56a4cfe0c4b"; document.write( "" ); […]

  4. […] Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 2 […]

  5. […] Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 2 […]

  6. ida says:

    Assalamualaikum. boleh share contact number adi?

    Reply


    Reply:

    Waalaikumussalam,

    ok saya baru emailkan info ke email.

    Terima Kasih

    Reply


  7. Hazwani hamdan says:

    Boleh dapatkan no adi?

    Reply


    Reply:

    boleh, nanti saya emailkan

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.