Minggu aku berpantun

Aku bermusim pantun lah sekarang nih.. dengar mp3 pantun din beramboi … gelak2 aku dengar.. nih plak arini ade plak gadis bernama cik norna nih tetibe ajak aku main2 pantun.. gilir2 bagi ayat untuk setiap kerat pantun.. last2 korang nak tau jadi pantun camana? haa.. nih korang baca dan renungkan k.. opss.. jgn lupe.. selamat beramal..

Pantun 1:
anak sotong dalam laut,
nelayan dtg pg kaut,
jikalau cik norna sakit perut,
ambik tangan sendiri urut.

Pantun 2:
jalan tepi pantai tekedek2,
seronok berjalan terlanggar tunggul,
lalu nampak org nga merendek,
kesian die seorang yang rendek.

Pantun 3:
burung merbuk di atas pokok
duduk bertenggek bersama siput
jikalau tuan panjat pokok
jgn lupe pakai kasot.

Jom pegi MAHA2008

Minggu ini sangat busylah, berbagai2 tempat aku pergi.. berbagai2 bermaksud bermacam2… ala.. banyak tempat la aku pegi.. adus.. ko tak paham jugak? penatlah aku macam nih.. Aku pergi MAHA2008… aduhai.. sangat besarlah tempat tuh sampai pegi 2 hari pun macam tak cukup.. kene pegi 3 hari baru ok kot.. MAHA kali nih seronok lagi la dari dulu tapi ade la seciput masalah yang maybe leh jejaskan kehebatan MAHA tuh.. nak aku senaraikan ke? erm.. hari nih bukan hari aku nak senaraikan ape2 la.. aku takde mood nak senaraikan ape2.. nak jugak senarai2 tuh? ok lah.. aku bagi dua bende je.. yang lain2 aku tak larat nak senaraikan..

1. Parking yang pade mulenye semacam mahal.. sekali masuk RM5. Anyway good job la sebab dikurangkan menjadi RM2.

2. Woii.. ade peniaga nak cepat kaya time nih.. air mineral sampai RM2.. ade kedai yg baik die bagi harga biasa la RM1.50, ade yg baik lagi die bg harga RM1 je.. haha.. panas wei kat sana, terhidrat badan manusia2 sejagat..

Baca lagi

Kenangan berkonvokesyen.

Gambar2 semasa konvo dan berjalan2 ke melaka amat menyeronokkan.. aku kemabukkan di atas pirate ship.. adus.. serius.. nasib baik aku tak muntah atas pirate ship tuh.. hahaha..tapi yang penting, ianya amat menyeronokkan.. seronok bermakna.. erm seronoklah.. ko tak berapa faham makna seronok? haha.. teruklah kau.. sekarang waktu untuk melihat gambar2 semasa aku di melaka.. aku malas nak taip banyak2 arini sebab aku kepenatan.. maaf ya kawan2.(Untuk gambar-gambar yang lebih aksi pastikan anda ke fotopages sy yer)

Konvo dan bergembira..

Lama gak aku tak update.. ntahla.. rasa cam lama je.. dicampur dengan masalah kelembapan pada blogger, gmail dan juga google membuatkan aku tak dapat update blogspot aku nih.. Erm, sebenarnye aku sendiri tak berapa faham.. kenapa aku tak terus je guna wordpress.. kan ke aku dah ade web hosting sendiri, domain sendiri.. kan ke lebih senang.. dan tak perlulah aku merungut kalau2 blogspot membuat onar di sana sini.. kebarangkalian untuk aku berubah ke wordpress tidak-lah sehebat mana sebab aku baru je berblogging kembali, sebelum nih bukankah aku guna blogdrive.. blogspot nih aku baru guna tak sampai setahun pun.. takkan tiba2 nak berubah ke wordpress pulak.. macam tak senonoh pulak perangai aku kalau berbuat demikian.. yerla.. aku kene tetap pendirian.. yeahh.. zul sudah mule merapu hentah ape.. Ohh..aku rindukan blogspot ini.. aku juga rindukan fotopages aku.. semuanya aku rindu.. aku rasa hari nih hari rindu sedunia.. fotopages aku sudah lama tak update.. maksud aku sudah lama tidak diletakkan hasil2 shoot terbaru aku.. yerla.. aku seperti bermasalah untuk shoot semenjak minyak naik harga nih.. hahaha.. macam2 la kau zul.. haha.. takpe2.. aku cuba untuk luangkan sedikit masa untuk shoot nanti…

Weeiihh.. aku nak konvo la ahad nihh !!

Memang-lah aku nak konvo ahad nih.. haha.. hari khamis sudah boleh mula bergerak untuk ambil jubah dan barang2 bagai.. aku tak suke sangat naik ke pentas, kali terakhir aku naik ke pentas aku rasa masa senior pilih aku untuk buat persembahan kumpulan masa minggu orientasi.. haha.. aku tak tau la nak sebut ape.. minggu orientasi rasa aku.. haa.. tuh la last aku naik pentas.. bosanlah.. aku rasa macam serupa pepatung bile naik ke pentas..argh.. sudahlah.. semoga konvo aku menjadi gembira.. tak sabar nak shoot gambar2 ape yg patut.. haha

Baca lagi