Your e-mail address Your name Your message

Archive for the ‘makan2’ Category

Tupai tukang masak

Monday, April 26th, 2010

Dulu mase kecik2, kalau arwah atok ajak pegi rumah kampung mesti ade terselit cerita pasal tupai. Tupai tebok duriann.. tupai makan rambutan.. Tupai memang dikategorikan sebagai haiwan perosak tanaman tapi tupai comel weih..Lagipun tupai pandai masak.. (more…)

Mahal na mahal kita

Thursday, August 20th, 2009

Pengalaman kali pertama ke Sabah memang bersinar2 manisnyee.. insyallah aku akan ke Sabah lg.. Perjalanan ke Sabah aritu memang best, tambah2 sebab pakai mask.. dah macam team ninja berhijrah ke K.Kinabalu secara berkumpulan la pulak..  Terlalu banyak perkara manis yang memang tak muat aku nak masukkan dalam posting nih walaupun kebanyakkan masa aku habiskan dengan memikul tripod & beg kamera… yang aku mampu bagi untuk posting nih just gambar2 yang mampu menggambarkan beribu2 perkataan.. Enjoyy..

Malas punye posting..

Friday, October 24th, 2008

Semalam punye entry memang betul2 buat malu aku je.. berciri suara aku sendiri.. haha.. lantak ko la zul. Lepas nih aku letak lagi lagu2 yang dah aku rosakkan.. maybe bile aku bersedia untuk bagi korang dengar… atau kalau2 ade sesiapa request.. Aku still dalam proses memperbaiki microsoft Office yang bermasalah aritu.. sampai sekarang pun still takde perubahan. Seketul sumi juge masih ade di depan mata aku sekarang, sumi bewarna hijau.. memang nampak menarik, lagi menarik kalau sumi tuh sejuk.. ianya akan menjadi super duper menarik. Hari nih aku bangun awal, kat luar tuh hujan renyai2, cuaca sangat mendung.. terasa macam kat UK plak, serius.. mase aku mandi arini, terasa sangat nyaman dengan suasana luar yang mendung2 tuh.. maybe arini akan jadi sangat seronok. Yup, ini entry yang sangat nyaman.. aku menulis entry nih sambil mendengar lagu ‘Elvis Presley-Tender’.. sangat nyaman kan?

(more…)

Musim open house sudah bermula..!!

Sunday, October 19th, 2008

Melihat kepada perkembangan semasa blog aku nih, didapati ramai yang tak suke sangat tentang sukan.. so entry tentang sukan pastinya akan dipendekkan untuk memberi ruang kepada entry2 berunsur perkauman umum. Bercakap tentang umum, aku teringat pulak, dulu sebelum tengok ape2 cerita kat tv mesti ade terkeluar huruf U dalam segitiga pastu ade tulis something yang agak kecil dibawahnye.. erm.. sekarang sudah takde pulak aku tengok.. abis kuat pun huruf U dalam segitiga tuh diletak secara mengecil di sudut tv.. Kenapa perlu aku bercerita tentang huruf U di dalam segitiga pulak sekarang nih? Aku sendiri pun tak tau la.. mari kite berganjak ke belakang kembali.. bercerita tentang entry sukan yang aku akan pendekkan.. haha.. korang bosan kan dengan sukan? korang tak pernah bersukan? patutlahh.. haha.. ok ok.. cerita tentang sukan hari nih memang sangat pendek.. aku janji.. ok ok.. entry tentang sukan hari ini ialah.. Liverpool menang 3-2 mase lawan wigan semalam dan aku still merasa lega sebab liverpool still follow chelsea.. Ok.. tuh aje.. aku tak mungkir janji kan? haha.. jom bercerita pasal open house pulak.

(more…)

Selamat hari lahir

Thursday, October 16th, 2008

Pembeli rumah teraniaya bila dapat tau diorg beli rumah tak dapat dapur dan tak dapat hadiah rumah mini..walaupun teraniaya namun diorg tetap berebut2 bile mau ambil gambar. Nih gambar family dan sedara2 aku secara berkumpulan

Kisah makcik sanggul indon semalam bersambung hari ni, aku terlupe menyebut tentang break secara total.. haha.. itu yang makcik tuh sebut bile die mengatakan yang pemandu bas tuh break secara total.. haha.. aku sudah gelak secara ‘haha’ sebanyak dua kali.. itu bermaksud.. aku sangat suka ayat yang makcik tuh guna.. aku suka perkataan ‘total’ yang digunakan.. aku suka semua ayat yang menggunakan perkataan ‘total’ secara automatik.. termasuk juga FAB Total… erm, ok.. sekian saja cerita tentang makcik total tuh.. nanti kalau entry nih dibaca pulak oleh makcik total tuh.. sudah lah die akan menjadi berlagak pulak dengan perkataan total tuh.. sudah2..

(more…)

Trip makan2 ke Kuala Lumpur

Tuesday, May 27th, 2008

Alkisahnye aku ke KL semalam , bukan semata2 untuk makan roti canai tapi sebenarnye ade chinese guy nih nak cari freelance designer dan nak bincang something dengan aku.. itulah sebab utama kenapa aku ke KL di hari2 orang sedang sibuk bekerja di pejabat. Setibanya aku ke KL Sentral.. aku menunggu saudara ku yang seorang ini, ternampak pulak satu restoran ala2 kopitiam, terasa lapar pulak kerana aku masih belum sarapan masa tu. Dengan kudrat yang ade aku mundar mandir di hadapan kopitiam tersebut sambil2 mengintai harga makanan di situ..boleh tahan gak la harganya.So aku ambil keputusan untuk sarapan pagi di kopitiam tersebut yang bernama WARONG KITA.Sungguh enak kuah dhal disitu tetapi air teh ‘c’ kampungnya agak tawar, mungkin kerana ingin mengamalkan kurangkan gula dalam minuman yang boleh membawa kepada penyakit kronik. Gambarajah di atas menunjukkan roti canai berserta kuah dhal yang aku katakan enak tu disamping air teh yang agak tawar itu. Saudara yang seorang ini telah mengirim sms kat aku dengan ayat2 manis hanya kerana untuk memujuk aku ke Mid Valley.. ek elee.. selang satu stesen je.. lari2 anak pun confirm boleh sampai.. Di dalam sms nya turut diselitkan sebab musabab kenapa beliau ingin ke Mid Valley seolah2 ingin menguatkan lagi kandungan isi2 penting di dalam sms beliau. Sebab yang cukup kukuh bagi aku, erm.. untuk beli costume ala2 comic untuk dinner kalau tak silap aku.. disamping tuh beliau juga bgtau aku yang beliau cuba untuk mencari kasut2 untuk jogging (larik2 dgn tujuan untuk bersenam) yang anggaran harganya tidak melebihi RM50.. woo.. mungkin beliau lupa yang pasar malam tidak dilangsungkan di dalam Mid Valley tapi aku buat tak tau je la..Perjalanan tidaklah begitu memenatkan tapi apakan daya.. perut mula memberi isyarat kepada otak bahawa beliau sangat perlukan makanan. Setelah berputar2 di dalam Mid Valley tuh, nampaknya sekarang aku yang lebih2 nak singgah kedai itu dan ini.. nak survey beg camera la.. nak survey cleaning kit untuk lens la.. huh.. tiba2 aku terpikir tentang Carls Jr (restoran burger) yang gagal aku temui ketika bersama sahabatku bernama Seth tempoh hari. Aku pasti, beliau akan melelehkan air liur keenakan kerana akhirnya aku telah berjaya menemui restoran Carls Jr dihadapan pintu masuk panggung wayang..

(more…)

Design by zulhatfi , curseshadow enterprise 2008 ©