Aku alah pada kucing..

Aku betul2 alah pada kucing-lah.. tak boleh dekat atau pegang.. mesti idung aku rasa macam nak gugur kerana bersin2.. dahtu tangan mesti seakan2 miang.. bencii.. Aku memang tidak begitu fan club pada kucing sekarang nih.. zaman dulu2 memang aku suke sgt dgn kucing, so tak kisahlah kalau aku tak begitu akrab dengan kucing pada masa sekarang.. Dengan nih aku isytiharkan “Kucing, ko jangan dekat dengan aku, aku takmo tendang ko tapi aku akan ajak boikot semua kaum2 kucing kalau ade yang melanggar arahan aku”. Sekarang aku dah isytiharkan sesuatu terhadap kucing, tapi dulu pun macam pernah je aku isytiharkan perkara nih di hadapan Alang, tapi kadang2 aku langgar je arahan yang aku buat sendiri.. yerla.. kadang2 aku rasa kucing sangat comel sehingga mau dipegang2 dan diusap2..

” Alang adalah seekor kucing berwarna kelabu yang besar tetapi pemalas, even seekor cicak lalu dan berjoget2 dihadapan beliau pun pasti beliau takkan heran dan buat2 tutup mata. Alang juga tidak akan marah kalau orang menolak badannya semasa dia sedang berehat, malahan dia akan buat tak tau aje bile perutnya diusik2 semasa sedang tido. Kepantangan alang adalah dia tidak suka mandi kerana kemachoan-nye akan ilang tatkala bulu2-nya meleper kerana terkena air.. memang aku pun nampak sangat kelakar bile die selesai mandi.. nampak kurus lah ko.. haha.. Alang juga kadang2 agak suke memalukan diri sendiri, berlaku apabila dia memerut(buang air besar) dan akan mengais di tempat yang salah (memerut di dalam bekas pasir, tetapi mengais di-bucu bekas.). Aku sangat heran dengan beliau kerana dari kecik sudah diajar tetapi sampai sekarang pun masih tidak lulus. “

Kisah kucing bukanlah kisah yang agak menarik untuk aku kongsi sebenarnya.. sudah aku katakan yang aku bukan fan club kucing. Kucing pasti akan berlagak dengan anjing2 sekeliling rumah jika aku join fan club kucing. Aku tidak mau melibatkan diri dengan mana2 kelab binatang, tapi adik aku pasti mau melibatkan diri dengan fan club bidan2 kucing se-melaysia. Aku tau dia suka, sebab tuh sekarang dia tuan kepada Si Alang dan Si kuning (aku lupe nama die). Oh.. lupa mau memperkenalkan tentang Si kuning..


“Si kuning bukanlah nama sebenar, aku lupa nama die so aku letak la nama sementar sebagai si kuning. Beliau tidak-lah terkene penyakit kuning, sebenarnye warna bulu beliau yang kekuningan menyebabkan aku meletakkan nama sementara beliau sebagai si kuning. Si kuning anak yatim piatu, aku tak tipu la.. korang ingat aku nak buat2 crite sedih ke.. si kuning memang sangat sedih lah hidup die.. tapi die sangat nakal.. sungguh kurang adab sebagai seorang gadis timur, die sangat menggelinjang/ menggedik dihadapan Alang.. sungguh tidak bagus dipandang jiran2.. Dahlah menggedik, die juga suka tido di dalam bekas pasir buangannya sendiri.. Walaupun begitu, beliau masih cantik dan bertenaga. Si kuning juga amat pelahap, makan gelojoh tak ingat dunia.. Alang yang duduk didalam sangkar bersebelahan sangkar beliau juga turut menggelengkan kepala melihat perangai beliau. Si kuning juga suka mengganggu Alang apabila dilepaskan, Alang kelihatan tenang saja bila dikacau Si kuning.. Banyak betul perkara negative tentang si kuning nih, tapi kalau korang nak tau.. sebab dia lah aku terkene serangan bersin hari ni.. sebab aku nak sangat pegang die.. budak nakal, masa aku pegang die tadi pun die meronta2 sambil menggigit2 jari aku..nah, sekarang aku yang terpaksa tanggung beban”

Ohh.. tadi aku nampak si kuning dan si alang sedap betul minum air.. aku macam nak sound je “Aik, tak puasa ke, tak puasa tak bleh raya”.. tapiii.. aku baru ingat.. binatang tak puasa. adeh.. Rasa macam nak bersin lagi lahh.. Acchhuumm

———————————————

Selamat menjalani LAILATULQADAR.. semoga korang mendapat rahmat untuk Ramadhan kali nih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.